Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapatkan keputusan bagi pemenang kontes di blog ini. Lebih kurang 4 hari masa diperlukan untuk aku dan para juri memilih entri pemenang. Beberapa kreteria yang digunakan dalam menilai entri peserta adalah seperti berikut
1) Penggunaan tema buntu yang kreatif, menarik dan tersendiri. Merupakan kreteria yang pertama dinilai bagi entri ini.
2) Penggunaan Bahasa Melayu yang baik.
- Contohnya penggunaan tatabahasa dan ejaan yang betul. Kami memutuskan mengambil kreteria ini kerana kami berpendapat sebagai blogger, bukan menjadi halangan untuk kita memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
- Kami juga bukanlah ahli bahasa. Maka, kesalahan yang sedikit seperti bahasa pasar dan penggunaan beberapa perkataan Inggeris tidak akan terlalu mempengaruhi penilian entri peserta.
Dan pemenangnya ialah
1) Azfarul-Trilogi Kebuntuan Olahan Batu Biru
Entri dia ni tersangatlah kreatif. Walaupun pada mulanya, aku kurang memahami maksud tersirat entri tersebut, tapi para juri berjaya menerangkan aku serba sedikit maksudnya. Aku pun buat-buat paham la.Lagipun aku tak pernah ambil aliran sastera di sekolah dulu. Apa yang aku paham batu biru itu adalah beliau sendiri. Mungkin juri tertarik pada elemen sastera pada entri tersebut, tapi aku lebih tertarik pada video wish harijadi. Akhirnya, para juri berjaya meyakinkan aku dan sepakat meletakkan entri ni ditempat pertama.
2) Chokilala- Buntu yang cerita!
Terus terang, entri beliau hanyalah dalam kategori biasa-biasa saja. Sudahlah Cik Choki ni tak linkkan semua perkataan buntu tersebut. Maka terpaksalah markah entri beliau dipotong sedikit. Padan muka ko! haha...Tapi tak boleh salahkan jugak sebab entri kontes buntu tu linknya dah "broken". Tapi apa yang membuatkan entri ni berjaya mencuri hati juri ialah lagu yang dicipta oleh dia dan rakan-rakannya. Suara yang mantap dan lirik yang cukup kreatif.Haha.Oleh kerana bukan dia yang nyanyi, maka markah dipotong sekali lagi.haha. Tetapi usaha dia dan rakan-rakannya harus dipuji. Nah! ambik ko RM30, pandai-pandailah ko bahagi.haha.
3) Khairil- Fikiranku Buntu
Entri yang cukup kreatif bagi aku. Satu-satunya jalan cerita yang best. Aku suka entri ini kerana dia berjaya membuatkan jalan cerita selari dengan gambar yang diletakkan. Mungkin dia sengaja meletakkan gambar perempuan Jepun yang cantik-cantik supaya berjaya menggoda aku dan membuatkan entrinya menang. Tapi, aku bukanlah lelaki yang mudah tergoda dengan benda-benda seperti itu. Haha.
Ada juri yang membandingkan entri ini dengan entri peserta lain yang menggunakan jalan cerita yang lebih kurang sama iaitu entri bro biskot. Dua-duanya menarik. tetapi bonus bagi bro Khairil sebab menghantar penyertaan lebih awal.
Hadiah Saguhati
Memandangkan penyertaan yang ramai dari blogger. Aku memutuskan untuk menambah jumlah hadiah saguhati sebanyak 7 orang. Setiap seorang akan mendapat RM10. Mereka-mereka yang tersenarai juga memiliki entri yang mempunyai kekuataan tersendiri.
- Bro Biskoot-Sejarah Zaman Buntu
- Sis Xuen Adyla-Cinta
- Madamoiselle Ain -sblm ni aku buntu, now i know why..
- Killvearn- Aku dan Kebuntuaanku
- Bro Menteil- Eksperimentasi Minda Buntu
- Bro Hydir-Segmen Terjah!: Tarian Buntu bakal menggantikan tarian Shuffle?
- Bro Marzuki- 5 Web bagi mengubati Perasaan Buntu
Bagi yang menang, sila maklumkan bagaimana aku dapat memberikan kamu hadiah-hadiah itu. Kalau nak pindahkan ke bank masing-masing, sila bagi no akaun anda. Boleh jugak kalau nak hadiah 'top-up'.hehe. email- aerieff@yahoo.com
Bagi yang tak menang. Jangan susah hati, lain kali boleh cuba lagi.hehe. Sebenarnya aku buntu mencari pemenang. Kalau ikutkan hati, semua peserta aku nak bagi hadiah saguhati. Tapi, masalahnya bajet kurang.Hehe
Dan akhir sekali, aku memohon maaf sekiranya pertandingan ini ada cacat celanya. Aku pun manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Bagi yang tak puas hati, korang patut salahkan para juri.
P/s: Happy Birthday to me!