Checklist 08 dan Wishlist 09

Best tak kahwin awal?


Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Tahun Baru 2009. Pagi tadi, aku bangun awal untuk menemani Zyan ke Klinik Pakar Kulit. Aku pun tidak tahu pasal apa dia dapat penyakit kulit tu. Mungkin allergy dengan makanan laut. Dalam perjalanan tu, aku tertarik dengan topik Radio Hot FM: Apa Checklist anda tahun ini yang belum lagi ditunaikan. Bagi aku masih banyak lagi yang belum tertunai. Mungkin disebabkan aku sendiri yang malas menunaikannya AngryFace.

Disini aku senaraikan perkara yang aku ingin lakukan tahun ni(2008) tapi tidak kesampaian:
  • Mac Book Apple. Aku memang teringin mendapatkan sebuah laptop Apple. Aku sudah bosan dengan Windows. Lagipun expert kata, kalau minat design, perisian Macintosh la yang paling sesuai. Ingatkan nak simpan duit pinjaman untuk beli, tapi habis berjoli sana sini.haha.
  • Duit Iklan. Aku betul-betul mengharapkan hasil pertama dari iklan terutama dari advertlets. Sekarang dah mencecah lebih 100 ringgit. Tapi aku rasa, tahun hadapan baru aku dapat tunaikan duit iklan itu.

Banyak lagi yang tidak dapat ku lakukan. tetapi setakat dua diatas saja yang penting bagiku.. Harap-harap tahun hadapan(macam lama plak kan.ada 4 hari lagi tahun hadapan.haha) aku berjaya mendapatkan benda yang aku tidak dapat pada tahun ini.

Kalau dah ada checklist tahun ni, mestilah ada wishlist untuk tahun hadapan. Wishlist aku untuk tahun 2009 seperti berikut:

  • Kereta, kereta dan kereta.haha. 10 adik beradik, hanya aku yang tidak ada kereta. Aku memang memerlukan sebuah kereta buat masa ini. Jarak Asrama dan Fakultiku memang jauh. Alangkah bagusnya kalau ada kereta sendiri. Aku tidak kisah kereta jenis apa. Baru atau lama. Yang penting ia adalah sebuah kereta ferrariWink. Lagipun minyak dah turun.hihi
  • Pelajaran. Aku mengharapkan agar dapat membaiki pointerku pada semester akan datang, memandangkan pointerku semester lepas amatlah tidak memuaskan hati.haha
  • Sebuah Kamera, Canon DSLR. Aku minat fotografi sebab ia berkait rapat dengan photoshop. Tapi aku baru ingin menceburkan diri dalam dunia fotografi. Tapi untuk mula, aku perlukan sebuah kamera. Harap-harap aku mampu membelinya.Undecided
  • Coding. C language dan Java language. Dua bahasa coding yang aku betul-betul ingin kuasai. huh, tapi kurangnya rujukan. Siapa hebat, tolong ajar aku.haha
  • Semua yang tidak dapat aku lakukan tahun 2008, aku harap terlaksana pada tahun 2009. Itu saja wishlist aku untuk tahun 2009 buat masa ini. Kalau ada tambahan pun, aku rasa itu hanya akan jadi angan-anganku saja.

Memang sedih meninggalkan tahun 2008 , banyak kenangan, suka-duka tahun ini bagi aku. Tapi seperti peribahasa Omputih 'life must go on'. Jadi, anda bagaimana? Buatlah checklist anda juga!

0 comments: