Tiada kena mengena dengan Barisan Nasional
Aku sering membuang masa melawat blog-blog orang lain sambil meninggalkan tapak kaki di ruangan komen ataupun chatbox mereka. Sebagai blogger, aku juga tahu kita inginkan ramai pengunjung melawat blog kita. kita lagi suka kalau banyak komen dalam setiap entri yang kita tulis. seperti blog kita ni lebih dihargai oleh pembaca. Sedikit sebanyak tak melunturkan semangat kita untuk terus berblog. Betul tak wahai pembaca sekalian?hehe
Sesi bercerita kali ini tiada kena-mengena tentang cara-cara meningkatkan traffik blog atau kenapa blog kamu tak sepopular blog orang lain seperti blog
dilarangmelarang.hehe. Kalau kamu nak tahu jugak, kamu boleh baca entri dari cik Chokilala tentang
blog-blog yang kurang digemarinya ataupun blog justkhai tentang
10 sebab blog dikau sungguh annoying. Aku malas menulis tentang itu sebab blog aku pun bukan perfect. Tapi, kali ini aku nak bagi tips macammana men'stabil'kan blog kamu.
Blog-blog yang stabil sebenarnya mengambil 3 ciri utama iaitu Performance, Appearance dan Content Management. Dalam 3 aspek ini kamu boleh bahagikan kepada peratus sebagaimana yang kamu inginkan. Contohnya blog ini mengambil peratus Performance:30%, Appearance:50% dan Content Management:20%. Ketiga-tiga aspek ini juga saling berkaitan.Tentu kamu masih belum paham lagi.
Ok. Performance ialah kecepatan sesuatu blog untuk 'load' sehingga penuh. Kamu boleh cek masa untuk blog kamu load penuh di sini. Sekiranya blog kamu mengambil masa 2 minit dan keatas, tentu peratus Appearance dan Content Management kamu tinggi. Blog aku ambil masa 58 saat. kira ok la kan.haha
Seterusnya Appearance. Appearance ialah hiasan blog seperti gambar-gambar, icon-icon senyuman, butang-butang dan sebagainya. Jika kamu tengok blog aku, appearance adalah keutamaan penting. Saiz image-image yang aku gunakan kebanyakan lebih 10kb. Sebab aku guna format PNG. Jadi untuk stabilkan blog ini, peratus untuk performance dan Content Management aku kurangkan. Kamu pun boleh buat begitu juga.
Aspek yang terakhir ialah Content Management. Maksudnya ialah cara kamu menguruskan isi-isi blog seperti widget-widget yang ada di sidebar, dan jumlah post yang dipaparkan. Jika peratus Appearance dan Performance tinggi, maka peratus Content Management haruslah rendah. Contohnya, letakkan widget yang penting sahaja di sidebar kamu, seperti widget followers, recent post, chatbox, recent comment dan categories. Dan kalau boleh kurangkan penggunakan kod-kod Javascipt seperti Twitter, Plurk dan Mp3 Player. Sebabnya kod-kod Javascript agak berat, dan akan mengambil masa yang lama untuk load. Selain itu, kamu boleh kurangkan jumlah post yang dipaparkan pada blog kamu. Aku cadang kamu letak 4-7 post saja.
Aku akui blog ini masih mengalami ketidak-stabilan terutamanya pada bahagian Appearance dan Performance terutama Image pada header yang bersaiz 100kb hingga melambatkan load blog ini.huhu. Jika kamu nak letakkan apa-apa gambar, pastikan saiznya tidak lebih 50kb.
Kesimpulannya, kamu mesti bijak mengurus blog kamu, ambillah 3 aspek utama ini sebagai panduan untuk membuatkan blog kamu lebih stabil. Jika tak stabil, tentu load page kamu lambat. Kamu harus paham pengunjung tak suka menunggu lama.hehe. Lainlah kalau blog kamu blog artis ataupun blog Dr Mahathir.hehe. Kalau ada sebarang masalah dan pertanyaan, boleh komen dibawah
0 comments:
Post a Comment