Pemenangnya jatuh kepada...

Cuba teka moto siapa diatas?

Confused

Setelah aku menilai moto-moto yang kamu berikan pada ruangan komen itu, aku telah berjaya membuat keputusan. Siapakah pemenang bagi pertandingan mencipta moto blog aku ini?

Pemenangnya jatuh kepada:

EN. ABEN
(Tepuk tangan ramai-ramai.Hoorey)


Dengan Motonya:

Boonto | Tempat Lepak Makhluk Yang Buntu

Maka dengan itu aku akan menggunakan Moto itu mulai dari sekarang. Banyak moto-moto yang menarik kamu berikan. Aku tahu ada yang buntu mencari idea. Tapi aku tetap menghargai idea-idea kamu. Terima kasih tak terhingga.

Kepada yang tidak bertuah, jangan sedih dan boleh cuba lagi akan datang. Jika aku baik hati, akan ada lagi pertandingan pada masa akan datang. Hehe. Kepada En. Aben, berikan No. Hp kamu yang yang hendak di'topup' secepat mungkin.

Ps: Sebenarnya aku buntu mencari pemenang. Kalau boleh aku nak pilih lebih dari satu. Tapi ekonomi meleset, kena berjimat.hehe

Pertandingan Mencipta Moto!

Jom ikut pertandingan darjah satu ini!


Aku sudah bosan dengan moto blog aku iaitu "Taman Permainan Kanak-kanak Belasan Tahun". Bukan setakat bosan, aku juga benci moto ini kerana bila aku cek statistik blog di google webmaster, amat mengecewakan dibahagian "Top search queries". Ada yang mencari permainan kanak-kanak, blog permainan kanak-kanak, dan bermacam-macam lagi berkaitan dengan kanak-kanak.haha.

Dan dengan segala sukacitanya, aku membuat pertandingan yang amat simple dan mudah untuk kamu semua. Soalannya simple saja, maka hadiahnya juga sesimple soalannya.hehe. nak ikut pertandingan ini?

Soalannya ialah:

Berikan Moto yang kamu rasa paling sesuai untuk blog aku ni. Bleh?


Contoh jawapan:

Boonto | Taman Permainan kanak-kanak belasan tahun(edit yang bewarna)


Mudah bukan? Hadiah ialah "top-up" kredit sebanyak 10 ringgit kesemua jenis talian. Berbaloi la kan dengan soalan ringkas itu?hehe.

Cara-cara untuk ikut pertandingan ni pun mudah jugak.

1. Kamu hanya perlu bagi jawapan(moto) itu di ruangan komen.
2. Jawapan tidak melebihi 10 patah perkataan.
3. Pemenang hanya seorangGrin(ekonomi meleset)
4. Hakimnya aku seorang. jadi, pandai-pandailah tarik perhatian aku.hehe

Aku akan menambah kredit kamu menggunakan online banking iaitu Cimbclicks.com. Tarikh tutup pertandingan ialah bila-bila saja aku rasa nak tutup, aku tutuplah.hehe

Jangan lepaskan peluang ini. 10 ringgit tu besar nilainya. amat berguna juga untuk mereka-mereka yang dilamun cintaHeart. Save budget korang telepon dan sms teman kamu kan?hehe. Kalau ada yang kurang faham. bagitau k. selamat mencoba!

Selamat Hari Raya Cina

Selamat Tahun Baru Cina!



Ternyata aku tak dapat meninggalkan dunia blogger ini. Aku dah ok sekarangThumbsUp. Aku betul-betul berterima kasih kepada yang beri sokongan di shoutbox dan komen entri sebelum ini. Terutama kepada En. Amer Yusof dengan Puisi Namron yang membuatkan aku ingin menulis lagi. Mungkin aku ada bakat untuk jadi penulis agung memandangkan abang aku pun penulis jugak. Tapi menulis hanya hobiku dan bukan di atas kertas, hanya di blogUndecided.

Rasanya belum terlambat aku mengucapkan Gong Xie Fat Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia ini. Memandangkan ekonomi meleset tahun ini, aku tidak mengharapkan angpau dari kawan-kawan Cina aku, cukuplah sekotak limau mandarin.bleh? hehe

Aku paling benci Perayaan Tahun Baru Cina. Aku bukan rasis tapi cuba kamu bayangkan, semua kedai akan tutup. Maklumlah pemiliknya kebanyakan orang Cina. Kalau ada yang buka pun, mesti restoran-restoran Melayu dan Kedai-kedai mamak. Aku yang cuti seminggu ni, terpaksa duduk dirumah. Sepatutnya inilah masa untuk jalan-jalan di bandar sambil menghabiskan duit PTPTN aku.haha

Kenapa aku tulis tajuk entri ini : 'Selamat Hari Raya Cina'. Melalui pemerhatian aku, dua-dua perayaan ni ada sedikit persamaan. Kenapa aku cakap macam tu? Hari Raya Aidilfitri, kita ada duit raya, apa bezanya dengan Angpau? mungkin duit raya tak banyak.hehe. Tahun Baru Cina ada bunga api, hari raya ada meriam buluh. Lagi power kan? Grin. Balik kampung, Kemalangan, ziarah-menziarahi, makan beramai-ramai tu dah jadi lumrah dua-dua perayaan ni. tapi satu jek aku tak dapat tengok persamaan, Tahun baru Cina ada limau mandarin. Kalau hari raya, buah apa yang ada? ketupat bukan buah kan?haha

Bercakap tentang limau mandarin, aku betul-betul tak puas hati dengan limau yang dijual oleh Giant. Aku beli sekotak semalam, harga pun murah sangat RM11.90 untuk yang saiz large. Tapi, yang tak bestnya limau tu masam. hoho. Naseb baik kawan-kawan aku jugak yang habiskan.

Cuti Tahun Baru Cina ni aku cadang nak g Sungai Padas(Sabah) untuk aktiviti Water Rafting. Siapa nak join, bleh bagitau aku. (Terpengaruh dengan Iklan Zoom Malaysia).haha. Oklah, jumpa di Post akan datang. Adios!

P/s: YM aku dah ok. Sesiapa yang tak bleh sign-in ym tu, aku ada penyelesaiannya. kalau kamu guna Celcom broadband, memang ada yang tak bleh sign in YM sebab share IP yang sama.VeryAngry. Caranya, kamu sign-in di Webmessenger, kemudian kalau dah masuk, cuba sign-in di YM komputer kamu plak. Gudluck! jangan lupa add aku yek. aerieff@yahoo.com

Aku bertapa di gua untuk seketika

Aku berhenti sementara dalam dunia blogging.
Mungkin untuk sehari seminggu sebulan atau setahun.
Aku sedang menhadapi saat-saat paling sukar dalam hidupku.
Doakan aku tabah menghadapi dugaan di tempat pertapaanku nanti ok
Jumpa lagi!

Stabilkah blog kamu?

Tiada kena mengena dengan Barisan Nasional


Aku sering membuang masa melawat blog-blog orang lain sambil meninggalkan tapak kaki di ruangan komen ataupun chatbox mereka. Sebagai blogger, aku juga tahu kita inginkan ramai pengunjung melawat blog kita. kita lagi suka kalau banyak komen dalam setiap entri yang kita tulis. seperti blog kita ni lebih dihargai oleh pembaca. Sedikit sebanyak tak melunturkan semangat kita untuk terus berblog. Betul tak wahai pembaca sekalian?hehe

Sesi bercerita kali ini tiada kena-mengena tentang cara-cara meningkatkan traffik blog atau kenapa blog kamu tak sepopular blog orang lain seperti blog dilarangmelarang.hehe. Kalau kamu nak tahu jugak, kamu boleh baca entri dari cik Chokilala tentang blog-blog yang kurang digemarinya ataupun blog justkhai tentang 10 sebab blog dikau sungguh annoying. Aku malas menulis tentang itu sebab blog aku pun bukan perfect. Tapi, kali ini aku nak bagi tips macammana men'stabil'kan blog kamu.

Blog-blog yang stabil sebenarnya mengambil 3 ciri utama iaitu Performance, Appearance dan Content Management. Dalam 3 aspek ini kamu boleh bahagikan kepada peratus sebagaimana yang kamu inginkan. Contohnya blog ini mengambil peratus Performance:30%, Appearance:50% dan Content Management:20%. Ketiga-tiga aspek ini juga saling berkaitan.Tentu kamu masih belum paham lagi.

Ok. Performance ialah kecepatan sesuatu blog untuk 'load' sehingga penuh. Kamu boleh cek masa untuk blog kamu load penuh di sini. Sekiranya blog kamu mengambil masa 2 minit dan keatas, tentu peratus Appearance dan Content Management kamu tinggi. Blog aku ambil masa 58 saat. kira ok la kan.haha

Seterusnya Appearance. Appearance ialah hiasan blog seperti gambar-gambar, icon-icon senyuman, butang-butang dan sebagainya. Jika kamu tengok blog aku, appearance adalah keutamaan penting. Saiz image-image yang aku gunakan kebanyakan lebih 10kb. Sebab aku guna format PNG. Jadi untuk stabilkan blog ini, peratus untuk performance dan Content Management aku kurangkan. Kamu pun boleh buat begitu juga.

Aspek yang terakhir ialah Content Management. Maksudnya ialah cara kamu menguruskan isi-isi blog seperti widget-widget yang ada di sidebar, dan jumlah post yang dipaparkan. Jika peratus Appearance dan Performance tinggi, maka peratus Content Management haruslah rendah. Contohnya, letakkan widget yang penting sahaja di sidebar kamu, seperti widget followers, recent post, chatbox, recent comment dan categories. Dan kalau boleh kurangkan penggunakan kod-kod Javascipt seperti Twitter, Plurk dan Mp3 Player. Sebabnya kod-kod Javascript agak berat, dan akan mengambil masa yang lama untuk load. Selain itu, kamu boleh kurangkan jumlah post yang dipaparkan pada blog kamu. Aku cadang kamu letak 4-7 post saja.

Aku akui blog ini masih mengalami ketidak-stabilan terutamanya pada bahagian Appearance dan Performance terutama Image pada header yang bersaiz 100kb hingga melambatkan load blog ini.huhu. Jika kamu nak letakkan apa-apa gambar, pastikan saiznya tidak lebih 50kb.

Kesimpulannya, kamu mesti bijak mengurus blog kamu, ambillah 3 aspek utama ini sebagai panduan untuk membuatkan blog kamu lebih stabil. Jika tak stabil, tentu load page kamu lambat. Kamu harus paham pengunjung tak suka menunggu lama.hehe. Lainlah kalau blog kamu blog artis ataupun blog Dr Mahathir.hehe. Kalau ada sebarang masalah dan pertanyaan, boleh komen dibawahWink

AJL 23. Tekaan kamu betul?

Lagu Pilihan aku untuk jadi Juara Lagu



Aduh, tekaan aku salah! tentu tekaan kamu ada yang salah jugak kan?. Anugerah Juara Lagu Ke-23 sudah menutup tirainya. Tahniah buat band Meet Uncle Hussain yang menang anugerah AJL itu. Kerana AJL jugak aku terus berselera untuk membuat entri baru ni. haha. Sebab apa? tentulah sebab kenapa bukan Faizal Tahir yang menang AJL?! Walaupun aku bukan Juri terlatih, tapi aku rasa memang patut Faizal Tahir dapat anugerah tu. Tiga anugerah yang dimenangi (Persembahan terbaik, Vokal terbaik, dan Anugerah Balada), sudah tentu melayakkannya mendapat anugerah juara lagu bukan?ohnoes.So, apa pendapat kamu pulak?

Aku bukanlah minat sangat dengan industri muzik tanah air. Tapi, memandangkan dari jam 9 malam rancangan tv tak berubah, terpaksa la jugak aku melayan AJL itu. Sepanjang persembahan artis-artis tempatan, memang ada yang best dan ada jugak yang kurang bestnya.

Tapi persembahan Faizal Tahir memang hebat. Daripada lagu pertama yang dia nyanyi "lagu Coba", sudah membuatkan aku terpegun di depan kaca tv. Inikan pula lagu kedua "sampai syurga" yang betul-betul membuatkan aku kagum dengan bakatnya. Sebelum ni aku amat membenci Faizal T. sebab gf aku terlalu meminatinya (kes jeles nih).haha. tetapi malam ini aku betul-betul menyukai suara dan bakatnya dalam bidang nyanyian. Sungguh kreatif. Mungkin aku patut gambarkan, penyanyi seperti ini hanya lahir seorang dalam sedekad. haha. mungkin juga aku terlalu memujinya tetapi dia layak menerima puji-pujian itu.
Gimik ni berkesan. Kreatif macam blog aku.haha credit)


Artis-artis yang lain juga tidak kurang hebatnya, yang berjaya curi tumpuan aku seperti lagu Estranged(yang pernah), persembahan mereka sungguh bertenaga dari awal hingga akhir, tapi macam kurang rasa sikit. Ziana Zain dengan lagu dingin pun best jugak, vokalnya mantap tapi mungkin tidak semantap dulu lagi. Memandangkan ini baru pertama kali Stacy masuk Juara lagu, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi padanya. Tapi, masuk final sudah cukup membuktikan dia bukan Juara AF yang hanya mendapat undian SMS, tetapi juga mendapat undian para Juri. Suara Ayu(aku pun baru tahu nama), memang mantap. juga pertama kali sama seperti Stacy, mungkin ini pengalaman berharga buatnya. Sang Juara, Meet Uncle Hussain turut memberikan persembahan mantap sepanjang persembahan. Kalau tidak, camna boleh jadi juara kan.haha Hanya artis-artis diatas bagiku memberikan persembahan yang hebat.

Tahniah,walau ko bukan pilihanku.haha(credit:gua.com.my)


Ada artis-artis yang aku harapkan dapat memberikan persembahan yang hebat, tapi yang sebaliknya berlaku. 'Lagu kita' dari Aizat memang best, tapi bila dia nyanyi live tadi, macam ada yang kurang, berbeza dengan lagu itu di corong radio. Betul tak? begitu juga dengan Elyana, bagi aku lagu "kalis rindu" amat unik dan sedap. Tapi, suaranya agak tenggelam ketika diatas pentas tadi. Mungkin cara dan kedudukannya (duduk) ketika menyanyi, menjejaskan suaranya. Sayang seribu kali sayang.hehe. Dan bagi artis-artis yang lain seperti Sofaz, Spider, Zahid dan Heliza, Farahwahida, dan Aiman, bagi aku mereka biasa-biasa saja. Tapi, yang herannya dapat jugak Farahwahida menang kategori etnik kreatif. Sudah tentu persembahannya yang kreatif itu memberikannya markah yang tinggi. Kalau ikutkan suara.hmm..no komen(jawapan selamat).haha

Secara peribadinya, semua ni hanya pendapat aku jek. Manalah tau kamu pun ada pendapat yang lain. Boleh la kongsi-kongsi. Smile. Tapi yang pastinya aku masih tak puas hati kenapa bukan Faizal T. yang menang AJL. Aku tahulah, 3 anugerah yang dia menang tu sudah cukup membuatkannya kaya. Tapi, semua tu bukan halangan untuk dia jadi juara.FootInMouth Aku rasa kamu pun sependapat dengan aku kan?


P/S: Aku bukan peminat Faizal T. dan aku bukannya Gay. aku juga memang tidak 'Gay' dengan keputusan juri malam ni.hehe

Sekolah, Syurgaku @ Nerakaku?

Aku rindu zaman sekolah!


Ramai rakan-rakanku di alam blogger ini masih lagi full-time student. Belum terlambat lagi aku mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Seminggu sudah berlalu, bagaimana dengan sesi persekolahan kamu? best atau tak best?~peduli apa aku.hehe.. Bagi yang ambil PMR tahun ni, " ala, rilek la, PMR jek tuh". Bagi yang SPM, " Ha, inilah hidup mati korang!, kalau gagal, aku cadang korang kahwin awal la."( Baru padan muka, siapa suruh tak belajar ).haha.

Ok..ok.. aku tau, aku dah lari dari tajuk asal. Soalan aku berbunyi begini: pada yang masih sekolah, dan juga yang sudah meninggalkan kerusi plastik sekolah, kamu rasa sekolah itu syurga atau neraka? ...Murid-murid, siapa pilih syurga, angkat tangan! pilih neraka, angkat hidung!(Sicktak lawak pun!). Kalau kamu pilih syurga, mesti zaman sekolah kamu best. Kalau neraka. sudah tentulah tak best. Aku kategorikan zaman sekolah aku sebagai kubur. Sebab ada yang best ada juga yang tak bestnya. haha

Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5, aku hidup di dalam sangkar yakni sekolah berasmarama penuh. Start aku masuk tingkatan 1 hingga 3, itulah zaman duka-duki aku. Biasalah bila jadi junior, macam-macam benda tak best kami kena wat. Macam jadi amah lak kan. Jadi orang suruhan sepenuh masa oleh Senior.haha. sapu-menyapu, cuci-mencuci, urut mengurut semua tuh junior wajib lakukan. Itulah sebabnya mengapa ibu-bapa suka menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh. Kononnya mereka cepat berdikari, tapi yang sebenarnya mereka tidak tau anak-anak mereka dijadikan pekerja sambilan oleh senior.huh

Tapi yang best time aku sekolah dulu bila dah naik tingkatan 4. Tiba masanya kami pulak jadi senior. Best, memang best. Kami balas balik apa yang senior buat pada kami dulu. Tapi aku bukanlah jahat sangat dalam bab-bab memberi arahan kepada junior ni. Sekadar tolong ambilkan makanan di dewan makan, sapu bilik,dan kemas katil aku, kira ok la kan. Naik tingkatan 5, aku jadi senior yang baik, aku malas dah suruh junior-junior buat kerja. Bukannya apa, aku takut nanti ada kesan dengan keputusan SPM aku.haha. Cuba kamu bayangkan, kalau junior tu tak redha, dia sumpah kamu gagal SPM, kan susah tuh. Alhamdulillah, nasib baik keputusan aku ok.hehe.

Memang banyak kenangan zaman sekolah. Selalu jugak aku ikut perkembangan sekolah aku tuh. Bila tanya khabar cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu, dah ramai yang berpindah. Almaklumlah, sekolah tu dalam hutan. Bila terbaca kes histeria dalam berita harian, aku buat rilek jek. Sekolah aku lagi ramai kena histeria, tapi tak pula masuk berita.haha.

Panjang aku merapek.huh. me'refresh'kan ingatan dulu kala. haha. Oklah, kepada yang nak ambil exam tahun ni. mula la dari sekarang. Jangan jadi macam aku last minute baru belajar. tapi, otak aku geniusVeryAngry. Kalau otak kamu macam otak aku, kamu masih boleh lagi online setiap hari dan teruskan membaca entri-entri aku.haha.

p/s: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ramai saudaraku telah dipijak!

Masih ada harapan dihari esok?


RAMAI SAUDARAKU YANG BAIK TELAH DIPIJAK... Bila tengok berita, baca surat khabar: "Israel laknat! Israel kejam! tidak berhati perut!"(hanya mampu berkata-kata). Bila jam 9 malam, bila dah habis baca surat khabar: "Bola jam berapa start?, "Jom keluar makan?" (lupa akan kekejaman Israel) Bangun! bangun! sedarlah wahai muslimin muslimat, saudara kita di Palestin memerlukan pertolongan. Apa yang kita boleh buat? hanya melihat kekejaman Israel? Mustahil! Pasti ada yang boleh kita lakukan.

Aku rasa bertanggungjawab untuk buat entri pasal kekejaman Israel. Aku bukannya apa, seringkali aku masuk blog-blog orang lain, tidak ramai yang menulis entri tentang itu. Aku juga bukannya hipokrit. Bila orang tulis entri pasal ni, aku pun ikut sama. Tidak! Sekurang-kurangnya rasa belas kasihan tu ada. Pernahkah kamu bayangkan bila kamu berada di tempat mereka yang ditindas? Syukurla kita hidup di negara bertuah ni. Tapi itupun masih ada lagi parasit-parasit yang ingin melihat negara kita kacau bilau.

Jom boikot barangan keluaran Israel dan yang menyumbang kepada Israel! Mungkin inilah perkara yang paling mudah yang boleh kita lakukan. Bila aku tengok list-list barangan tu, aku sendiri tertanya-tanya."boleh kah aku lakukan cara ni?" . Aku yakin 99%, kamu juga rasa tidak mampu lakukan perkara ini.

Kamu mampu boikot barang-barang diatas?



Kalau begitu, mulai hari ini, kamu tidak boleh minum Coca-cola, makan KFC, McD, Pepsi, Maggi dan lain-lain lagi. Kemudian, kalau kamu nak tengok wayang, jangan tengok filem Inggeris lagi, filem-filem Melayu kan banyak, bermutu plak tu.haha. Bagi perempuan, jangan guna Kotex, Loreal, Maybelline. Jenama Malaysia pun banyak jugak, makan jamu lagi berkesan kan?. Dan bagi peminat Arsenal. Mulai sekarang, tukarlah kelab lain.(nasib baik aku minat Manchester United). Ok? Kamu rasa kamu boleh lakukan?

Memang susah , tapi jika inginkan sesuatu yang baik, mesti ada yang perlu dikorbankan. Aku bukan maksudkan korban binatang ok. Contohnya, kalau setiap minggu kamu makan burger McD, apa salahnya kurang-kurangkan sebulan sekali. Dan begitu juga dengan produk-produk yang lain. Memang susah berubah serta merta, tapi kalau perlahan-lahan, lama-lama kita akan terbiasa jugak.

Last sekali, jika kamu umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa agar Penduduk Palestin diberikan kekuatan, kesabaran, kecekalan dan keberanian dalam menghadapi Rejim Israel Laknatullah. Sesungguhnya senjata yang paling kuat Umat Islam adalah Doa!

p/s: Kalau kamu dermawan, bolehlah derma ke Tabung NSTP untuk gaza.

Sumber: Berita Harian.Klik

Tutorial singkat blogger.

Buang navbar pyzam dan thecutestblogontheblock link


Kali ini tutorial mudah untuk para bloggers. Walaupun benda kecil, ia mampu mencantikkan page blog anda. 'to the point'. Ramai blogger suka menggunakan layout dari Pyzam.com ataupun Thecutesblogontheblock.com. Tapi bagaimana hendak menghilangkan navbar pada layout itu? juga aku akan sertakan tutorial membuat tooltips pada tulisan dan gambar anda. nak tahu lebih lanjut?


1.Menghilangkan Navbar PYZAM.COM

Navbar Pyzam.com


Step 1: pergi ke layout>edithtml. Cari code css ini : .bloggerPyBar (anda boleh guna shortkey: ctrl+f) . Kemudian buang semua code dibawah:

.bloggerPyBar { background-color:#ff6600;
color:#114477;
font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;
font-size:10px;
text-align:left;
font-weigth:bold;
padding:2px 2px 2px 6px;}
.bloggerPyBar a {color:#114477;}
.pylogo {float:right;padding-right:9px;}

Step 2: cari kod <body>, kemudian dibawah kod itu hilangkan semua kod html seperti dibawah:

<div class='bloggerPyBar' style='cursor:pointer;'><div class='pylogo'><span style='position:relative;top:-1px;left:0px'>&#171;</span> <a href='http://www.pyzam.com'>PYZAM.COM</a></div>
<a href='http://www.pyzam.com/bloggertemplates'>CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES</a> AND <a href='http://www.pyzam.com/myspacelayouts'>MYSPACE LAYOUTS</a> <span style='position:relative;top:-1px;left:0px;'>&#187;</span> </div>


2. Menghilangkan Link Image dari TheCutestblogontheblock.com

Buang link Thecutestblogontheblock.com



Step 1: Semasa anda ingin menggunakan Skin dari laman web diatas. Anda mesti meng"copy" code di bawah untuk diletakkan di layout anda bukan? :

<style type="text/css">
body {background-image: url("http://i342.photobucket.com/albums/o401/Thecutestblogontheblock/newyearslightscopy.jpg"); background-position: center; background-repeat: no-repeat; background-attachment: fixed; }
</style>
<div id="tag" style="position:absolute; left:0px; top:30px; z-index:50; width:150px; height:45px;"> <a href="http://www.thecutestblogontheblock.com" target="_blank"> <img src="http://www.thecutestblogontheblock.com/images/tag.jpg" border="0"/> </a></div>

Step 2: anda Hanya perlu menghilangkan kod bewarna biru diatas. Kemudian save layout anda.

3. Cara Memasang Tooltips.



Tutorial ini dari laman blog technicaldotcom. Walaupun benda ni kecil, tapi ia berkesan mencantikkan blog anda.

Step 1: Dowload Zip file (Klik kanan>Saveas). extract file tersebut. Kemudian upload file nicetitle.css dan nicetitle.js dimana-mana hosting percuma. seperti geocities.

step 2: pergi ke layout>edithtml. cari kod </head>(ctrl+f), letakkan code di bawah seblumnya:

<src="http://hostfileanda.com/nicetitle.js" type='text/javascript'></script>
<link rel="stylesheet" href="http://hostfileanda.com/nicetitle.css">

(ingat:gantikan url warna biru dengan host anda)

Step 3: Save layout.

Untuk menggunakan tooltips itu pada Image hanya letak code seperti dibawah:

<a href="URL here" title="put your tooltip message here"><img src="URL of the image here"></a>

Pada link tulisan:

<a href="URL here" title="put your tooltip message here">Read Me!</a>


Setakat 3 sahaja tutorial untuk kali ini. akan datang aku akan membuat tutorial bagaimana memasang butang kawalan saiz tulisan. Sebarang masalah boleh komen dibawah. OK. Gud Luck eberibadi. Adios!

Lelaki dan Wanita serta Kereta

Akulah DK,Bukan Donkey Kong,tp Drift King.Haha



Hari ni aku melakukan perkara yang memang sepatutnya kaum lelaki yang lakukan. Abang aku sedang bercuti di kampung dan aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kereta Iswaranya itu. Aku memang berbesar hati menerima tanggungjawab itu kerana aku bebas menggunakan keretanya untuk berjoli di bandar.haha.

Tetapi aku juga harus ke bengkel untuk men'service' kereta itu. Masalahnya disini, aku belum pernah pergi kemana-mana bengkel kenderaan. Aku tidak tahu apa yang hendak diberitahu dengan mekanik nanti. Abang aku ada pesan tapi aku tidak paham apa yang dia terangkan. Aku mengiyakan saja apa yang dia pesan. Lagipun, masa tu, aku hanya fikir untuk membawa kereta itu jalan-jalan di bandar nanti.haha. Tengah hari tadi aku ke bengkel di stesen Petronas. Setibanya aku disana, aku terus berjumpa dengan mekanik.

Aku: "Bang, dekat sini ada service kereta?
Mekanik: "Ada, tapi ko nak service apa?
Aku: "Service ja apa yang patut, isi air, isi minyak, semuanyalah"
Mekanik: "Ha? Apa yang kamu nak service ni? Kalau nak isi minyak.dekat depan tu ada"

Maksud dia ni pam minyak petronas la tuh.adui pening aku dibuatnya. Otak aku blank masa tu. Aku bukan mau isi minyak yang tu la.VeryAngry. Tapi bukan salah mekanik itu tidak paham apa yang aku cakap, salah aku juga. Abang aku terang suruh buat ini, buat itu dengan panjang lebarnya. Yang aku ingat: service, air dan minyak.Haha. Untuk menutup kemaluan aku yang memang sedia tertutup, aku pun menelefon abang aku untuk menerangkan apa yang sepatutnya kepada mekanik tu.haha. Masa aku bayar di kaunter, mekanik tu siap menyindir lagi."aiya, lelaki saja, macam mana tidak tahu itu benda o".haha. Aku diam jek la, memang salah aku kan.Adoi, malunya. Sumpah lepas ni aku tidak akan ke bengkel itu lagi.haha.

Aku pernah terbaca satu entri tapi aku lupa alamat blog tu. Ceritanya pasal wanita dan kereta. Wanita itu pergi ke satu bengkel. Dia pun lebih kurang macam aku jugakla, tidak tahu apa yang hendak di'service'.

Wanita:" Encik, boleh cek kereta saya?"
Mekanik:"Boleh, apa yang rosak?"
Wanita:" Ada satu bahagian tu, tapi saya tidak tahu apa nama benda tu. Encik tolong cekkan la".
Mekanik:" Mana saya tahu apa yang hendak dibaiki kalau cik tidak beritahu"
Wanita:"Ala, saya kurang pastilah, tapi pada benda tu ada tertulis nombor 710"

Puaslah si mekanik cari apa benda yang ada nombor 710. Akhirnya, mekanik itu ketawa terbahak-bahak. Rupa-rupanya yang dicari ialah bahagian tangki minyak. Kan penutup tangki minyak tu tertulis perkataan "OIL". Kalau diterbalikkan memanglah seperti nombor "710".haha. Dalam situasi aku tadi, bolehlah aku disamakan dengan wanita ini, dan aku terpaksa menerima hakikat itu.AngryFace.

Memang kereta selalu dikaitkan dengan kaum lelaki. Jarang sekali kita dengar kaitannya dengan kaum hawa. Tapi, zaman sudah berubah. Semenjak kejadian tengah hari tadi di bengkel Petronas itu, persepsi aku terhadap wanita dan kereta sudah berubah. Boleh aku simpulkan lelaki dan wanita adalah sama bila dikaitkan dengan kereta. Aku selalu memandu lebih 100KM/JAM, tapi aku hairan, aku selalu dipotong oleh kereta yang dipandu oleh wanita. Ini tanda-tanda kiamat kah? haha.

Aku bukan berniat mengembangkan hidung-hidung kaum hawa di Malaysia ini, tapi tidak dapat kunafikan wanita-wanita zaman sekarang sungguh lasak!. Mungkin sampai satu ketika nanti, lelaki dan wanita tidak dapat dibezakan lagi.haha.macam mana tuh? Aku dah merapek.Oklah, Adios!