Dua Paper dah di Jawab


Assalamualaikum. Dah lama aku tidak berblog. sibuk sungguh dengan tugasan sebelum ni. Alhamdulillah semua da settle. Tp kesibukan ku belum lagi habis tatkala minggu exam final semester bermula. Exam ini yang sepatutnya bermula 3 november, tetapi 2 papers tidak mengikut arahan diawalkan pada 31 dan 1 minggu lalu. Papers yang tidak bertanggungjawab itu ialah paper etika dan akhlak dan UMS Sejati Paramedik... tp syukur la jgk aku jawab pun kira ok saja. tak lebih tak kurang.huhu..

Di saat aku menulis post ini, aku sedang bersiap sedia untuk bertempur pada esok hari untuk menjawab paper titas. 40 soalan akan ku hadapi satu persatu. Tidak apa, akan ku raut tajam-tajam batang pensilku sehigga lebih tajam dari mata pedang. Habislah engkau wahai 40 soalan. Akan ku guris-guris engkau hingga lumat-lumat. Aku takkan mengalah begitu sahaja. Akan ku pastikan engkau menyerah diri.HA Ha Ha.

Di kala aku bosan di meja almari ini, dengan menghadap laptopku ini di samping buku nota titas terbentang luas, sempat juga aku mencuri masa mengemaskini playgrondku ini. Perubahannya sedikit saja tp aku suka dengan ideaku ini. dengan gambar post di sebelah kanan. Lalu haribulan pun berkata " HI ". "KOMEN?" .. apa yang anda harus jawab wahai pengunjung blog ku? Anda harus jawab seperti ini."HI", " KEJAP NNT SAYA KOMEN EK".. lalu aku pun menjawab "Terima kasih kepada yang komen". Aku juga sempat mengubah Favicon pada blog ini, cuba anda tgk simbol diatas lambang B warna hitam. Minta maaf blogger aku curi idea faviconmu memandangkan blogku ini pun namanya BOONTO. alang-alang aku guna lambang blogger itu..hihi.

Setelah aku penat merapu di post kali ini kerana kebosanan. baik aku teruskan pengulangkajian ku di dalam buku nota titas ini. Harap-harap esok aku dapat menjawab 40 soalan itu dengan mudah seperti makan kacang saja.hehe. Kita jumpa lg di post akan datang. Wish me gud of luck k. May Force Be With Me.

0 comments: