Jom Sokong Earth Hour di Malaysia!

Dah lama aku cadang nak buat entri pasal Earth Hour sedunia. Memandangkan Malaysia akan turut serta dalam program ni,barulah aku rasa bertanggungjawab dan bersemangat untuk menyokong dan menghebahkan program ini di dalam blog.

Mungkin blog aku jugak akan berubah wajah seperti ini


Apa sebenarnya program Earth hour? Maksud ringkas- Bergelap 1 jam untuk tangani pemanasan global. Kalau maksud panjang:

Earth Hour is an annual international event created by the WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund), held on the last Saturday of March, that asks households and businesses to turn off their non-essential lights and electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change


Maksud tu aku ambil dari Wikipedia. Aku tahu korang semua bijak pandai, hebat cakap Omputih, So, tak yah lah aku translatekan balik semua ayat diatas tu.haha. Dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang(33 hari lagi) iaitu 28 Mac tepat Jam 8 malam. 62 buah negara akan turut serta menjayakan program ini. Kalau di Malaysia, sudah tentu lah Kuala Lumpur akan menjadi penggeraknya.

Aku tahu ko mampu buat! Malaysia boleh! Aku boleh!


Tetapi yang menjadi persoalan, mampukah rakyat Malaysia menyahut cabaran ini? Kalau ko tanya aku, mesti aku kan jawab "InsyaAllah, kalau tiada halangan".hehe. Yalah kan, macam-macam benda boleh jadi dalam sejam tu. Ada implikasi baik dan ada jugak yang tak baik. Yang muncul dalam kepala hotak aku:

Implikasi Baik

1. Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan alam sekitar akan bergembira kerana bumi time tu sejuk jek.haha.Maksud yang lebih tepat ialah untuk mengatasi perubahan iklim sedunia yang makin panas.

2. Makhluk-makhluk yang kerja shift malam bleh rehat atau tido selama sejam. Pak guard U aku ni mesti orang yang paling gembira.huh

3. Jimat bekalan eletrik. Mungkin bil letrik bulanan rumah ko berkurang beberapa ringgit.hehe.

Implikasi tak Baik

1. Ramai orang keluar buat kerja. Macam-macam kerja boleh buat selama sejam tu. Contohnya, Perompak merompak, Pencuri mencuri, Perogol merogol, Pelacur?LipsareSealed

2. Orang nak tengok TV pun tak bleh. Lagi-lagi jam 8 malam tu, orang sibuk nak tengok berita. Kalau Manchester United main time tu, terus aku tak jadi support program ne.

3. Macammana aku nak buka blog time tu? dah la batery laptop aku ni bleh tahan beberapa minit jek.huh

Itulah beberapa point yang sempat aku pikir. Korang ada apa2 nak tambah ? Sarcastic Kalau dilihat keberkesanan program ni dalam jangka masa pendek, tentu la lagi banyak kelemahan dari kebaikan. Tapi, semua ni untuk jangka panjang jugak. Untuk masa depan anak-anak dan cucu-cicit kita. Aku tak mahu bumi jadi macam dalam cerita Wall-E. Eh, apa kena mengena plak program ne dengan film tu. haha.

0 comments: