UPDATE: Contest di blog.boonto.net

Pertama sekali, Alhamdulillah blog ni dah berjaya maju setapak dengan menukar domain/alamat blog dari boonto.blogspot.com ke blog.boonto.net. Tapi korang jangan risau, aku masih setia menggunakan platform blogger dan sedia melibatkan diri dalam komuniti blogger samaada menyediakan tutorial ataupun template.hehe. Jadi, sekiranya korang dah melinkkan blog ini, harap korang dapat memperbaharui link blog boonto.ok

Mengenai contest aku, perkembangannya cukup memberangsangkan. Semakin hari semakin ramai yang berminat menyertai contest tersebut. Entri yang dicipta oleh peserta semakin lama semakin kreatif. Ini mungkin strategi mereka untuk memerhatikan pihak lawan di minggu pertama, dan bila dah dapat kaji kelemahan barulah dia membuat entri yang berkualiti. Tapi aku masih menunggu beberapa blogger terkenal untuk turut ikut sama memeriahkan contest ini. Siapa mereka? lu pikir la sendiri.hehe

Untuk makluman, sebenarnya atas nasihat juri-juri, aku tak boleh komen terlalu panjang bagi entri-entri yang korang buat. Sebabnya mudah, bila korang menang nanti, aku pasti akan kekurangan idea untuk buat entri mengumumkan kemenangan korang nanti.hehe. Tapi yang pastinya aku memang menghargai penat lelah, kebuntuan korang membuat entri untuk contest ini.hehe

Beberapa entri yang aku rasa dapat memikat hati juri. Tapi aku tak boleh bagitahu siapa peserta itu. Mungkin beberapa kriteria yang membolehkan korang menang dan sedikit komen peserta di minggu kedua, Seperti bro Azfazrul membuat entri disamping membuat Video khas wish harijadi aku.hek3x. Bro Khairil, yang memasukkan watak aku dalam penceritaan beliau, gambar diletak pun ikut jalan cerita. Seperti entri bro Zelo55, cik Ain juga membuat entri yang cukup panjang. Dan siapa tahu entri yang pendek seperti bro adol pun boleh membuntukan juri? hehe. Insyaallah, di entri akan datang aku komen yang lain.

P/s: kesibukan aku berlarutan. Bulan 4 adalah bulan yang penuh makna. Selain menunggu hari jadiku 20 April nanti, tarikh tersebut aku juga akan mengahadapi final exam. Sorry kengkawan, mungkin aku jarang bertandang ke blog korang. Blog ni pun mungkin jarang di update... see ya

0 comments: