Aku tahu rata-rata bloggers di Malaysia minat mengedit blog, walaupun ada yang tiada asas, tapi mereka tetap berminat nak cantikkan blog mereka. Al maklum lah, siapa tak mahu rupa bentuk blog yang macho dan menawan. Ibarat rumah banglo dan setinggan, sudah tentu kita lebih selesa berada di rumah banglo bukan?
Tetapi, mengedit blog bukanlah kerja yang mudah. Walaupun ramai yang mempunyai asas dan skill tahap otai programmer sekali pun, tetap akan melakukan kesalahan. Kecil atau besar, itu perkara normal sebab kita kan manusia. Tiada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, entri kali aku nak senaraikan beberapa kesalahan yang selalu kita lakukan semasa mengedit blog(termasuk aku jugak la
).
1) Tidak paham struktur template.
Yang ini memang selalu terjadi. Bila tak paham, mulalah ada blog yang ok pada asalnya, menjadi buruk sekelip mata.hehe. Memahami stuktur template bukanlah perkara yang terlampau sukar. Tipsnya senang, mulakan dengan bahagian css kemudian barulah pergi ke bahagian html.
Jangan peningkan kepala, ringkasnya, korang hanya perlu bahagikan bahagian yang besar dan penting terlebih dahulu. Seperti contoh dibawah. Memang itulah struktur asas bagi sesebuah template.
contoh berdasarkan template minima
2. Kecuaian apabila meletak tag html
Selalu terjadi bila kita tak dapat membezakan hubungan diantara css dengan html. contohnya beza:
Tag id dengan tag class: Korang boleh bezakan dengan melihat tanda # dan .(dot). Tanda # dikhususkan untuk tag id yang bermaksud elemen tersebut haruslah unik dan tunggal dalam satu-satu template. Manakala tanda .(dot) dikhususkan untuk tag span yang bermaksud elemen tersebut tak unik dan boleh digunakan beberapa kali dalam satu-satu template.
div dengan span: Tag span dikhususkan untuk satu line elemen. Walaupun tag span di masukkan dalam sesuatu perkataan, ia tidak akan mempengaruhi perkataan seterusnya. Manakala, tag div digunakan dalam satu blok elemens. Tag div akan mengasingkan bahagian yang ada didalamnya. Contoh:
3. Tidak back-up template dan preview.
Inilah kesilapan paling besar dan selalu terjadi bila mengedit template. Backup template penting kerana sekiranya berlaku apa-apa semasa mengedit anda boleh me'restore' semula template asal. Korang jangan risau, semua widget di sidebar tidak akan tergangu sekiranya anda mengupload semula template asal selagi korang tak tukar template baru.
Yang kedua, kebiasaanya kita jarang preview layout blog sebelum save. Kebaikan preview ialah kita boleh melihat keaadaan sebenar blog kita, jadi jika ada kesalahan, kita boleh reset balik template dengan menekan "clear edit".
Cukuplah tiga kesalahan dahulu. Walaupun banyak lagi kesalahan yang lain tetapi diatas adalah kesalahan yang selalu berlaku ketika mengedit blog. Harap korang dapat mempelajari sesuatu dalam entri kali ni. Ok, aku nak sambung study untuk final exam.
P/s: Ada sesiapa lagi berminat nak sertai kontes buntu? Cepat sebelum tarikh tutup, 7 hari lagi ni
0 comments:
Post a Comment