Blog ko banyak BUG?

Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.haha


Tiada kaitan dengan kumbang. Bug yang aku maksudkan disini berkaitan dengan website/blog bug. Pernahkah kamu masuk ke blog orang lain dan kamu dapati blog tersebut tidak teratur dan sesetengah gambar tidak muncul? Itu mungkin disebabkan oleh bug.

Menurut Wikipedia, bug dalam blogger boleh dikategorikan dalam software bug yang bermaksud kesalahan atau kecuaian yang terdapat di dalam kod sumber atau rekaan sesuatu atur cara komputer/kod yang menyebabkannya tidak berfungsi seperti sepatutnya. Atau boleh diringkaskan sebagai sebuah masalah di dalam sesebuah atur cara.

Selalunya bug terjadi pada bahagian template blog kita. Mungkin terdapat kesalahan yang kita lakukan ketika mengedit. Bug dalam blog memang menjengkelkan. Untuk mencari bug secara manual memang susah. Nasib baik aku dah jumpa tools yang boleh cek bug dalam blog.

3 TOOLS PENTING UNTUK CEK TEMPLATE BLOG:

1. Browsershot.org- Website ini menyediakan servis yang membolehkan kita melihat screenshots blog pada semua jenis browser seperti firefox, internet explorer, safari dan opera. Apa yang kamu lihat pada screenshot tersebut nanti, itulah paparan sebenar blog kamu. Jadi, kamu dapat lihat perbezaan pada browser yang berbeza.

Lihat paparan blog menggunakan Browser berlainan



Firefox vs Internet Explorer.

Bagi aku Firefox adalalah pilihan yang paling ok buat masa ini. Kamu bleh cek disini sebab musabab kenapa perlu guna Firefox untuk melayari internet. Tapi, jika kamu pengguna tegar Internet Explorer, tak mengapa selagi kamu upgrade kepada versi terbaru iaitu Internet Explorer 8.

2. W3C Markup Validation Service- Membolehkan kita mengenal pasti kesalahan kod di bahagian html/xthml pada template blog.


Cek kod bahagian html (hmm,banyak gila error)



3.The CSS Validator- Membolehkan kita mengenalpasti kesalahan kod di bahagian css pada template blog.

Cek kod pada bahagian css(still banyak lg.haha)



Bagi point No.2/3, kamu kena perhatikan kesalahan yang di'list'kan oleh servis itu, kerana terdapat beberapa kod yang hanya berfungsi pada sesetengah browser. Contohnya kod css "-moz-border-radius" yang hanya berfungsi pada firefox tetapi tidak pada browser lain. Jadi, abaikan saja jika kamu tahu kod tersebut betul.ok

Harap entri ini berguna. Selamat mencuba ... Adios! Amigos!

P/s: Aku jarang buka blog minggu ini, aku ketagih dengan drama Prison Break? korang dah habiskan 4 season? haha

0 comments: