Aku saja letak gambar Ronaldo-7. Daya tarikan untuk kamu wanita.hehe
Semalam aku lewat tidur sebab tunggu result Piala Carling antara
Manchester United dengan Tottenham Hotspur. Kalau aku tiada Midterm hari ni, mesti aku ikut turun tengok final game ni. Tapi ada hikmahnya gak, keputusan seri tanpa jaringan, nasib baik aku tak tengok. 90 minit tu aku bleh habiskan semua chapter yang masuk dalam exam kali ni.haha. Akhirnya Man United menang jugak walaupun ditentukan dengan jaringan penalti. 4-1.
Sebenarnya aku dah jangka Manchester United menang.hehe. Tapi tak sangka plak takda jaringan dalam 90+30 minit masa tambahan. Nasib baik malam tu bukan kesebelasan utama yang diturunkan, kalau tak mesti aku kecewa. Biarkanlah, janji menang, siapa mampu nafikan piala Carling tu ada dekat Manchester sekarang? Penyokong Liverpool? Arsenal? Atau Chelsea? haha.
Aku harap dengan kemenangan Piala Carling ni, akan menjadi pemula untuk memenangi kejohanan lain yang lebih besar seperti Piala Liga, FA, Liga-liga juara, dan Kelab-kelab dunia. Aku bukan mahu 'condemn'kan pasukan lain, tapi korang harus paham, musim ni Manchester United akan sapu semua. Unstoppable! (sambil senyum tersipu-sipu) haha.
Ah, balik-balik cerita pasal bola, nanti traffik blog aku turun plak sebab pembaca-pembaca dari golongan wanita semua tak nak ambil tahu pasal bola ni. Tapi aku sedikit heran la, biasanya kalau perempuan yang minat bola ni, mesti dikaitkan personaliti perempuan tu agak lasak? Ada satu perempuan dalam Kelas Bahasa Arab aku, dia ni spesis ayu, tapi kalau becerita pasal bola, macam semua plak dia tau. Jadual perlawanan pun dia hafal. Tabik spring la aku dekat dia ni.huh
Sebenarnya tak salah wanita bercerita pasal bola, lagipun sekarang dah ramai perempuan main bolasepak. Dalam Olimpik pun ada jugak kan. Di Malaysia memangla tak ramai tapi kalau futsal ramai kan perempuan main? hehe. Bagusla tuh, bersukan menyihatkan tubuh badan. Aisehmen, aku ni masuk Universiti tak penah plak turun bersukan. Tapi korang jangan anggap aku macam lelaki jambu yang hanya main bunga. Aku tak bersukan sebab busy la. Macam-macam komitmen sekarang ni.haha.
Oh, panjang plak aku tulis entri. Aku nak umum kemenangan Manchester tapi masuk plak cerita lain. Bah! Adios!
Ps: Esok 3hb la, hari jadi seseorang.ehem2!
0 comments:
Post a Comment