Hari ni aku melakukan perkara yang memang sepatutnya kaum lelaki yang lakukan. Abang aku sedang bercuti di kampung dan aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kereta Iswaranya itu. Aku memang berbesar hati menerima tanggungjawab itu kerana aku bebas menggunakan keretanya untuk berjoli di bandar.haha.
Tetapi aku juga harus ke bengkel untuk men'service' kereta itu. Masalahnya disini, aku belum pernah pergi kemana-mana bengkel kenderaan. Aku tidak tahu apa yang hendak diberitahu dengan mekanik nanti. Abang aku ada pesan tapi aku tidak paham apa yang dia terangkan. Aku mengiyakan saja apa yang dia pesan. Lagipun, masa tu, aku hanya fikir untuk membawa kereta itu jalan-jalan di bandar nanti.haha. Tengah hari tadi aku ke bengkel di stesen Petronas. Setibanya aku disana, aku terus berjumpa dengan mekanik.
Aku: "Bang, dekat sini ada service kereta?
Mekanik: "Ada, tapi ko nak service apa?
Aku: "Service ja apa yang patut, isi air, isi minyak, semuanyalah"
Mekanik: "Ha? Apa yang kamu nak service ni? Kalau nak isi minyak.dekat depan tu ada"
Mekanik: "Ada, tapi ko nak service apa?
Aku: "Service ja apa yang patut, isi air, isi minyak, semuanyalah"
Mekanik: "Ha? Apa yang kamu nak service ni? Kalau nak isi minyak.dekat depan tu ada"
Maksud dia ni pam minyak petronas la tuh.adui pening aku dibuatnya. Otak aku blank masa tu. Aku bukan mau isi minyak yang tu la.. Tapi bukan salah mekanik itu tidak paham apa yang aku cakap, salah aku juga. Abang aku terang suruh buat ini, buat itu dengan panjang lebarnya. Yang aku ingat: service, air dan minyak.Haha. Untuk menutup kemaluan aku yang memang sedia tertutup, aku pun menelefon abang aku untuk menerangkan apa yang sepatutnya kepada mekanik tu.haha. Masa aku bayar di kaunter, mekanik tu siap menyindir lagi."aiya, lelaki saja, macam mana tidak tahu itu benda o".haha. Aku diam jek la, memang salah aku kan.Adoi, malunya. Sumpah lepas ni aku tidak akan ke bengkel itu lagi.haha.
Aku pernah terbaca satu entri tapi aku lupa alamat blog tu. Ceritanya pasal wanita dan kereta. Wanita itu pergi ke satu bengkel. Dia pun lebih kurang macam aku jugakla, tidak tahu apa yang hendak di'service'.
Wanita:" Encik, boleh cek kereta saya?"
Mekanik:"Boleh, apa yang rosak?"
Wanita:" Ada satu bahagian tu, tapi saya tidak tahu apa nama benda tu. Encik tolong cekkan la".
Mekanik:" Mana saya tahu apa yang hendak dibaiki kalau cik tidak beritahu"
Wanita:"Ala, saya kurang pastilah, tapi pada benda tu ada tertulis nombor 710"
Puaslah si mekanik cari apa benda yang ada nombor 710. Akhirnya, mekanik itu ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya yang dicari ialah bahagian tangki minyak. Kan penutup tangki minyak tu tertulis perkataan "OIL". Kalau diterbalikkan memanglah seperti nombor "710".haha. Dalam situasi aku tadi, bolehlah aku disamakan dengan wanita ini, dan aku terpaksa menerima hakikat itu..
Memang kereta selalu dikaitkan dengan kaum lelaki. Jarang sekali kita dengar kaitannya dengan kaum hawa. Tapi, zaman sudah berubah. Semenjak kejadian tengah hari tadi di bengkel Petronas itu, persepsi aku terhadap wanita dan kereta sudah berubah. Boleh aku simpulkan lelaki dan wanita adalah sama bila dikaitkan dengan kereta. Aku selalu memandu lebih 100KM/JAM, tapi aku hairan, aku selalu dipotong oleh kereta yang dipandu oleh wanita. Ini tanda-tanda kiamat kah? haha.
Aku bukan berniat mengembangkan hidung-hidung kaum hawa di Malaysia ini, tapi tidak dapat kunafikan wanita-wanita zaman sekarang sungguh lasak!. Mungkin sampai satu ketika nanti, lelaki dan wanita tidak dapat dibezakan lagi.haha.macam mana tuh? Aku dah merapek.Oklah, Adios!
0 comments:
Post a Comment