
Ternyata aku tak dapat meninggalkan dunia blogger ini. Aku dah ok sekarang
Rasanya belum terlambat aku mengucapkan Gong Xie Fat Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia ini. Memandangkan ekonomi meleset tahun ini, aku tidak mengharapkan angpau dari kawan-kawan Cina aku, cukuplah sekotak limau mandarin.bleh? hehe
Aku paling benci Perayaan Tahun Baru Cina. Aku bukan rasis tapi cuba kamu bayangkan, semua kedai akan tutup. Maklumlah pemiliknya kebanyakan orang Cina. Kalau ada yang buka pun, mesti restoran-restoran Melayu dan Kedai-kedai mamak. Aku yang cuti seminggu ni, terpaksa duduk dirumah. Sepatutnya inilah masa untuk jalan-jalan di bandar sambil menghabiskan duit PTPTN aku.haha
Kenapa aku tulis tajuk entri ini : 'Selamat Hari Raya Cina'. Melalui pemerhatian aku, dua-dua perayaan ni ada sedikit persamaan. Kenapa aku cakap macam tu? Hari Raya Aidilfitri, kita ada duit raya, apa bezanya dengan Angpau? mungkin duit raya tak banyak.hehe. Tahun Baru Cina ada bunga api, hari raya ada meriam buluh. Lagi power kan?
Bercakap tentang limau mandarin, aku betul-betul tak puas hati dengan limau yang dijual oleh Giant. Aku beli sekotak semalam, harga pun murah sangat RM11.90 untuk yang saiz large. Tapi, yang tak bestnya limau tu masam. hoho. Naseb baik kawan-kawan aku jugak yang habiskan.
Cuti Tahun Baru Cina ni aku cadang nak g Sungai Padas(Sabah) untuk aktiviti Water Rafting. Siapa nak join, bleh bagitau aku. (Terpengaruh dengan Iklan Zoom Malaysia).haha. Oklah, jumpa di Post akan datang. Adios!
P/s: YM aku dah ok. Sesiapa yang tak bleh sign-in ym tu, aku ada penyelesaiannya. kalau kamu guna Celcom broadband, memang ada yang tak bleh sign in YM sebab share IP yang sama.
0 comments:
Post a Comment