Sehijau Warna Daun Paya Bakau

Antologi Sehijau warna daun Paya Bakau:p


Permulaan hari yang membosankan bila berada di kampung. Namun, lebih tenang berada di sini daripada kesibukan di kawasan bandar. Cuba korang bayangkan, rumah ku berada jauh di pelusuk kampung yang diikitiraf tertua di Daerah ini, kemudian di belakang rumah adalah hutan paya bakau. Di hadapan pula sebatang anak sungai yang airnya sedang mengalir tenang. Pokoknya, kawasan kampung memang sesuai bagi golongan yang sudah lanjut usia. Aku rasa memang begitulah fikiran bapaku mengambil keputusan untuk tinggal di kampung ini ketika beliau bersara dahulu.hehe

Petang kemarin, aku ke pantai mencari ketenangan yang sudah lama aku tak pernah alami. Tujuan asal untuk mengeluarkan sedikit keringat. Malangnya hanya dua pusingan yang aku mampu lari, akhirnya aku semput. Inilah akibatnya bila tidak pernah bersukan di Universiti. Korang jangan ikut macam aku. Dalam masa dua bulan ni, aku cuba berusaha mengembalikan otot-otot badanku yang sudah lama menghilang, termasuk perutku yang semakin boroi penangan Burger Big Mac Mc Donald. Alhamdullillah, nasiblah di bandar ni takda restoran itu.hehe

Bercakap mengenai lemak di badan, iklan London(pusat kecantikan di Astro) menarik minat kakakku untuk menyertainya.Aku pun rasa dia patut pergi jika mahukan badan yang boleh muat baju saiz S atau M.hoho Tapi masalahnya London tersebut belum lagi sampai di Sabah. Aku rasa ia baru dibuka. Cari di Internet pun hanya alamat sahaja di beri. Laman web pun takda lagi. Macam mana nak maju? marketing pun lembab.haha

Adakah musim buah sudah datang. Pokok-pokok jambu air, mangga, kelapa, nanas, dan betik di belakang rumahku lebat buahnya. Eh, kelapa di'exclude'kan sebab ia berbuah tak kira musim kan.hehe. Aku sedikit kagum dengan bapaku sebab beliau berjaya menanam semua pokok tersebut di atas tanah yang asalnya paya bakau. Kalau ikutkan sains, pokok buah-buahan tak boleh hidup di atas tanah yang terlalu beralkali atau berasid. Betulkan aku kalau fakta ni salah.

Pagar di depan rumahku baru siap dibina. Alamatnya minggu ini aku akan sibuk membantu bapaku mengecat tembok-tembok pagar itu. Ini juga mungkin satu cara untuk mengembalikan staminaku.haha. Cukup setakat ini sahaja update tentang aktiviti cutiku yang panjang. Korang pun tengah bercuti kan? blehlah kongsikan cerita korang plak!

0 comments: