Niche itu penting dalam berblog

Niche penting menarik trafik ke blog kita

Aku baru menjinak-jinakkan diri dalam bidang keusahawanan internet. Biasalah dalam dunia perniagaan internet memang banyak perkataan baru yang kita tak pernah dengar. Alkisahnya, sedang aku berjalan-jalan di blog usahawan internet yang berjaya iaitu blog Shuth, aku terbaca artikel menarik pasal "apa itu Niche". Sekali baca artikel tu memang aku kurang paham. Kali kedua baru paham-pahamStickingOutTongue.

Niche ialah pengkhususan dalam sesuatu pasaran. Contohnya dalam perniagaan Internet, produk yang kita jual adalah suatu bentuk niche. Niche yang baik adalah niche yang paling kurang persaingan. Sekiranya aku menjual dvd film hollywood. tentu tinggi persaingannya bukan? Tapi kalau aku jual dvd blue film hollywood. Tentu persaingannya rendah dan aku akan untung banyak.Contoh saja ok.haha

Aku baru sedar Niche memang penting dalam berblog. Tidak semestinya blog kita blog perniagaan kerana niche juga mampu meningkatkan trafik ke mana-mana jenis blog. Bagi mereka yang memasang iklan Nuffnang atau Advertlets, sudah tentu ini satu bonus bukan? Hipotesisnya. Trafik tinggi, Orang klik iklan tinggi, CTR(click-through ratio) pun tinggi, maka duit pun cepat masuk.hehe

Aku membuat sedikit kajian. Aku ambil 3 pembolehubah (blog yang berlainan niche) iaitu blog ini, blog politik abang aku, dan blog mp3 aku(yang jarang update.hehe) aku menggunakan tool analytic dari nuffnang untuk melihat jumlah visitor dalam sehari. keputusannya:

Unique Visitor Dari Jam 7am hingga jam 12pm


1. Blog Lagubarutop(Niche=Blog Download MP3)

2. Blog Jentayuabaka(Niche=Blog Politik)

3. Blog Boonto(Niche=Blog Peribadi)


Dari keputusan diatas, blog lagubarutop mempunyai traffik yang tertinggi. Diikuti blog politik jentayuabaka, dan blog boonto. Aku pun hairan dengan keputusan ini memandangkan komen di blog lagubarutop dan jentayu amatlah kurang, jika dibandingkan dengan blog ini. hehe.

Pikir punya pikir, niche la yang memainkan peranan. Blog lagubarutop dapat trafik yang tinggi disebabkan kurangnya persaingan blog download lagu baru MelayuSick. Begitu juga dengan blog politik yang memang kurang di Malaysia. Kenapa blog aku kalah?Frown. Sebabnya, blog yang ber'niche'kan blog peribadi terlalu banyak di Malaysia. Sudah terlalu banyak blog-blog peribadi yang best-best diluar sana. Memang amat tinggi persaingannya. Jadi, korang nampak peranan niche dalam menarik trafik kedalam blog kita?

Kesimpulannya, didalam berblog kita perlu mempunyai Niche tersendiri. Lain dari yang lain. Kalau blog peribadi, mungkin susah mencari niche tersendiri. Aku pun penat pikir niche apa yang sesuai untuk blog ini. Mungkin aku patut jadikan blog ini sebagai blog membuat blogger layout berbayar. heheh.

Ps: Kalau pemahaman aku salah pasal niche ni, harap taiko-taiko usahawan internet tolong betulkan. Saya budak baru belajar.haha

0 comments: