Kalau sebelum ini, penyokong setia Manchester United Football Club selalu menyanyikan lagu ini:"Champions Of England. Champions Of Europe" tapi sekarang bertambah satu rangkap lagu lagi " Champions Of The World" apabila berjaya memenangi Kejohanan Piala Fifa antara Kelab terbaik benua. Kalau ada perempuan yang baca entri ini mesti ada yang tidak tahu apa itu Manchester United. Tapi mereka pasti kenal dengan nama-nama seperti Ronaldo ataupun bekas pemain, Beckham. Itu aku tidak hairan. Memang sudah lumrah atau mungkin juga Hukum Karma.Haha
Kalau sekarang ini pula, rata-rata lelaki di Malaysia ini pasti meminati sebuah kelab bolasepak England, melainkan lelaki itu memang zahirnya dilahirkan sebagai khunsa(ada dua jentina), jadi dia berhak untuk tidak memilih menjadi lelaki. Biarpun lelaki itu kaki bangku, dia akan berusaha membuktikan dialah peminat bolasepak terhebat abad ini. Pantang melihat barang-barang yang berkaitan dengan kelab bolasepak kesukaannya, pasti dibeli. Itulah satu ciri penyokong fanatik.
Kaum Hawa tidak patut memandang rendah kuasa bolasepak pada lelaki. Ada pasangan couple yang bertahun-tahun putus pasal bola, dan ada yang lagi teruk bila pasangan suami-isteri bercerai kerana bola. Semuanya kerna dia....haha. aku tidak tipu, aku sendiri mengalami nasib yang sama, tapi tidaklah sampai berpisah. Asal aku tengok bola, mesti aku lupa nak balas sms dan jawab panggilan telefon. Aku tak peduli, biar Perdana Menteri yang telefon sekalipun, tidak akan ku jawab. Tambah lagi satu ciri penyokong fanatik.
Bila cerita pasal bola, mesti pikiran kita pasal bolasepak di barat. Jarang sekali terlintas cerita bola di negara sendiri. Aku ternanti-nanti bilakah taraf bolasepak kita sama seperti taraf bolasepak di negara-negara lain. Tidak perlulah jauh-jauh. Cukup sama dengan taraf pemain Singapore atau Thailand. Aku bukannya benci dengan team bolasepak Malaysia, tetapi aku lihat mereka seperti 'hangat-hangat tahi ayam'. Cakap saja lebih sebelum perlawanan, bila dah kalah, bermacam-macam alasan lah diberi. Kalau time belajar dulu, aku sering berpegang peribahasa ini: orang berjaya mencari jalan. orang gagal mencari alasan. Haha. Nah, banyak dah peribahasa aku keluarkan. Ntah betul atau tidak.haha
Bolasepak dan lelaki memang susah dipisahkan. Bagai aur dan tebing(peribahasa lagi). Kalau lelaki yang tidak main bolasepak, mesti digelar PONDAN. Kalau kawan-kawan aku, untuk tidak digelar begitu, sekurang-kurangnya mereka akan menendang bola itu cukup sekali tendang saja. Jadi lelaki-lelaki di luar sana bagaimana? kaki bangkukah anda?---PONDAN. Adios
0 comments:
Post a Comment