Edit Blog: Di mana harus bermula?

Edit Blog: Mulakan dengan BismillahSmile


Sebelum kamu teruskan pembacaan di entri kali ini, sila pasangkan niat yang kamu berminat untuk mengedit layout blog. Jika tidak, aku andaikan kamu lebih suka menggunakan layout percuma blogger yang langsung tiada 'kekreatifan' itu.

Sudahkah kamu membaca entri aku: "Stabilkah blog kamu"? Mungkin entri itu saling berkait dengan entri ni. Jadi, aku harap kamu boleh memahami apa yang aku cuba terangkan ok?. Yang pastinya kita semua inginkan blog yang cantik, bersih dan mesra pengguna. Bagi yang dah lama berblog, tentu tidak menjadi masalah untuk mengedit blog mengikut kemahuan mereka. Tapi, bagi yang masih baru, ia adalah satu masalah besar.

Kamu perlu tahu, walau sehebat mana seorang blogger itu, dia juga pernah menjadi Newbie/Orang baru yang langsung tidak tahu apa-apa. Jadi, tiada alasan bagi kita untuk menjadi seperti mereka. Cuma yang menjadi masalah, mungkin kita sebagai orang baru dalam dunia blog ini, kita tidak tahu dimana harus bermula. Aku akan cuba beri sedikit panduan serta sumber untuk mula mengedit layout kamu.

Untuk mula mengedit layout blog, kamu perlukan beberapa nilai-nilai murni dalam diri kamu. Maksudnya, kamu perlu ada keberanian, tidak mudah bosan, rajin dan yang paling penting kamu sedia membazirkan masa kamu di depan komputer.hehe. Tiada apa yang mudah di dunia ni, semuanya perlukan sedikit pengorbanan. Sanggup?

Seterusnya, kamu perlu tahu serba sedikit kod-kod asas css dan html. Kamu boleh pelajarinya di htmldog dan htmlgoodies. Susah? tak mengapa. Cara lain yang berkesan untuk pelajari kod-kod ini ialah melalui pengalaman atau "try and error". Mulakan dengan mengikut tutorial mudah seperti membuat "read more", "menghilangkan Navbar" dan lain-lain lagi. Cara ini agak lambat untuk mahir, tapi amat berkesan. Disini aku senaraikan blog yang boleh kamu rujuk tutorial blogger.

  1. Bloggerbuster(english)
  2. Beutifulbeta(english)
  3. Kolom-Tutorial(indonesia)
  4. O-om(indonesia)
  5. Tips-For-New-Blogger(english)
  6. BlogU(english)
  7. BlogMenjerit?(Melayu)
  8. Atau kamu boleh request tutorial di blog Dilarangmelarang.com(Melayu)


Sebenarnya ada banyak lagi sumber yang boleh dirujuk, tetapi kebanyakan laman tutorial tersebut lebih kepada "blogger hack" yang lebih spesifik. Aku lebih suka katakan ia sebagai "blogger crack" sebab mereka hanya memanupulasikan kod untuk dimasukkan kedalam blogger.

Kenapa blog tutorial melayu kurang? Memang ada tapi rata-rata masih banyak tutorial yang tidak lengkap. Penerangan yang kurang difahami dan ada juga yang hanya meng "copy-paste" tutorial blog omputih. hehe.

Langkah seterusnya ialah mencari ilham. Terus-terang, tidak semua daripada kita dilahirkan punyai bakat kreatif. Kalau ada, ia satu bonus untuk kamu dalam mengedit blog. Tapi, bagi yang tiada, jalan yang mudah ialah mencari ilham. Ilham yang aku maksudkan ialah, dengan melihat blog-blog yang "Kiut-Miut" dan "Canggih-Manggih", seterusnya mengaplikasikan design blog mereka pada blog kamu. Setelah kamu mendapat ilham, mudah untuk kamu mengedit layout sebagaimana bentuk yang kamu inginkan. Salahkah meniru hasil kerja orang lain? jawapannya tidak salah, kita bukan meng'copy+paste" hasil kerja mereka. Kita hanya mendapatkan ilham dari blog mereka. betulkan rakan-rakan?Grin

Aku selalu melayari laman web dibawah untuk mendapatkan ilham:


  1. Smashingmegazine- 50 excellent blog designs
  2. Hongkiat - 100 nice and beautiful blog design
  3. Bloggerbuster- 54 inspiring and original blogger
  4. Bloggerbuster- 50 fabulous blogger designs
  5. Bloggerbuster- Top 50 blogger powered blogs
  6. WebdesignerWall- 80 large background websites
  7. Cssartillery- Showcase of website art
  8. (ada banyak lagi sebenarnya, cari di google k)


Apabila kamu sudah mendapatkan ilham , kamu perlu mencipta graphic yang kamu inginkan. Untuk itu, perisian atau tools tertentu amat diperlukan. Bagi pereka laman web, Photoshop adalah perisian yang wajib. Bagi kita tidak perlulah belajar tools ini sampai tahap yang advance. Hanya perlu tahu yang asas saja.

  1. Belajar asas photoshop kamu boleh pergi ke JomPhotoshop (Melayu)
  2. Belajar tutorial di PSD.Tuts (Digalakkan)
  3. Download perisian ini juga di JomPhotoshop


Jika kamu merasakan belajar Photoshop adalah sukar. Kamu boleh menggunakan perisian lain iaitu Photoscape. info di Dilarangmelarang.com-Membuat banner menggunakan perisian Photoscape.

Memang banyak yang harus dipelajari, tapi percayalah jika kamu berjaya mencipta/mengedit layout sendiri dengan jayanya, kamu akan mendapat kepuasan yang susah nak digambarkan.hehe. Akhir kata, aku harap tips dan panduan ini dapat membantu kamu. Ada banyak lagi tips dan sumber tapi aku rasa sudah cukup panjang aku menulis kali ni.hehe. "Nobody's Perfect" jadi, maaf jika penerangan aku kurang jelas. Kalau kamu nak tambah apa-apa boleh komen di bawah. Adios!

Credit:

1. Marzuki terlarang - Master dalam Mengedit blog
2. LuthTextile- Tuan punya JomPhotoshop
3. Website Omputih dan Indon.hehe

0 comments: