Bagaimana korang membaca entri?

Soalan bagi entri ini terlalu am tetapi menarik untuk dibincangkan.Ok, sebagai seorang blogger seperti kamu, aku selalu berkunjung ke blog rakan-rakan bloggers yang lain. So, kalau dah berkunjung, mestilah baca entri diorang kan. Memang itulah kerja aku kalau online setiap hari.

Video ajis baca surat.lawak gak bila tengok balik

Kadang-kadang aku terpikir, membaca entri dalam hati dengan nada suara sendiri memang membosankan. Jadi, aku selalu membayangkan suara si pemilik blog bila baca entri mereka. Kalau kawan-kawan yang aku kenal, memang la senang nak bayangkan suara diorang. Tapi, kalau setakat kenal dalam blog macam mana plak nak bayang? Aku cuba mengambil alternatif sendiri bagaimana nak cari penyelesaian tentang persoalan ni.

Gambar si Pemilik blog. Ya! jika aku masuk ke blog orang lain, benda pertama yang akan kucari mestilah gambar si pemilik blog.Hehe. Melalui gambar, bleh la aku bayangkan serba sedikit suara si pemilik blog tersebut. Hipotesisnya mudah, Semakin tinggi rating kehenseman dan kecantikan gambar tersebut, semakin ok la suara yang akan aku bayangkan bagi entri mereka tu nanti.Jadi, cepat-cepatlah perasan yang korang tu cantik dan hensem.haha

Sebab itulah aku tak letak gambar muka aku dalam blog ni. Yang ada pun gambar muka aku berpaling ke belakang. Bukannya apa, selain menyembunyikan identiti agen 007 aku yang sebenar, aku nak korang bayangkan suara aku seperti suara shah rukh khan ke, paling teruk pun bayangkan suara aku macam suara faizal tahir pun kira ok la. Oh. aku dah merapu.

Sebenarnya entri ni memang entri merapu pun. Tapi sekurang-kurangnya aku mengajak korang berfikir tentang persoalan ni. Aku percaya ada diantara korang pernah terpikir benda ni jugak. Aku nak tahu la korang baca entri di blog blogger lain macam mana? lagipun, menarik apa bayangkan suara si pemilik blog dalam hati bila baca entri. Apa barang baca dengan nada suara sendiri. Tak ada kelas langsung...Jangan bayang yang bukan-bukan dah la.

P/s; Syukur sangat-sangat semakin ramai peserta join contest aku, aku tak expect sangat jumlah peserta melebihi 20. Insyaallah, kalau makin ramai yang turut serta, dengan sukacitanya aku akan menambah jumlah hadiah. Yang belum join bila nak join?

0 comments: