
Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku luangkan sedikit masa baca akhbar online seperti Berita harian, Utusan, dan Malaysiakini. Aku tau korang pun selalu baca berita gak kan?
Berita ni dah lapuk sebenarnya. Aku rasa berlambak laman web dan blog tulis pasal berita ni. Tapi, hari ni timbul plak berita baru kononnya terdapat gambar lucah lain YB Elizabeth disebarkan diinternet. Setelah dikaji, rupa-rupanyanya gambar tu menggunakan teknik Superimpose. Oleh kerana teknik ini menggunakan perisian photoshop, akupun berminat nak kongsi maklumat tentang teknik superimpose ni. Yalah, manala tahu korang nak menyuperimposekan orang-orang yang ko benci? aku bleh bantu.tapi aku dapat saham dosa korang plak nanti.huhu
Inilah gambar yang hangat dikatakan. Sebelum tu, aku amik gambar ni di sini, jadi kalau ada apa-apa jangan tuduh aku. Takut plak, nanti aku di'ISA'kan.hehe
Kesian ngan YB ne. Bf punya pasal. Dia dapat nama.haha
Apa sebenarnya teknik superimpose ni? super impose ialah pertindihan/penggabungan antara dua imej seperti penggantian muka ke badan yang lain. Skema maksud dia ne. Kalau ko tak paham lagi, tengok gambar dibawah. harap-harap ko faham.hehe
Kalau ko dah mahir guna teknik Superimpose ni. Mana-mana gambar pun ko bleh manupulasikan. Kalau ko nak badan yang slim atau sasa ko tukar jek muka ko dengan gambar model atau ahli bina badan. Lepas tu, ko uploadla dalam frenster,myspace ataupun facebook. Aku jamin dalam masa 24 jam, mesti ramai yang request nak jadi kawan ko.Popular beb! Walaupun muka ko x hensem macam aku.hua3x..
Tapi, satu jek aku nasihatkan. Walaupun ko punya ramai musuh, janganla ko menjahanamkan mereka dengan menyuperimposekan muka monyet dengan muka mereka(contoh). lagi teruk kalau ko ganti dengan gambar lucah! ingat. Dosa! dosa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.hehe
Tutorial Teknik Superimpose
0 comments:
Post a Comment