Kalau kamu sedih kamu buat apa?



Sebelum baca entri ni jom tengok Video Youtube dekat atas ni. Sudah? Kamu masih sedih? pasal apa kamu sedih?. Kamu sedih sebab Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan Mangkat? atau kamu sedih Lisdawati menang Sehati Berdansa(kakak-kakak aku semua sokong amyza.haha)? atau kamu sedih Mawi kahwin dengan Ekin? atau Result PMR kamu hancur? ataupun segala bermacam atau?haha. Aku sedih kah?Sedihkah aku? Oklah. satu perenggan semua pertanyaan, kenapa aku ni?<--dan lagi.haha

Jadi, kalau kamu sedih, kamu rasa kamu buat apa? (komen-kemen!Grin). Kalau ikutkan tahun Islam, Tahun baru sudah menjelma. Tapi kalau ikut tahun Masihi, esok barulah masuk tahun baru. Tahun baru, mestilah azam baru. Kalau kamu sedih di tahun 2008, kamu mestilah gembira di tahun 2009(mestikah?)haha.

Berbalik soalan aku tadi, kamu sedih, kamu buat apa? kalau aku sedih, aku tidur, aku makan, aku wat coding, aku jalan-jalan, aku tengok movie, aku call teman istimewa. OK! Aku tidak sedih lagi. Haha<--aku ketawa, jadi aku tidak sedih la. Huh, aku dah merapek (gabungan merapu dan merepek, cari di kamus dbp).

Patutkah kamu sedih bila kamu ditinggalkan bf/gf, atau kucing kamu mati? ataupun result exam kamu nyawa-nyawa ikan? . Aku rasa tidak berbaloi kalau sedih kamu pasal sebab-sebab diatas.

Kamu ditinggalkan bf/gf? biarlah, dia tidak mau, kita cari lain(mati aku)Pirate. Kucing kamu mati,belilah kucing baru.haha. Result exam teruk?kamu yang tidak belajar kan(aku?samalah)AngryFace?. Kesimpulan aku, masuk tahun baru, semuanya mesti baru, sebab kalau benda baru, kita jadi semangat! betul kan?. bf/gf mesti yang baru lama jgk ok!hihi.

Oklah, panjang aku merapek. Kalau kamu baca entri ni, kamu mesti perasaan banyak tanda soalan kan? Sebab apa. aku sedih la.haha

Checklist 08 dan Wishlist 09

Best tak kahwin awal?


Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2009. Pagi tadi, aku bangun awal untuk menemani Zyan ke Klinik Pakar Kulit. Aku pun tidak tahu pasal apa dia dapat penyakit kulit tu. Mungkin allergy dengan makanan laut. Dalam perjalanan tu, aku tertarik dengan topik Radio Hot FM: Apa Checklist anda tahun ini yang belum lagi ditunaikan. Bagi aku masih banyak lagi yang belum tertunai. Mungkin disebabkan aku sendiri yang malas menunaikannya AngryFace.

Disini aku senaraikan perkara yang aku ingin lakukan tahun ni(2008) tapi tidak kesampaian:
  • Mac Book Apple. Aku memang teringin mendapatkan sebuah laptop Apple. Aku sudah bosan dengan Windows. Lagipun expert kata, kalau minat design, perisian Macintosh la yang paling sesuai. Ingatkan nak simpan duit pinjaman untuk beli, tapi habis berjoli sana sini.haha.
  • Duit Iklan. Aku betul-betul mengharapkan hasil pertama dari iklan terutama dari advertlets. Sekarang dah mencecah lebih 100 ringgit. Tapi aku rasa, tahun hadapan baru aku dapat tunaikan duit iklan itu.

Banyak lagi yang tidak dapat ku lakukan. tetapi setakat dua diatas saja yang penting bagiku.. Harap-harap tahun hadapan(macam lama plak kan.ada 4 hari lagi tahun hadapan.haha) aku berjaya mendapatkan benda yang aku tidak dapat pada tahun ini.

Kalau dah ada checklist tahun ni, mestilah ada wishlist untuk tahun hadapan. Wishlist aku untuk tahun 2009 seperti berikut:

  • Kereta, kereta dan kereta.haha. 10 adik beradik, hanya aku yang tidak ada kereta. Aku memang memerlukan sebuah kereta buat masa ini. Jarak Asrama dan Fakultiku memang jauh. Alangkah bagusnya kalau ada kereta sendiri. Aku tidak kisah kereta jenis apa. Baru atau lama. Yang penting ia adalah sebuah kereta ferrariWink. Lagipun minyak dah turun.hihi
  • Pelajaran. Aku mengharapkan agar dapat membaiki pointerku pada semester akan datang, memandangkan pointerku semester lepas amatlah tidak memuaskan hati.haha
  • Sebuah Kamera, Canon DSLR. Aku minat fotografi sebab ia berkait rapat dengan photoshop. Tapi aku baru ingin menceburkan diri dalam dunia fotografi. Tapi untuk mula, aku perlukan sebuah kamera. Harap-harap aku mampu membelinya.Undecided
  • Coding. C language dan Java language. Dua bahasa coding yang aku betul-betul ingin kuasai. huh, tapi kurangnya rujukan. Siapa hebat, tolong ajar aku.haha
  • Semua yang tidak dapat aku lakukan tahun 2008, aku harap terlaksana pada tahun 2009. Itu saja wishlist aku untuk tahun 2009 buat masa ini. Kalau ada tambahan pun, aku rasa itu hanya akan jadi angan-anganku saja.

Memang sedih meninggalkan tahun 2008 , banyak kenangan, suka-duka tahun ini bagi aku. Tapi seperti peribahasa Omputih 'life must go on'. Jadi, anda bagaimana? Buatlah checklist anda juga!

Bolasepak & Jantan@Lelaki

Kalau sebelum ini, penyokong setia Manchester United Football Club selalu menyanyikan lagu ini:"Champions Of England. Champions Of Europe" tapi sekarang bertambah satu rangkap lagu lagi " Champions Of The World" apabila berjaya memenangi Kejohanan Piala Fifa antara Kelab terbaik benua. Kalau ada perempuan yang baca entri ini mesti ada yang tidak tahu apa itu Manchester United. Tapi mereka pasti kenal dengan nama-nama seperti Ronaldo ataupun bekas pemain, Beckham. Itu aku tidak hairan. Memang sudah lumrah atau mungkin juga Hukum Karma.Haha

Kalau sekarang ini pula, rata-rata lelaki di Malaysia ini pasti meminati sebuah kelab bolasepak England, melainkan lelaki itu memang zahirnya dilahirkan sebagai khunsa(ada dua jentina), jadi dia berhak untuk tidak memilih menjadi lelaki. Biarpun lelaki itu kaki bangku, dia akan berusaha membuktikan dialah peminat bolasepak terhebat abad ini. Pantang melihat barang-barang yang berkaitan dengan kelab bolasepak kesukaannya, pasti dibeli. Itulah satu ciri penyokong fanatik.

Kaum Hawa tidak patut memandang rendah kuasa bolasepak pada lelaki. Ada pasangan couple yang bertahun-tahun putus pasal bola, dan ada yang lagi teruk bila pasangan suami-isteri bercerai kerana bola. Semuanya kerna dia....haha. aku tidak tipu, aku sendiri mengalami nasib yang sama, tapi tidaklah sampai berpisah. Asal aku tengok bola, mesti aku lupa nak balas sms dan jawab panggilan telefon. Aku tak peduli, biar Perdana Menteri yang telefon sekalipun, tidak akan ku jawab. Tambah lagi satu ciri penyokong fanatik.

Bila cerita pasal bola, mesti pikiran kita pasal bolasepak di barat. Jarang sekali terlintas cerita bola di negara sendiri. Aku ternanti-nanti bilakah taraf bolasepak kita sama seperti taraf bolasepak di negara-negara lain. Tidak perlulah jauh-jauh. Cukup sama dengan taraf pemain Singapore atau Thailand. Aku bukannya benci dengan team bolasepak Malaysia, tetapi aku lihat mereka seperti 'hangat-hangat tahi ayam'. Cakap saja lebih sebelum perlawanan, bila dah kalah, bermacam-macam alasan lah diberi. Kalau time belajar dulu, aku sering berpegang peribahasa ini: orang berjaya mencari jalan. orang gagal mencari alasan. Haha. Nah, banyak dah peribahasa aku keluarkan. Ntah betul atau tidak.haha

Bolasepak dan lelaki memang susah dipisahkan. Bagai aur dan tebing(peribahasa lagiGasp). Kalau lelaki yang tidak main bolasepak, mesti digelar PONDAN. Kalau kawan-kawan aku, untuk tidak digelar begitu, sekurang-kurangnya mereka akan menendang bola itu cukup sekali tendang saja. Jadi lelaki-lelaki di luar sana bagaimana? kaki bangkukah anda?---PONDAN. Adios

Aku, Photoshop dan Blogger

Lebih kurang 5 hari aku tidak mengupdate blog ini. Bukannya aku malas, cuma aku ada projek yang memerlukan perhatian aku secukupnyaHot. Apakah gerangan projek itu?haha. Sebenarnya aku telah menghabiskan malam-malam ku sebelum ini untuk mendesign sebijik layout untuk kawan baikku. Cuba lihat laman blog nya disini. (Please buka dengan Mozilla Firefox). Apa pendapat anda dengan design blog itu? Aku menggunakan layout blog aku sebagai panduan untuk mendesign blog itu.

(Perenggan ini adalah perenggan iklan!haha. Jika anda masuk blog kawan aku itu, anda digalakkan bertukar link dan mengfollow blog itu.)

Aku, photoshop dan blogger tidak dapat dipisahkan buat masa ini. Kalau aku tengok blog aku, mesti aku terpikir tentang photoshop. begitu juga sebaliknya kalau aku tgk photoshop. Kalau dulu laptop aku penuh dengan permainan komputer, video-video klip dan lagu-lagu mp3, namun sekarang semua itu tiada lagi. Laptop aku yang berkeluasan 160gigabyte ini telah dipenuhi dengan file-file dan folder-folder Photoshop.

Sudah dua layout yang aku reka, jika anda belum melihatnya lagi, klik disini untuk melihat layout rekaanku. Anda digalakkan menggunakan layout aku(inipun iklan jugakGrin). Semenjak aku mengeluarkan layout blogger, beberapa rakan blog aku meminta aku mendesignkan blog mereka. Aku amat berbesar hati untuk menolong mereka.Lagipun, aku memang suka mendesign layout di kala cuti yang membosankan ini. Namun, aku bukanlah serajin yang anda sangkakan. Dan untuk mendapatkan idea membuat suatu layout yang berkualiti juga bukanlah mudah. Seperti blog rakan dan abangku ini(ingat!buka dengan mozilla firefox), mereka juga yang memberikan idea bagaimana bentuk blog yang mereka inginkan.

Jadi kepada sesiapa yang sudah merequest dari aku untuk mendesign layout untuk mereka. Harap anda semua bersabar. Seperti yang aku katakan tadi aku seorang pemalas. Jadi kesabaran anda diperlukan.haha. Mungkin anda terpaksa menunggu sebulan, setahun atau pun sedekad lagi untuk mendapatkan layout anda.(jahatnya akuPirate). Oklah, aku akan cuba merajinkan diri. Kepada yang berminat untuk merequest layout, aku alu-alukan (aku memerlukan idea anda), tetapi seperti biasa, ikut barisan la kan. Tak baik potong-potong barisan, nanti kemalangan. haha.

Oklah, di saat aku menulis post ini pun, aku sedang rehat dari menolong bapaku bercucuk tanam di belakang rumah. Masa rehatku hampir tamat, aku perlu turun semula sebelum dimarah. Al-maklumlah aku kan anak yang baikSick. Adios!

Matilah aku bila dah Kawen!

Alhamdulillah, akhirnya kakak aku selamat menjalani pembedahan mengeluarkan babynya yang kelima dan yang terakhir. Aku pun tidak tahu kenapa harus dibedah? Mungkin baby tu tidak mahu lagi keluar melihat dunia.haha. Dan baby itu diberikan nama Mohd Roshaidi kalau tidak silap aku. Dengan lahirnya baby ini, maka anak buahku sekarang berjumlah 17 orang. Ya Semuanya berjumlah 17! Aku tak tipu. Anak buah aku yang paling tua sekarang dah masuk tingkatan tiga. Kenapa harus aku menjadi pakcik di kala muda? Bengangnya aku. Aku amat benci dengan panggilan "UNCLE JRY"VeryAngry. Aku merasakan diri ini dah tua sangat. Padahal aku baru mencecah usia 20-an.Ades!

Aku sering merenung masa hadapan, dan pada mulanya aku memang ingin kahwin awal. Tetapi aku mula berfikir, perlukah aku kahwin awal tatkala anak buah aku sudah seramai 17 orang? Cuba anda bayangkan bila kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Matilah aku kalau semua 17 orang perlu diberikan duit raya. Alangkah baiknya kalau mereka menerima duit raya RM0.50 seorang. Tetapi budak-budak sekarang pandai, kalau diberi duit raya bawah RM5, kita akan digelar Haji Bakhil. Sudahla ekonomi meleset. Aku lessing satu persatu, baru korang tau! ( kata-kata Haji Bakhil dalam Filem Labu-Labi)haha.

Aku juga benci bila rata-rata anak buahku suka bermain dan bergurau senda denganku.Mentang-mentanglah aku pakcik yang paling muda. Mereka menganggapku seperti rakan sepermainan mereka. Aku penat melayan karenah mereka sehinggakan aku turut berperangai kebudak-budakkan. Anda pernah bermain pemainan "Polis dan Pencuri" ataupun dikenali sebagai "Polis Sentri"? Inilah permainan yang mereka gemar bermain bila bersamaku. Tetapi, yang tidak bestnya, dari awal permainan hingga tamat aku sajalah yang akan menjadi pencuri. Cuba korang bayangkan bila 10 orang menjadi Polis dan mengejar seorang Pencuri. Sudah tidak terkira banyaknya baju aku yang di koyakkan oleh mereka. Itupun duit juga!

Mungkin ada hikmahnya mempunyai anak buah yang ramai. Ini mendidik aku untuk menjadi seorang bapa yang baik bila dah ada anak sendiri nanti.Haha. Sedikit sebanyak aku tahu cara melayan budak-budak dengan baik.StickingOutTongue. Jadi, bertuahlah kepada sesiapa kaum hawa yang bakal menjadi Isteriku nanti.(Sempat jugak aku masukkan ayat-ayat camni"ini bukan iklan!") Haha.

Dalam 10 orang adik beradik aku, hanya tinggal 3 lagi yang belum berumah tangga termasuklah aku. Aku rasa dalam 10 tahun akan datang , semua kami akan berumah tangga. Tak sabarnya aku menunggu detik itu( Anda jangan fikir yang bukan-bukan). Bila aku dah kahwin nanti, barulah aku selesa dengan gelaran Uncle. Wat masa sekarang, aku benci dangan gelaran tu, kalau aku suruh budak-budak jangan panggil gelaran tu, diorang bukan paham pun.Kiss. Tapi sekarang aku perlu menjadi kaya dahulu. Mengumpul harta sebanyak yang mungkin, untuk bekalan bila Hari Raya Aidilfitri kelak.haha. Okla, cerita sal anak buah aku kalau sehari tidak akan habis. Almaklumlah semuanya ada 17.AngryFace. Jumpa lagi post akan datang. Adios!

Pemilihan 'Font' dalam berblog

Kenapa Font memainkan peranan penting dalam berblog?Aku tahu orang Malaysia lebih gemar menggunakan platform blogger untuk mula berblog, blog ni pun sama juga. Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang kita untuk mengubah blog kita secantik dan se kreatif yang mungkin. Anggaplah blog kita seperti rumah sendiri. Kalau rumah kita bersepah, siapapun tidak mahu berkunjung.

Kali ini aku akan menerangkan secara ringkas kaitan font dengan blog. Font sebenarnya mampu membuatkan design blog kita menjadi cantik. Kita boleh menggunakan font pada logo blog, tajuk sidebar ataupun pada menu(navigasi). Tetapi, kita mesti bijak dalam memilih dan menggunakan font di dalam blog kita. Contohnya, sekiranya anda memiliki blog peribadi, anda sepatutnya menggunakan font berbentuk Font Comic, Cartoon, atau Handwriting. Begitu juga kalau anda mempunyai blog berbentuk perniagaan. Font yang disarankan seperti font berbentuk Basic ataupun techno. Tetapi semua ini hanya cadanganku mengikut pengalaman yang aku lalui. Terserah kepada anda untuk memilih font yang sesuai. Download Free font di sini.

Seterusnya menggunakan Photoshop untuk mengubah font tersebut. Download Photoshop disini. Anda hanya perlu tahu skill basic saja dalam photoshop. Untuk belajar menggunakan Tools, klik disini.

Setelah anda selesai mengedit font tersebut, langkah seterusnya memasukkan kedalam blog anda. Langkah ini amatlah mudah. Anda hanya perlu Upload font yang telah edit tadi. Banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan seperti imageshack, picasa atau photobucket.

Seterusnya memasukkan ke dalam layout. Aku akan menunjukkan langkahnya pada bahagian sidebar. Jika anda ingin ganti TITLE pada Sidebar anda. Hanya perlu tambah elemen (html/javascript) dan masukkan code ini:

<img border="0" src="LinkImageanda"/>


Cara yang mudah untuk menghilangkan TITLE(gadget) asal pada sidebar anda ialah biarkan "Title" anda kosong. Dan susun elemen anda seperti gambar dibawah.



Contoh terdekat ialah pada sidebar blog ini. Aku menggunakan font jenis Handwriting. Bukan untuk menunjuk2, tetapi cara ini mampu membuatkan pembaca anda tertarik. Banyak contoh blog yang menggunakan cara ini seperti blog Woork, Rob-Sheridan(My Favorite) dan Dc-Blog.

Kesimpulannya, Pemilihan dan penggunaan font amat penting dalam berblog. Anda mesti tidak mahu membuatkan pengunjung blog anda merasa bosan melihat layout yang mempunyai font yang sama sahaja seperti tahoma, arial dan lain-lain. Tetapi, ini hanya saranan dan cadanganku saja, anda yang berhak menentukannya. Blog seperti rumah kita sendiri. Siapa kisah?

Apa Pendapat Anda?

Aku selesai menukar layout blog ini? Apa pendapat korang tentang layuot baru ini? Aku mengambil masa selama 12 jam tanpa henti membuat layout ini. Terutama memdesign bahagian Header/logo. Tapi aku rasa berbaloi kerana aku berpuas hati.Hehe. Namun ada beberapa perkara lagi yang aku ingin ubah, tetapi itu hanya perkara kecil saja.

Walaubagaimanapun, Aku telah membuat kesilapan besar kerana aku kehilangan link-link rakan-rakan blogger aku. Jadi Aku berharap sekiranya anda merasakan kita sudah bertukar link. Please bagitahu aku ok.maaf dipinta sekali lagi:).

Esok kita akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha. Dari itu, aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Jemput-jemputlah kerumah kalau x malu.OK.

Aku Di Kampung Halaman


Aku di kampung halaman. Aku sibuk melayan karenah anak2 buahku..haha.Sekarang aku bercadang untuk tukar template baru. Apa pendapat anda semua?.tapi masih kurang idea. Dan aku hanya boleh membuka internet dari malam hingga jam 6 pagi sahaja. Ini disebabkan oleh line celcom yang lembab di pagi hari.haha. Terpaksa la aku menjadi kelawar Malam. Aku mendapat tag lagi. dari cik adalicous.


The last persons who tagged you are: Adalicous & Fateen

1. What is the relationship of you and him/her?
Adalicous - Kawan Blogger
Fateen - Kawan Blogger

2. Your impressions towards him/her.
Adalicous - Baik hati, Orang pertama komen blog aku. Klu tak silap aku la:)
Fateen - OK, periang rasanya:)

3. The most memorable things he/she had done for you.
Adalicous - Memperkenalkan ngan lagu dalam blog dia tu.haha
Fateen - Memberi tag yang pertama untuk aku.haha

5. If he/she become your lover, you will...
Adalicous - Mungkinkah ini berlaku??haha
Fateen - we'll never be(ambik jawapan Adalicous).hihi

6. If he/she become your enemy, you will...
Adalicous - Minta maaf..haha
Fateen - Minta maaf gak.haha

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
Adalicous - Sendiri mau ingat la kan..
Fateen - Sama dengan Jawapan diatas

8. If he/she become your enemy, the reason is...
Mereka memang mau jadi musuh aku.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Kita jumpa, pas tu kita jalan2? jom? hehe.

10. The overall impression of him/her is...
Adalicous - Ok, Peramah. Baik Hati.haha
Fateen- Sama dengan jawapan diatas.

11. How do you think the people around you will feel about you?
positive - Saya suka dia!
negative - Saya tak suka dia!
(amik jawapan adalicous lagi.haha)

12. The character of you for yourself is?
Blank Answer.haha

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Boros.mungkin..hehe

14. The most ideal person that you wanna be is?
Abang aku yang ke2.

15. For the people who likes you, say something to them.
Terima kasih. Ada hadiah x?hehe

16. 8 people to tag:
Maaf sekali lagi ku pinta. Aku belum bersedia men"tag" orang. hehe.jadi soalan seterusnya tidak dapat ku jawab.

Aku Kembali Dari Bercuti!!

Dah lama aku tidak mengupdate blog ini. 28hb lalu aku di datangi oleh sahabat lamaku. Jadi aku telah menjadi pemandu pelancong untuk diorang selama mereka berada di Kota Kinabalu. Aku terpaksa meninggalkan dunia blogger sepanjang bersama mereka. hehe. Dan sekarang aku telah berada di Kampung Halamanku,Tawau bumi tercinta.

Sekarang, barulah aku berpeluang membuka laptop dan blogku. Tidak ku sangka, akhirnya aku telah di tag dan mendapat sebijik award.Kedau-dua benda ni, pertama kali aku dapat. tag itu dari cik fateen dan award itu dari cik manis.Terima kasih daun keladi:).

Ok, aku akan menjawab tag itu sekarang:), Soalannya berbunyi begini:
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blog.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

(Harap maaf, jawapanku hanya dalam BM memandangkan blog ini mementingkan penggunaan Bahasa Melayu.ehe)

1. OK.
2. 7 fakta? (Orang panggil aku Jerry),(Tapi nama aku Arief),(anak ke-10 dari 10 adik-beradik:p),(20/4/1989),(Suka memberi),(tidak suka menerima),(Aku suka Dota/Catur)
3. (Aku suka tidur lewat)(bangunpun lewat juga)(Boros)(Suka buang masa)(Suka tiru assignment.hehe)(aku suka membuatkan orang rasa bersalah)
4.5.6. Aku Malas la nak tag orang..hehe. Maaf cik fateen
*Beres*

Dan di bawah ini merupakan award pertama yang aku terima. comel kan:)



Nanti ada masa aku cari tempat sesuai letak award ni k. Aku sangat ,menghagainya:)