Pengalamanku mencari duit dalam Internet

Duit, duit , kemana kau duit?Heart


Bab I- Kemunculan mengejut Irfan Khairi yang bergelar Jutawan Internet di Malaysia telah membuka mata ramai pihak termasuklah aku.haha. Yalah, ramai yang tak percaya dengan Internet pun orang boleh jadi jutawan. Tak silap aku, time ni aku berada di Tingkatan Lima.

Bab II- (Pengembangan Cerita) Keputusan SPM ku agak cemerlang menyebabkan aku diberikan hadiah sebijik laptop yang tersangatlah power jika dibandingkan dengan laptop-laptop yang berada di pasaran pada ketika itu.Hehe. Laptop jenama Acer Model Aspire 5584 berharga RM4800. Tapi aku rasa inilah pembelian paling tidak berbaloi kerana beberapa bulan selepas itu, harga laptop ini turun mendadak, bawah 3000 tak silap aku. huh. Dan aku memang cadangkan kalau nak beli laptop, pastikan Acer pilihan terakhir.haha

Bab III- Masuk matrik, dapat elaun RM1000, benda pertama yang aku beli ialah Celcom Broadband. Boleh dikatakan setiap masa terluang, Internet la menjadi temanku, dan semakin hari semakin membosankan, kalau bukan friendster,mesti buka YM, Blue Film tak main ok.hehe. Pada satu hari, aku termasuk kedalam sebuah blog yang menceritakan tentang projek perigiduit.com, satu jenis program mencari duit dengan menjadi reseller, syarat pertama kenalah bayar wang pendaftaran sebanyak RM50. Memang aku berusaha mencari pelanggan dengan mengiklankan di web-web ruang pengiklanan free. Setelah berusaha beberapa bulan, hasil pun tarak, barulah aku rasa tertipu dengan program ni. Aku pun hairan macam mana aku boleh terpengaruh ngan hasutan mereka. Adoiya.

Kesilapan yang lalu jadi pengajaran.haha. Aku mula serius mencari duit dalam internet, ramai orang kata nak dapat duit lumayan, kena pandai main adsense.Hoho, apa tu adsense? aku memang la tak tau apa tu adsense, katak dibawah tempurung betul la. Bila aku search keyword "apa tu adsense", blog pertama yang aku masuk ialah blog Rajaadsense.com. Blog ini jual Ebook semuanya cerita sal adsense,bagaimana hendak bermula, Seo, Blogger dan macam-macam lagilah tips-tips diberikan, tapi korang kenalah beli ebook ni dahulu yang berharga RM50. Lesap lagi duit dalam akaun bank aku.hehe

Bab IV- (Klimaks)Dengan Ebook Rajaadsense tu jugaklah aku mula mengenali blogger. Mula-mula, aku buka 5 blog, semuanya blog berbahasa Inggeris.Blog pasal " Naruto Manga Resouces", " Sport Cars","Movies Review", 2 lagi aku dah lupa.haha. 5 blog tu memang selalu update, tapi time tu aku guna kuasa bulan, iaitu dengan meng'copy-paste'kan saja entry dari web-web lain. Korang jangan tiru. Tak baik mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Dulu, aku tak tau apa2 ok, tak bleh disalahkan lagi.haha.

Selama aku bermain adsense, aku hanya berjaya mengumpul US$2.75. Kalau duit Malaysia RM9 la camtu.hehe. Syukur gak sebab ada hasil. Tapi tak memberangsangkan, aku pun semakin lama, semakin malas mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Sebab tu jugak,duit Adsense aku tak berubah-ubah. Akibat kemalasan dan kebengangan dengan pendapatan Adsense, aku pun menutup kelima-lima blog tersebut. Menyepi la aku dalam dunia blog buat beberapa bulan.

Bab V-(Penutup) Aku tak tahu macam mana bleh termasuk kedalam blogmenjerit. Blog tu memang best sebab banyak tutorial-turial blogger. Walaupun aku dah banyak tahu(Tengs Adsense) cara nak edit Template, tapi aku tetap suka blog tu sebab tutorialnya semua dalam BM, Dari situ gak aku termasuk kedalam blog dilarang-melarang.blogspot.com(kini dilarangmelarang.com), blog ni pun best gak, semua pasal entry peribadi. Terus aku pun terpikir nak wat blog peribadi. Maka tertubuhla Blog Boonto ne.Tengs Juki.

Memang best ada blog peribadi ni, bleh luahkan macam-macam perkara. Disamping tu, aku letak gak iklan Advertlets dalam blog, tak sangka plak duit lagi masyuk guna iklan ni. Dan sekarang aku dah berjaya kumpul RM168. Tengah tunggu bayaran RM150 yang dah aku cashoutkan. Agak-agak bila la aku dapat duit tu?haha. Sekarang aku turut mengikuti program Affiliates. Dan berjaya mendapat RM78 dari Exabytes. Tak sangka betul aku.hehe..

Panjang sangat entri ni, kesimpulannya, nak cari duit dari internet bukan perkara senang, mesti ada pengetahuan walaupun sedikit. Harap-harap korang tak tertipu macam aku, terutama kepada yang baru menjinakkan diri mencari duit dalam internet.

P/s: Contest aku dah berlalu seminggu, nampaknya dah ada Enam Peserta. Korang bila lagi? takkan nak bagi menang free ngan mereka-meraka tuh?Hot

0 comments: