Alhamdulillah, akhirnya kakak aku selamat menjalani pembedahan mengeluarkan babynya yang kelima dan yang terakhir. Aku pun tidak tahu kenapa harus dibedah? Mungkin baby tu tidak mahu lagi keluar melihat dunia.haha. Dan baby itu diberikan nama Mohd Roshaidi kalau tidak silap aku. Dengan lahirnya baby ini, maka anak buahku sekarang berjumlah 17 orang. Ya Semuanya berjumlah 17! Aku tak tipu. Anak buah aku yang paling tua sekarang dah masuk tingkatan tiga. Kenapa harus aku menjadi pakcik di kala muda? Bengangnya aku. Aku amat benci dengan panggilan "UNCLE JRY". Aku merasakan diri ini dah tua sangat. Padahal aku baru mencecah usia 20-an.Ades!
Aku sering merenung masa hadapan, dan pada mulanya aku memang ingin kahwin awal. Tetapi aku mula berfikir, perlukah aku kahwin awal tatkala anak buah aku sudah seramai 17 orang? Cuba anda bayangkan bila kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Matilah aku kalau semua 17 orang perlu diberikan duit raya. Alangkah baiknya kalau mereka menerima duit raya RM0.50 seorang. Tetapi budak-budak sekarang pandai, kalau diberi duit raya bawah RM5, kita akan digelar Haji Bakhil. Sudahla ekonomi meleset. Aku lessing satu persatu, baru korang tau! ( kata-kata Haji Bakhil dalam Filem Labu-Labi)haha.
Aku juga benci bila rata-rata anak buahku suka bermain dan bergurau senda denganku.Mentang-mentanglah aku pakcik yang paling muda. Mereka menganggapku seperti rakan sepermainan mereka. Aku penat melayan karenah mereka sehinggakan aku turut berperangai kebudak-budakkan. Anda pernah bermain pemainan "Polis dan Pencuri" ataupun dikenali sebagai "Polis Sentri"? Inilah permainan yang mereka gemar bermain bila bersamaku. Tetapi, yang tidak bestnya, dari awal permainan hingga tamat aku sajalah yang akan menjadi pencuri. Cuba korang bayangkan bila 10 orang menjadi Polis dan mengejar seorang Pencuri. Sudah tidak terkira banyaknya baju aku yang di koyakkan oleh mereka. Itupun duit juga!
Mungkin ada hikmahnya mempunyai anak buah yang ramai. Ini mendidik aku untuk menjadi seorang bapa yang baik bila dah ada anak sendiri nanti.Haha. Sedikit sebanyak aku tahu cara melayan budak-budak dengan baik.. Jadi, bertuahlah kepada sesiapa kaum hawa yang bakal menjadi Isteriku nanti.(Sempat jugak aku masukkan ayat-ayat camni"ini bukan iklan!") Haha.
Dalam 10 orang adik beradik aku, hanya tinggal 3 lagi yang belum berumah tangga termasuklah aku. Aku rasa dalam 10 tahun akan datang , semua kami akan berumah tangga. Tak sabarnya aku menunggu detik itu( Anda jangan fikir yang bukan-bukan). Bila aku dah kahwin nanti, barulah aku selesa dengan gelaran Uncle. Wat masa sekarang, aku benci dangan gelaran tu, kalau aku suruh budak-budak jangan panggil gelaran tu, diorang bukan paham pun.. Tapi sekarang aku perlu menjadi kaya dahulu. Mengumpul harta sebanyak yang mungkin, untuk bekalan bila Hari Raya Aidilfitri kelak.haha. Okla, cerita sal anak buah aku kalau sehari tidak akan habis. Almaklumlah semuanya ada 17.. Jumpa lagi post akan datang. Adios!
0 comments:
Post a Comment