Tingkatkan Trafik blog cara orang yang buntu!

Sebagai blogger kita mesti tahu cara meningkatkan trafik blog kita. Apa maksud trafik blog? Trafik ialah jumlah kunjungan pelawat yang datang ke blog kita. Cara meningkat Trafik blog boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara online ataupun secara offline. Tapi, kali ini aku akan menerangkan 4 cara offline mengikut cara orang yang buntu.hehe.

Aku yakin cara ni berkesan. Korang patut cuba!


Langkah 1: Iklankan alamat blog korang pada dinding-dinding bangunan. Contoh terbaik letak pada pintu tandas. Seperti gambar diatas. Aku gerenti teknik ni berkesan!


Cara ni aku tak galakkan sangat.Tapi, berkesan jugakGrin


Langkah 2: Selitkan alamat blog korang ketika berbual. Perbualan dalam semua konteks. Tidak kiralah perbincangan biasa, mengumpat belakang-belakang atau mengata depan-depan. hehe

"boonto.blogspot.com, apasal ko tak pass aku ha?"


Langkah 3. Lekatkan alamat blog korang pada pakaian. Contoh terbaik lekatkan pada pakaian sukan. Cuba korang bayangkan time korang main bolasepak atau futsal. Team mate korang mesti panggil ikut nama yang dilekat pada belakang baju kan?hehe.. Konfem diorang akan ingat alamat blog tuh.

Gambar ni diambil ketika aku menyertai auto showHot


Langkah 4. Letak alamat blog korang pada semua jenis kenderaan yang korang miliki. Tidak kiralah apa jenis kenderaan pun.Aku galakkan letak pada kereta. Memang senang ingat, lagi-lagi bila jalan tengah jam.hehe

Semua langkah diatas adalah teori aku sebenarnya. Aku pun tak pernah cuba lagi. Tapi aku rasa ada diantara langkah diatas memang berkesan meningkatkan trafik blog. Kalau ada diantara korang yang dah cuba langkah-langkah diatas. Bleh lah bagitau aku keputusannya. Kepada yang belum, selamat mencuba!Pirate

0 comments: