Update: Tukang Gambar telampau!

Sebelum aku tulis entri ini, aku memang tak tahu cara nak pegang kamera. Asal aku ambil gambar, mesti gambar yang aku ambil blur, sebab tangan aku bergetar bila pegang kamera. Gambar yang sepatutnya cantik, jadi sebaliknya.AngryFace.Tadi aku merajinkan diri menggooglekan tips memegang kamera cara yang betul. Terjumpa beberapa tips di forum-forum fotografi. Kemudian, aku aplikasi guna kamera Sony Cybershot DSC-W300. Aku ada masukkan gambar sebelum dan selepas aku belajar tips memegang kamera. Hasilnya:

Model: 1GB RAM DDR2 (Harga: RM50)

Sebelum: Hairan sebab aku takda penyakit parkinson.



Selepas: Kira ok la kan, kurang blur



Sebenarnya, entri ni bukan pasal fotografi, tapi nak update sket pasal contest aku yang masih berjalan ni.haha. Sudah 6 hari berlalu, seramai 4 blogger sudah mengesahkan penyertaan mereka. Korang boleh klik entri-entri di bahagian sidebar blog ni. Tengs buat korang.

Tentang gambar diatas, iaitu sebijik RAM berkapasiti 1 Gigabyte. Abang aku baru beli sebuah laptop, dan dia mengupgrade RAM kepada 2 Gigabyte.Jadi, Aku tanpa segan silunya mengambil RAM asal 1GB itu. Aku cadang nak jual di lelong, tapi bila aku teringat pasal contest ni, barulah aku terpikir nak tambah hadiah pemenang tempat pertama dengan pemberian RAM 1GB ini.

Apa gunanya RAM pada sesebuah Laptop/Komputer? ringkasnya, RAM mampu melajukan laptop kamu. Apa barang RAM 512 bytes. Orang tak guna dah RAM besar tuh.haha Nak tahu lebih lanjut, bleh lah ambil kursus sistem digit bila masuk U nanti.hehe.

Jadi tunggu apa lagi, jadilah pemenang hadiah bagi contest akuWink. Bagi yang belum tahu kewujudan contest ini, bleh klik disini.

0 comments: