UPDATE: Contest di blog.boonto.net

Pertama sekali, Alhamdulillah blog ni dah berjaya maju setapak dengan menukar domain/alamat blog dari boonto.blogspot.com ke blog.boonto.net. Tapi korang jangan risau, aku masih setia menggunakan platform blogger dan sedia melibatkan diri dalam komuniti blogger samaada menyediakan tutorial ataupun template.hehe. Jadi, sekiranya korang dah melinkkan blog ini, harap korang dapat memperbaharui link blog boonto.ok

Mengenai contest aku, perkembangannya cukup memberangsangkan. Semakin hari semakin ramai yang berminat menyertai contest tersebut. Entri yang dicipta oleh peserta semakin lama semakin kreatif. Ini mungkin strategi mereka untuk memerhatikan pihak lawan di minggu pertama, dan bila dah dapat kaji kelemahan barulah dia membuat entri yang berkualiti. Tapi aku masih menunggu beberapa blogger terkenal untuk turut ikut sama memeriahkan contest ini. Siapa mereka? lu pikir la sendiri.hehe

Untuk makluman, sebenarnya atas nasihat juri-juri, aku tak boleh komen terlalu panjang bagi entri-entri yang korang buat. Sebabnya mudah, bila korang menang nanti, aku pasti akan kekurangan idea untuk buat entri mengumumkan kemenangan korang nanti.hehe. Tapi yang pastinya aku memang menghargai penat lelah, kebuntuan korang membuat entri untuk contest ini.hehe

Beberapa entri yang aku rasa dapat memikat hati juri. Tapi aku tak boleh bagitahu siapa peserta itu. Mungkin beberapa kriteria yang membolehkan korang menang dan sedikit komen peserta di minggu kedua, Seperti bro Azfazrul membuat entri disamping membuat Video khas wish harijadi aku.hek3x. Bro Khairil, yang memasukkan watak aku dalam penceritaan beliau, gambar diletak pun ikut jalan cerita. Seperti entri bro Zelo55, cik Ain juga membuat entri yang cukup panjang. Dan siapa tahu entri yang pendek seperti bro adol pun boleh membuntukan juri? hehe. Insyaallah, di entri akan datang aku komen yang lain.

P/s: kesibukan aku berlarutan. Bulan 4 adalah bulan yang penuh makna. Selain menunggu hari jadiku 20 April nanti, tarikh tersebut aku juga akan mengahadapi final exam. Sorry kengkawan, mungkin aku jarang bertandang ke blog korang. Blog ni pun mungkin jarang di update... see ya

Threaded Comments: Korang Patut Cuba!

Sebelum tu, nak cerita sket pasal contest aku yang tengah berjalan. Nampaknya sambutan menggalakkan di minggu yang kedua. Seramai 9 peserta (5 lelaki, 4 perempuan) sudah mengesahkan penyertaan mereka. Saingan bertambah sengit kerana masing-masing membuat entri yang membuntukan kepala hotak kamu bila membacanya. hehe. Ada yang menceritakan kisah perjalanan hidup mereka dalam seminggu seperti entry cik Tqa, dan ada plak yang membuat entry tersangat panjangnya seperti bro Zelo55. Mungkin niatnya entry yang panjang akan menambahkan kebuntuan kamu ditahap paling maksima sehingga bleh merencatkan akal.hehe. Banyak lagilah entri peserta yang memang buntu. Korang bleh tengok di sidebar blog ni.

Jom pakat ramai-ramai guna threaded comment!


Kalau kamu perasan style ruangan komen di blog ni dah berubah bentuk. Ia dikenali sebagai threaded comments(komen2 berurutan). Style tersebut tidak ubah seperti yang digunakan oleh blog berplatformkan wordpress, cuma bezanya tak ada gravatar. Tapi takpa, style ni masih dalam beta(percubaan), kalau peratikan betul-betul kod javascriptnya, memang pelik. Aku yang amik kos object oriented ni pun masih kurang paham aliran kod tuh.Confused. Aku tahu idea ni masih bleh dikembangkan sebab lecturer aku pernah bagitau "assss a proooogrammer,there is nooooo limitation".hehe

Setelah beberapa hari aku memasang threaded comment ni, masih ramai yang belum tahu menggunakannya. Yalah, aku paham benda baru memang akan ambil masa tuk dipelajari. Tapi aku nak bagi tutorial sket sebagai panduan untuk kamu. Kalau korang dah pandai guna, baru lah meriah threaded comments ni. Bertambah la jugak komen diblog aku kan.hek3x. Untuk tidak membuntukan kamu, aku bagi tutorial bergambar dibawah ni.

Ini komen asal aku.testing.



Untuk Membalas mesej, tekan butang reply dan copy Id.



Pastekan kedalam ruangan comment form(bawah sekali)
Pastikan komen anda bermula dibaris kedua



Post dan hasilnya seperti gambar dibawah.Gudluck!




Mudah bukan, kepada sesiapa yang berminat nak pasang threaded comment ni bleh ambik kat blog juki. Sebarang masalah korang bleh tanya dia ok.hehe.

P/s: Minggu ni kesibukan ku ditahap maksima, dengan assignment yang belum siap, ditambah lagi midterm jumaat ni. dan tak lama lagi final exam. adoiya. hehe.. bagi sesiapa yang mintak tolong sal coding blogger ni di YM, aku mintak maaf betul tak dapat den luangkan masa ajar korang. Terutama bro Khairil, Luth dan seorang perempuan yg aku terlupa add.Undecided

*sibuk tapi ada plak masa berblog kan.ngeh ngeh ngeh!

Pengalamanku mencari duit dalam Internet

Duit, duit , kemana kau duit?Heart


Bab I- Kemunculan mengejut Irfan Khairi yang bergelar Jutawan Internet di Malaysia telah membuka mata ramai pihak termasuklah aku.haha. Yalah, ramai yang tak percaya dengan Internet pun orang boleh jadi jutawan. Tak silap aku, time ni aku berada di Tingkatan Lima.

Bab II- (Pengembangan Cerita) Keputusan SPM ku agak cemerlang menyebabkan aku diberikan hadiah sebijik laptop yang tersangatlah power jika dibandingkan dengan laptop-laptop yang berada di pasaran pada ketika itu.Hehe. Laptop jenama Acer Model Aspire 5584 berharga RM4800. Tapi aku rasa inilah pembelian paling tidak berbaloi kerana beberapa bulan selepas itu, harga laptop ini turun mendadak, bawah 3000 tak silap aku. huh. Dan aku memang cadangkan kalau nak beli laptop, pastikan Acer pilihan terakhir.haha

Bab III- Masuk matrik, dapat elaun RM1000, benda pertama yang aku beli ialah Celcom Broadband. Boleh dikatakan setiap masa terluang, Internet la menjadi temanku, dan semakin hari semakin membosankan, kalau bukan friendster,mesti buka YM, Blue Film tak main ok.hehe. Pada satu hari, aku termasuk kedalam sebuah blog yang menceritakan tentang projek perigiduit.com, satu jenis program mencari duit dengan menjadi reseller, syarat pertama kenalah bayar wang pendaftaran sebanyak RM50. Memang aku berusaha mencari pelanggan dengan mengiklankan di web-web ruang pengiklanan free. Setelah berusaha beberapa bulan, hasil pun tarak, barulah aku rasa tertipu dengan program ni. Aku pun hairan macam mana aku boleh terpengaruh ngan hasutan mereka. Adoiya.

Kesilapan yang lalu jadi pengajaran.haha. Aku mula serius mencari duit dalam internet, ramai orang kata nak dapat duit lumayan, kena pandai main adsense.Hoho, apa tu adsense? aku memang la tak tau apa tu adsense, katak dibawah tempurung betul la. Bila aku search keyword "apa tu adsense", blog pertama yang aku masuk ialah blog Rajaadsense.com. Blog ini jual Ebook semuanya cerita sal adsense,bagaimana hendak bermula, Seo, Blogger dan macam-macam lagilah tips-tips diberikan, tapi korang kenalah beli ebook ni dahulu yang berharga RM50. Lesap lagi duit dalam akaun bank aku.hehe

Bab IV- (Klimaks)Dengan Ebook Rajaadsense tu jugaklah aku mula mengenali blogger. Mula-mula, aku buka 5 blog, semuanya blog berbahasa Inggeris.Blog pasal " Naruto Manga Resouces", " Sport Cars","Movies Review", 2 lagi aku dah lupa.haha. 5 blog tu memang selalu update, tapi time tu aku guna kuasa bulan, iaitu dengan meng'copy-paste'kan saja entry dari web-web lain. Korang jangan tiru. Tak baik mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Dulu, aku tak tau apa2 ok, tak bleh disalahkan lagi.haha.

Selama aku bermain adsense, aku hanya berjaya mengumpul US$2.75. Kalau duit Malaysia RM9 la camtu.hehe. Syukur gak sebab ada hasil. Tapi tak memberangsangkan, aku pun semakin lama, semakin malas mengkopikatkan hasil kerja orang lain. Sebab tu jugak,duit Adsense aku tak berubah-ubah. Akibat kemalasan dan kebengangan dengan pendapatan Adsense, aku pun menutup kelima-lima blog tersebut. Menyepi la aku dalam dunia blog buat beberapa bulan.

Bab V-(Penutup) Aku tak tahu macam mana bleh termasuk kedalam blogmenjerit. Blog tu memang best sebab banyak tutorial-turial blogger. Walaupun aku dah banyak tahu(Tengs Adsense) cara nak edit Template, tapi aku tetap suka blog tu sebab tutorialnya semua dalam BM, Dari situ gak aku termasuk kedalam blog dilarang-melarang.blogspot.com(kini dilarangmelarang.com), blog ni pun best gak, semua pasal entry peribadi. Terus aku pun terpikir nak wat blog peribadi. Maka tertubuhla Blog Boonto ne.Tengs Juki.

Memang best ada blog peribadi ni, bleh luahkan macam-macam perkara. Disamping tu, aku letak gak iklan Advertlets dalam blog, tak sangka plak duit lagi masyuk guna iklan ni. Dan sekarang aku dah berjaya kumpul RM168. Tengah tunggu bayaran RM150 yang dah aku cashoutkan. Agak-agak bila la aku dapat duit tu?haha. Sekarang aku turut mengikuti program Affiliates. Dan berjaya mendapat RM78 dari Exabytes. Tak sangka betul aku.hehe..

Panjang sangat entri ni, kesimpulannya, nak cari duit dari internet bukan perkara senang, mesti ada pengetahuan walaupun sedikit. Harap-harap korang tak tertipu macam aku, terutama kepada yang baru menjinakkan diri mencari duit dalam internet.

P/s: Contest aku dah berlalu seminggu, nampaknya dah ada Enam Peserta. Korang bila lagi? takkan nak bagi menang free ngan mereka-meraka tuh?Hot

Update: Tukang Gambar telampau!

Sebelum aku tulis entri ini, aku memang tak tahu cara nak pegang kamera. Asal aku ambil gambar, mesti gambar yang aku ambil blur, sebab tangan aku bergetar bila pegang kamera. Gambar yang sepatutnya cantik, jadi sebaliknya.AngryFace.Tadi aku merajinkan diri menggooglekan tips memegang kamera cara yang betul. Terjumpa beberapa tips di forum-forum fotografi. Kemudian, aku aplikasi guna kamera Sony Cybershot DSC-W300. Aku ada masukkan gambar sebelum dan selepas aku belajar tips memegang kamera. Hasilnya:

Model: 1GB RAM DDR2 (Harga: RM50)

Sebelum: Hairan sebab aku takda penyakit parkinson.



Selepas: Kira ok la kan, kurang blur



Sebenarnya, entri ni bukan pasal fotografi, tapi nak update sket pasal contest aku yang masih berjalan ni.haha. Sudah 6 hari berlalu, seramai 4 blogger sudah mengesahkan penyertaan mereka. Korang boleh klik entri-entri di bahagian sidebar blog ni. Tengs buat korang.

Tentang gambar diatas, iaitu sebijik RAM berkapasiti 1 Gigabyte. Abang aku baru beli sebuah laptop, dan dia mengupgrade RAM kepada 2 Gigabyte.Jadi, Aku tanpa segan silunya mengambil RAM asal 1GB itu. Aku cadang nak jual di lelong, tapi bila aku teringat pasal contest ni, barulah aku terpikir nak tambah hadiah pemenang tempat pertama dengan pemberian RAM 1GB ini.

Apa gunanya RAM pada sesebuah Laptop/Komputer? ringkasnya, RAM mampu melajukan laptop kamu. Apa barang RAM 512 bytes. Orang tak guna dah RAM besar tuh.haha Nak tahu lebih lanjut, bleh lah ambil kursus sistem digit bila masuk U nanti.hehe.

Jadi tunggu apa lagi, jadilah pemenang hadiah bagi contest akuWink. Bagi yang belum tahu kewujudan contest ini, bleh klik disini.

Kronologi tertangkapnya pencuri iPod Shuffle En.Ismail

Entri-entri aku sebelum ni kebanyakan cerita pasal nak cari duitlah, pasal iklan nuffnang/Advertlets dan banyak lagi lah pasal duit. Aku ni nama saja nak ceburi perniagaan internet. Tapi cakap tak serupa bikin . Baru dua hari yang lalu, aku buat contest kali yang kedua, ganjarannya duit. Lumayan plak tu. Sehari berlalu pertandingan tu, nampaknya dah ada orang join. Terima kasih en. H3ro. Kalau ko lah satu-satunya peserta, nampaknya, semua hadiah tu ko lah yang bolot.LargeGasp

iPod Shuffle pujaan hatiku!hoho ada video kat bawah


Bercakap pasal contest, rupa-rupanya ada blogger lain yang buat contest. Lagi dasyat hadiah yang bakal diterima. iPod shuffle beb! Gila wei...Kalau aku, mesti pikir beratus-ratus kali kalau nak bagi hadiah macam tu. En.Mohd Ismail ni orang kaya agaknya. Takpun usahawan Internet yang berjaya? Mohdismail (dot) net, blog milik beliau sudah mencerminkan ke'profesional'annya dalam dunia internet. Sebelum join contest(cabutan bertuah sebenarnya) ni, aku pernah jugak masuk blog beliau. Lepak jap sambil baca entri Slumdog Millionaire.ThumbsUp

Mula-mula aku tak minat nak join, bayangkanlah betapa sengitnya pertandingan tu nanti. Lagi-lagi dikatakan sudah ada bakal pemenang. Ini macam Akademi Fantasi kah? . Tapi takpa, bak kata Izzah, semangat bertanding tu mesti ada. Hehe.

Lama jugak aku cari idea nak kasi kalah si abdusfauzi ni ( ya, inilah orangnya yang dikatakan bakal merampas iPod Shuffle aku).haha. Dia dapat peratus menang yang tinggi sebab buat video. Eh, aku pun nak buat video gak la, mana aci macam tuh!haha. Tapi aku tak pernah buat video sebelum-sebelum ni, kalau photoshop bleh la, tapi En. Mail tak benarkan plak. Adoiya. Pikir punya pikir punya pikir... Hoyei dah dapat idea!

Korang pernah tengok drama Prison Break tak? . Drama ni buat aku ketagih sampai tak tido malam, tapi bleh plak tido pagi sampai kepetang.Haha. Drama ni jugaklah yang mencetuskan idea untuk aku buat video. Entah kenapa petang tadi mencurah-curah idea dalam kepala hotak aku ni. Biasalah, hari ahad yang membosankan, dan aku kesorangan time tu. So, apa lagi, aku pun buatlah. Takda apa yang nak dimalukan.

Petang tu jugak siap! Aku memang takda asas buat video, nasib baik windows movie maker ni senang nak guna. Edit sikit, masukkan lagu, then. tara... siappun video tu. Aku dah upload dalam youtube. Hasilnya, korang bleh tengok dibawah ni. Jangan kutuk sangat ok. Aku pembuat video dan pelakon amatur. Lagipun aku kekurangan sumber buat video ni. Wataknya ada dua orang, tapi kedua-dua watak tu aku yang lakonkan. Malu lak. ah, korang tengoklah sendiri!

Eh, lupa plak. Tajuk Video ni ialah 'Kronologi tertangkapnya pencuri iPod Shuffle En. Mohd Ismail'..kah3


Perkakasan: Pisau potong daging, Penutup kotak kasut, Kertas A4



P/s: bangun pagi,gosok gigi, tak mandi buat video.kah3

Contest di Blog Boonto


Aku buntu nak tulis tajuk entri ni. Masuk yang ini, dah dua kali aku wat pertandingan. oh! baik hatinya aku. Seperti yang korang tak tahu, bulan depan umur aku akan bertambah setahun. Selalunya, bab hari jadi ni, orang yang akan bagi hadiah. Aku nak ubah trend, kali ni aku plak nak bagi hadiah kat korang. Halo

Sebelum join mana-mana pertandingan, mesti korang nak tahu hadiahnya dulu kan. Lumayan beb!ThumbsUp

Pemenang Pertama-RM50+RAM 1GB DDR2
Pemenang Kedua-RM30
Pemenang Ketiga-RM20

3 Pemenang hadiah saguhati

Berminat?


Soalan untuk pertandingan ini diilhamkan daripada perbualan YM aku ngan bani hakim(abaikan nickname beliau.haha)


Apa yang kamu paham dari perbualan itu? Aku nak minta kamu:

  1. Cipta satu entry baru di blog kamu. Tajuk ikut suka hati.
  2. Entry tersebut mestilah berlatarbelakangkan perkataan "buntu".
  3. Korang buatlah apa-apa entri pasal buntu. Contoh konsep buntu:

    • Buntu mencari teman hidup
    • Buntu mencari duit beli pc baru
    • Buntu result spm korang hancus

  4. Aku tak kisah entry tu panjang mana. Satu,dua, sepuluh atau seratus perenggan pun ikut suka hati korang lah. Yang penting aku nilai entry tu dengan kekreativitian kamu.
  5. Setiap perkataan buntu tersebut mestilah dilinkkan pada blog ini. Dibawah entry tu nanti, nyatakan yang entry itu didedikasikan untuk JRY sempena menyambut hari jadinya.
  6. Entry kamu akan dinilai oleh juri-juri yang bakal aku lantik nanti.haha.


Tarikh Tutup Pertandingan ini= Sebulan dari sekarang iaitu 15hb April 2009 . Tarikh pengumuman pemenang ialah pada 20hb april 2009 bersamaan birthday aku.haha

Bagi mengelak kekeliruan, aku sediakan contoh entry untuk pertandingan ini.

Aku dan Kau Buntu


Aku suka kau, tapi aku buntu nak cari idea untuk luahkan perasaan aku kepada kau. Kau suka aku tak? Kalau ya tunjukkanlah respon. Biarlah sedikit pun. Kalau tak,aku akan terus buntu sebegini......................... blablablablablablablablablablablabla....... Aku suka kau sebab Aku suka lihat buntut muka kau........ blablablablablablablablablablablabla...... Oh, kau la jantung hatiku, terima kasih kerana menerima aku menjadi teman hidupmu. Sekarang aku tak buntu lagi..

Entry ini didedikasikan kepada JRY sempena menyambut hari jadinya.


Selamat mencuba!

Niche itu penting dalam berblog

Niche penting menarik trafik ke blog kita

Aku baru menjinak-jinakkan diri dalam bidang keusahawanan internet. Biasalah dalam dunia perniagaan internet memang banyak perkataan baru yang kita tak pernah dengar. Alkisahnya, sedang aku berjalan-jalan di blog usahawan internet yang berjaya iaitu blog Shuth, aku terbaca artikel menarik pasal "apa itu Niche". Sekali baca artikel tu memang aku kurang paham. Kali kedua baru paham-pahamStickingOutTongue.

Niche ialah pengkhususan dalam sesuatu pasaran. Contohnya dalam perniagaan Internet, produk yang kita jual adalah suatu bentuk niche. Niche yang baik adalah niche yang paling kurang persaingan. Sekiranya aku menjual dvd film hollywood. tentu tinggi persaingannya bukan? Tapi kalau aku jual dvd blue film hollywood. Tentu persaingannya rendah dan aku akan untung banyak.Contoh saja ok.haha

Aku baru sedar Niche memang penting dalam berblog. Tidak semestinya blog kita blog perniagaan kerana niche juga mampu meningkatkan trafik ke mana-mana jenis blog. Bagi mereka yang memasang iklan Nuffnang atau Advertlets, sudah tentu ini satu bonus bukan? Hipotesisnya. Trafik tinggi, Orang klik iklan tinggi, CTR(click-through ratio) pun tinggi, maka duit pun cepat masuk.hehe

Aku membuat sedikit kajian. Aku ambil 3 pembolehubah (blog yang berlainan niche) iaitu blog ini, blog politik abang aku, dan blog mp3 aku(yang jarang update.hehe) aku menggunakan tool analytic dari nuffnang untuk melihat jumlah visitor dalam sehari. keputusannya:

Unique Visitor Dari Jam 7am hingga jam 12pm


1. Blog Lagubarutop(Niche=Blog Download MP3)

2. Blog Jentayuabaka(Niche=Blog Politik)

3. Blog Boonto(Niche=Blog Peribadi)


Dari keputusan diatas, blog lagubarutop mempunyai traffik yang tertinggi. Diikuti blog politik jentayuabaka, dan blog boonto. Aku pun hairan dengan keputusan ini memandangkan komen di blog lagubarutop dan jentayu amatlah kurang, jika dibandingkan dengan blog ini. hehe.

Pikir punya pikir, niche la yang memainkan peranan. Blog lagubarutop dapat trafik yang tinggi disebabkan kurangnya persaingan blog download lagu baru MelayuSick. Begitu juga dengan blog politik yang memang kurang di Malaysia. Kenapa blog aku kalah?Frown. Sebabnya, blog yang ber'niche'kan blog peribadi terlalu banyak di Malaysia. Sudah terlalu banyak blog-blog peribadi yang best-best diluar sana. Memang amat tinggi persaingannya. Jadi, korang nampak peranan niche dalam menarik trafik kedalam blog kita?

Kesimpulannya, didalam berblog kita perlu mempunyai Niche tersendiri. Lain dari yang lain. Kalau blog peribadi, mungkin susah mencari niche tersendiri. Aku pun penat pikir niche apa yang sesuai untuk blog ini. Mungkin aku patut jadikan blog ini sebagai blog membuat blogger layout berbayar. heheh.

Ps: Kalau pemahaman aku salah pasal niche ni, harap taiko-taiko usahawan internet tolong betulkan. Saya budak baru belajar.haha

Game Tendang Boontot Norman!

#update:Aku berjaya tendang sejauh 171116km.Haha


Aku tak salahkan siapa yang buat game ni. Aku rasa game ni orang putih yang buat, mesti orang malaysia yang hebat coding gi edit letak gambar Norman Hakim. Tak perlulah aku ceritakan kisah Norman Hakim ni sebab korang mesti dah tahu punya. Ko geram? Aku Geram. Jangan buang masa, jom tendang BOONTOT Norman. Aku cabar korang atasi rekod aku. Aku tendang sejauh 146 955KM. (Gambar di bawah sebagai bukti)

Gambar ni aku capture sebelum norman landing lagi.haha



Keputusan akhir. Siapa mampu kalahkan aku?haha



Credit toblog.

P/s: Aku dah tukar iklan Adverlets g Nuffnang. Harap-harap duit lagi masyuk.Smile

Tingkatkan Trafik blog cara orang yang buntu!

Sebagai blogger kita mesti tahu cara meningkatkan trafik blog kita. Apa maksud trafik blog? Trafik ialah jumlah kunjungan pelawat yang datang ke blog kita. Cara meningkat Trafik blog boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara online ataupun secara offline. Tapi, kali ini aku akan menerangkan 4 cara offline mengikut cara orang yang buntu.hehe.

Aku yakin cara ni berkesan. Korang patut cuba!


Langkah 1: Iklankan alamat blog korang pada dinding-dinding bangunan. Contoh terbaik letak pada pintu tandas. Seperti gambar diatas. Aku gerenti teknik ni berkesan!


Cara ni aku tak galakkan sangat.Tapi, berkesan jugakGrin


Langkah 2: Selitkan alamat blog korang ketika berbual. Perbualan dalam semua konteks. Tidak kiralah perbincangan biasa, mengumpat belakang-belakang atau mengata depan-depan. hehe

"boonto.blogspot.com, apasal ko tak pass aku ha?"


Langkah 3. Lekatkan alamat blog korang pada pakaian. Contoh terbaik lekatkan pada pakaian sukan. Cuba korang bayangkan time korang main bolasepak atau futsal. Team mate korang mesti panggil ikut nama yang dilekat pada belakang baju kan?hehe.. Konfem diorang akan ingat alamat blog tuh.

Gambar ni diambil ketika aku menyertai auto showHot


Langkah 4. Letak alamat blog korang pada semua jenis kenderaan yang korang miliki. Tidak kiralah apa jenis kenderaan pun.Aku galakkan letak pada kereta. Memang senang ingat, lagi-lagi bila jalan tengah jam.hehe

Semua langkah diatas adalah teori aku sebenarnya. Aku pun tak pernah cuba lagi. Tapi aku rasa ada diantara langkah diatas memang berkesan meningkatkan trafik blog. Kalau ada diantara korang yang dah cuba langkah-langkah diatas. Bleh lah bagitau aku keputusannya. Kepada yang belum, selamat mencuba!Pirate

Aku Boonto : New Blogger Layout

Klik disini untuk lihat bapak screenshot.hehe


Setelah bertungkus-lumus dan bersengkang-mata, akhirnya aku berjaya menyiapkan layout baru blogger. Kali ini, tiada lagi kekiutan pada rupa bentuk layout ini. Hanya ke'macho'an dan ke'cool'an yang menyerlah. Hehe. Sebenarnya, aku dah lama buat layout ni untuk kawan rapat aku. tapi dia dah berhenti dari berblog. Jadi, layout ni terbengkalai. Akibat kebosanan, aku pun bersemangat untuk menyiapkan layout ini petang tadi. Aku namakannya sebagai "Aku Boonto". hehe. Tanpa membuang masa, jom lihat hasilnya.

AKU BOONTO: LIHAT DEMO

AKU BOONTO: DOWNLOAD

Kelebihan Layout "Aku Boonto":

  1. Tabbed Navigation- Aku letak di bahagian sidebar kerana aku rasa ia mampu menyerlahkan lagi ke"profesionalisme" layout ini.hehe

  2. Latarbelakang Kayu- Jarang layout belatarbelakangkan kayu.

  3. Tempat Khas Widget Twitter- Aku tahu ramai dah yang aktif bertwitter. Aku mudahkan ko dengan membuat tempat widget twitter yang agak menarik pada layout ni.

  4. 3 columns footer- Tak perlulah letak semua widget pada sidebar.

  5. Transparent- Ramai yang suka background blog transparent ni, tulah sebabnya aku buat camtu.hehe
Ada Cadangan untuk memperbaiki layout ini? Please komen dibawahThumbsUp

CARA PASANG WIDGET TWITTER

Login di Twitter.com

Pergi ke Setting>Account(Cari dan Klik "You can also add Twitter to your site here")>Others

Pilih Html Widget>Continue>Pilih 1 untuk "No of updates">Copy code.

  1. Blogger. Pergi ke Layout>Edit(gambar 1)>'Paste'kan code twitter tadi> Save.Done!


Gambar 1: Pastekan widget twitter.



MAKLUMAN

Semua layout blogger yang aku reka adalah free. Ya, Free! Percuma! Dan aku tidak meletakkan apa-apa copyright pun. Tapi aku harap sesiapa yang menggunakan layout aku, tolong jangan buang Link Blog aku pada footer layout tersebut. Aku tolong ko, ko pun tolong la aku gak kan. hehe.

Manchester United menang lagi!

Aku saja letak gambar Ronaldo-7. Daya tarikan untuk kamu wanita.hehe


Semalam aku lewat tidur sebab tunggu result Piala Carling antara Manchester United dengan Tottenham Hotspur. Kalau aku tiada Midterm hari ni, mesti aku ikut turun tengok final game ni. Tapi ada hikmahnya gak, keputusan seri tanpa jaringan, nasib baik aku tak tengok. 90 minit tu aku bleh habiskan semua chapter yang masuk dalam exam kali ni.haha. Akhirnya Man United menang jugak walaupun ditentukan dengan jaringan penalti. 4-1.

Sebenarnya aku dah jangka Manchester United menang.hehe. Tapi tak sangka plak takda jaringan dalam 90+30 minit masa tambahan. Nasib baik malam tu bukan kesebelasan utama yang diturunkan, kalau tak mesti aku kecewa. Biarkanlah, janji menang, siapa mampu nafikan piala Carling tu ada dekat Manchester sekarang? Penyokong Liverpool? Arsenal? Atau Chelsea? haha.

Aku harap dengan kemenangan Piala Carling ni, akan menjadi pemula untuk memenangi kejohanan lain yang lebih besar seperti Piala Liga, FA, Liga-liga juara, dan Kelab-kelab dunia. Aku bukan mahu 'condemn'kan pasukan lain, tapi korang harus paham, musim ni Manchester United akan sapu semua. Unstoppable! (sambil senyum tersipu-sipu) haha.

Ah, balik-balik cerita pasal bola, nanti traffik blog aku turun plak sebab pembaca-pembaca dari golongan wanita semua tak nak ambil tahu pasal bola ni. Tapi aku sedikit heran la, biasanya kalau perempuan yang minat bola ni, mesti dikaitkan personaliti perempuan tu agak lasak? Ada satu perempuan dalam Kelas Bahasa Arab aku, dia ni spesis ayu, tapi kalau becerita pasal bola, macam semua plak dia tau. Jadual perlawanan pun dia hafal. Tabik spring la aku dekat dia ni.huh

Sebenarnya tak salah wanita bercerita pasal bola, lagipun sekarang dah ramai perempuan main bolasepak. Dalam Olimpik pun ada jugak kan. Di Malaysia memangla tak ramai tapi kalau futsal ramai kan perempuan main? hehe. Bagusla tuh, bersukan menyihatkan tubuh badan. Aisehmen, aku ni masuk Universiti tak penah plak turun bersukan. Tapi korang jangan anggap aku macam lelaki jambu yang hanya main bunga. Aku tak bersukan sebab busy la. Macam-macam komitmen sekarang ni.haha.

Oh, panjang plak aku tulis entri. Aku nak umum kemenangan Manchester tapi masuk plak cerita lain. Bah! Adios!

Ps: Esok 3hb la, hari jadi seseorang.ehem2!