Apa? Blog Boonto Blog Peribadi?

Ok tak design blog ni.Tak banyak kelainan


Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya memindahkan post-post mengenai tips-tips/trick,tutorial dan template ke blog baru iaitu Blog Geeks.boonto.net. Dengan Adanya blog tersebut, maka dengan rasminya blog ini tidak lagi akan dirojakkan dengan kisah peribadi, tutorial dan bermacam perkara lagi lah. Sudah lama aku rancang benda ni, tapi baru ada sedikit masa terluang menyempurnakan misi mengubahsuai layout blog geeks tersebut.

Lagipun dengan blog peribadi ini, lebih banyak aku dapat kongsikan perjalanan hidupku. Seperti post sebelum ini, ramai yang memberi komen semangat untuk aku teruskan "penulisan kreatif". Jadi, inilah masa dan disinilah tempatnya untuk aku mula mengasah bakat yang sudah sekian lama terpendam. Nantikan saja cerpen-cerpen kreatif hasil cetusan ideaku.haha

Blog Geeks itu pula lebih kepada "blog resource" dimana aku akan tempatkan kesemua tips,tutorial dan segala macam perkara mengenai Blogger. Jika ada yang ingin mula belajar serba sedikit asas berblog(lebih kepada platform blogger), blog itulah tempatnya.

Korang jangan risau, kedua-dua blog ini tidak akan terabai dan tidak pula akan berat sebelah. Kedua-duanya akan sentiasa diupdate. Esok adalah subjek terakhir yang akan aku lalui. Jadi, selepas ini, aku mempunyai banyak masa terluang untuk melepaskan nafsu berblog di alam maya. Lagipun, blog saja tempat sesuai untuk melepaskan segala benda yang bersarang di dalam kalbu(dah start penulisan kreatif ni).haha. Tapi memang betul, blog peribadi adalah teman yang senantiasa ada tatkala korang memerlukan seseorang. Ibarat Bestfriend la kan.hehe...


0 comments: