Contest di Blog Boonto


Aku buntu nak tulis tajuk entri ni. Masuk yang ini, dah dua kali aku wat pertandingan. oh! baik hatinya aku. Seperti yang korang tak tahu, bulan depan umur aku akan bertambah setahun. Selalunya, bab hari jadi ni, orang yang akan bagi hadiah. Aku nak ubah trend, kali ni aku plak nak bagi hadiah kat korang. Halo

Sebelum join mana-mana pertandingan, mesti korang nak tahu hadiahnya dulu kan. Lumayan beb!ThumbsUp

Pemenang Pertama-RM50+RAM 1GB DDR2
Pemenang Kedua-RM30
Pemenang Ketiga-RM20

3 Pemenang hadiah saguhati

Berminat?


Soalan untuk pertandingan ini diilhamkan daripada perbualan YM aku ngan bani hakim(abaikan nickname beliau.haha)


Apa yang kamu paham dari perbualan itu? Aku nak minta kamu:

  1. Cipta satu entry baru di blog kamu. Tajuk ikut suka hati.
  2. Entry tersebut mestilah berlatarbelakangkan perkataan "buntu".
  3. Korang buatlah apa-apa entri pasal buntu. Contoh konsep buntu:

    • Buntu mencari teman hidup
    • Buntu mencari duit beli pc baru
    • Buntu result spm korang hancus

  4. Aku tak kisah entry tu panjang mana. Satu,dua, sepuluh atau seratus perenggan pun ikut suka hati korang lah. Yang penting aku nilai entry tu dengan kekreativitian kamu.
  5. Setiap perkataan buntu tersebut mestilah dilinkkan pada blog ini. Dibawah entry tu nanti, nyatakan yang entry itu didedikasikan untuk JRY sempena menyambut hari jadinya.
  6. Entry kamu akan dinilai oleh juri-juri yang bakal aku lantik nanti.haha.


Tarikh Tutup Pertandingan ini= Sebulan dari sekarang iaitu 15hb April 2009 . Tarikh pengumuman pemenang ialah pada 20hb april 2009 bersamaan birthday aku.haha

Bagi mengelak kekeliruan, aku sediakan contoh entry untuk pertandingan ini.

Aku dan Kau Buntu


Aku suka kau, tapi aku buntu nak cari idea untuk luahkan perasaan aku kepada kau. Kau suka aku tak? Kalau ya tunjukkanlah respon. Biarlah sedikit pun. Kalau tak,aku akan terus buntu sebegini......................... blablablablablablablablablablablabla....... Aku suka kau sebab Aku suka lihat buntut muka kau........ blablablablablablablablablablablabla...... Oh, kau la jantung hatiku, terima kasih kerana menerima aku menjadi teman hidupmu. Sekarang aku tak buntu lagi..

Entry ini didedikasikan kepada JRY sempena menyambut hari jadinya.


Selamat mencuba!

0 comments: