Pemilihan 'Font' dalam berblog

Kenapa Font memainkan peranan penting dalam berblog?Aku tahu orang Malaysia lebih gemar menggunakan platform blogger untuk mula berblog, blog ni pun sama juga. Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang kita untuk mengubah blog kita secantik dan se kreatif yang mungkin. Anggaplah blog kita seperti rumah sendiri. Kalau rumah kita bersepah, siapapun tidak mahu berkunjung.

Kali ini aku akan menerangkan secara ringkas kaitan font dengan blog. Font sebenarnya mampu membuatkan design blog kita menjadi cantik. Kita boleh menggunakan font pada logo blog, tajuk sidebar ataupun pada menu(navigasi). Tetapi, kita mesti bijak dalam memilih dan menggunakan font di dalam blog kita. Contohnya, sekiranya anda memiliki blog peribadi, anda sepatutnya menggunakan font berbentuk Font Comic, Cartoon, atau Handwriting. Begitu juga kalau anda mempunyai blog berbentuk perniagaan. Font yang disarankan seperti font berbentuk Basic ataupun techno. Tetapi semua ini hanya cadanganku mengikut pengalaman yang aku lalui. Terserah kepada anda untuk memilih font yang sesuai. Download Free font di sini.

Seterusnya menggunakan Photoshop untuk mengubah font tersebut. Download Photoshop disini. Anda hanya perlu tahu skill basic saja dalam photoshop. Untuk belajar menggunakan Tools, klik disini.

Setelah anda selesai mengedit font tersebut, langkah seterusnya memasukkan kedalam blog anda. Langkah ini amatlah mudah. Anda hanya perlu Upload font yang telah edit tadi. Banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti imageshack, picasa atau photobucket.

Seterusnya memasukkan ke dalam layout. Aku akan menunjukkan langkahnya pada bahagian sidebar. Jika anda ingin ganti TITLE pada Sidebar anda. Hanya perlu tambah elemen (html/javascript) dan masukkan code ini:

<img border="0" src="LinkImageanda"/>


Cara yang mudah untuk menghilangkan TITLE(gadget) asal pada sidebar anda ialah biarkan "Title" anda kosong. Dan susun elemen anda seperti gambar dibawah.



Contoh terdekat ialah pada sidebar blog ini. Aku menggunakan font jenis Handwriting. Bukan untuk menunjuk2, tetapi cara ini mampu membuatkan pembaca anda tertarik. Banyak contoh blog yang menggunakan cara ini seperti blog Woork, Rob-Sheridan(My Favorite) dan Dc-Blog.

Kesimpulannya, Pemilihan dan penggunaan font amat penting dalam berblog. Anda mesti tidak mahu membuatkan pengunjung blog anda merasa bosan melihat layout yang mempunyai font yang sama sahaja seperti tahoma, arial dan lain-lain. Tetapi, ini hanya saranan dan cadanganku saja, anda yang berhak menentukannya. Blog seperti rumah kita sendiri. Siapa kisah?

0 comments: