Duit dari Iklan Advertlets.

Aku tak sabar tunggu duit ni sampai ditangan aku! huh



Aku baru saja 'cash-out'kan duit iklan Advertlets. Jumlahnya sedikit, tapi kalau aku dah terima duit tu nanti, ia akan menjadi satu sejarah sebab inilah kali pertama aku dapat income melalui internet. Tapi, aku kena tunggu sebulan lagilah baru dapat duit tu. Harap-harap pihak Advertlets menyegerakan pembayaran. Aku risau jugak ni ramai orang kata Advertlets lambat bayar.

RM150 itu pun aku dah simpan lebih kurang tiga bulan. kiranya sebulan aku dapat RM50 la. Not bad kan? sebagai seorang pelajar. Duit tu nanti, bleh la aku buat beli burger Mcd Ramli.haha.Oh, terlupa plak aku nak ucap terima kasih kepada pengunjung blog ni yang bermurah hati mengklik iklan-iklan advertlets aku. Untuk membalas budi baik korang semua, bila dah dapat duit tu nanti, bleh la aku wat satu contest lagi.hehe

Entri ni aku tulis bukan untuk menunjuk-nunjuk ok. Seperti yang aku kata tadi,ini merupakan sejarah bagi blog aku sebab aku dapat duit melalui Iklan yang aku letak dalam blog ini. Jadi, bila aku dah berjaya jadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan utama aku suatu masa nanti, bleh la aku kenang balik time aku mula-mula dapat duit dari internet ni kan.haha.

Sebenarnya aku rancang wat entri ni seringkas yang mungkin. 2 perenggan camtu, sekarang dah jadi 4 perenggan plak. Lagipun duit tu baru masuk 3 angka. kalau dah 4 angka aku dapat, barulah bleh tulis entri panjang-panjang. Untuk berkongsi tips! hehe. Sharing is caring kan? ThumbsUp

Aku benci Widget Followers!

Aku benci widget followers versi baru.


Aku benci widget followers walaupun aku masih letak dalam blog ni lagi. Itupun aku dah tukar kedudukan widget ni paling bawah bahagian sidebar.

Mesti ko sokong aku kalau aku cakap widget followers sekarang buruk!haha. Aku geram la dengan google ni. apasal la dia g update widget follower. Dah la buruk, memburukkan lagi blog aku yang sedia burukVeryAngry. Kalau aku tak sayang followers aku, mesti aku dah buang widget ni pagi tadi.

Widget followers versi lama memang tak sama dengan yang sekarang. Sekarang dah boleh edit warna tulisan, border dan sebagainya. Tapi tak boleh edit kod htmlnya plak. Aku rasa widget ni masih dalam BETA lagi, sebab bila aku pindahkan kedudukan widget ni, warnanya akan reset balik. Begitu jugak bila aku cuba edit kod htmlnya. Geram betul aku! huh

Aku anggap widget ni macam direktori blogger-blogger Malaysia. Sebab, time aku mula-mula berblog dulu, aku cari blog berbahasa melayu melalui widget ni lah. Lagipun, dari widget ni, ko boleh tahu latar belakang pemilik blog dari profilenya. Memang senang kalau ko nak cari yang sama umur, negeri , jentina dan sebagainya.

Sekarang, followers aku berjumlah 184 orang. Aku amat menghargai mereka yang masih setia dengan blog ni. Aku minta maaf la kalau blog aku semakin hari semakin membosankan. Tapi aku akan cuba memberikan info yang terbaik buat korang semua. hehe.

Follow Me! bukan iklan produk kecantikan Follow Me!haha


Persoalannya, adakah blog yang ramai follower adalah blog yang cambest? aku tengok banyak jugak blog lain yang best-best tapi tak ramai yang follow. Macam blog abang aku la.haha. yalah kan, buat apa aku g promo blog orang lain plak. Walaupun blog abang aku tu tentang politik, tapi aku suka cara penulisan/kritikan dan pendapat beliau. Mungkin dia Pro Umno. Pasal tu la kurang followers dan komen. Tak silap aku, blog dia tua setahun dari blog ni.

Follow-mengfollow memang best. Kalau aku terjumpa blog yang cambest, mesti aku terus follow. Aku tak kisah bilangan blog yang aku follow. Aku tak rugi apa-apa pun. Kalau aku bernasib baik, mesti tuan blog yang aku follow tu akan follow aku balik. Maka, bertambahla followers aku.haha

Jadi tunggu apa lagi, follow la blog aku sekarang(Iklan tak bleh blah)Smile


P/S: aku baru perasan, sesiapapun boleh join widget followers nie. Tak semestinya guna account google. Yang penting korang ada account AIM, Yahoo atau boleh jugak guna OpenID.

Gambar terbaru Elizabeth guna teknik Superimpose?

Konfem lepas ni ramai yang tak makan ayam.haha

Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku luangkan sedikit masa baca akhbar online seperti Berita harian, Utusan, dan Malaysiakini. Aku tau korang pun selalu baca berita gak kan?Grin. Aku tertarik dengan berita hangat sekarang ni pasal YB Elizabeth. Popularitinya tiba-tiba meningkat naik gara-gara penyebaran gambar separuh bogel beliau. Korang dah tengok blum?haha.

Berita ni dah lapuk sebenarnya. Aku rasa berlambak laman web dan blog tulis pasal berita ni. Tapi, hari ni timbul plak berita baru kononnya terdapat gambar lucah lain YB Elizabeth disebarkan diinternet. Setelah dikaji, rupa-rupanyanya gambar tu menggunakan teknik Superimpose. Oleh kerana teknik ini menggunakan perisian photoshop, akupun berminat nak kongsi maklumat tentang teknik superimpose ni. Yalah, manala tahu korang nak menyuperimposekan orang-orang yang ko benci? aku bleh bantu.tapi aku dapat saham dosa korang plak nanti.huhu

Inilah gambar yang hangat dikatakan. Sebelum tu, aku amik gambar ni di sini, jadi kalau ada apa-apa jangan tuduh aku. Takut plak, nanti aku di'ISA'kan.heheKesian ngan YB ne. Bf punya pasal. Dia dapat nama.haha



Apa sebenarnya teknik superimpose ni? super impose ialah pertindihan/penggabungan antara dua imej seperti penggantian muka ke badan yang lain. Skema maksud dia ne. Kalau ko tak paham lagi, tengok gambar dibawah. harap-harap ko faham.hehe


Macam ne la teknik SuperImpose. Credit



Kalau ko dah mahir guna teknik Superimpose ni. Mana-mana gambar pun ko bleh manupulasikan. Kalau ko nak badan yang slim atau sasa ko tukar jek muka ko dengan gambar model atau ahli bina badan. Lepas tu, ko uploadla dalam frenster,myspace ataupun facebook. Aku jamin dalam masa 24 jam, mesti ramai yang request nak jadi kawan ko.Popular beb! Walaupun muka ko x hensem macam aku.hua3x..

Tapi, satu jek aku nasihatkan. Walaupun ko punya ramai musuh, janganla ko menjahanamkan mereka dengan menyuperimposekan muka monyet dengan muka mereka(contoh). lagi teruk kalau ko ganti dengan gambar lucah! ingat. Dosa! dosa sikit-sikit lama-lama jadi bukit.hehe

Tutorial Teknik Superimpose

Jom Sokong Earth Hour di Malaysia!

Dah lama aku cadang nak buat entri pasal Earth Hour sedunia. Memandangkan Malaysia akan turut serta dalam program ni,barulah aku rasa bertanggungjawab dan bersemangat untuk menyokong dan menghebahkan program ini di dalam blog.

Mungkin blog aku jugak akan berubah wajah seperti ini


Apa sebenarnya program Earth hour? Maksud ringkas- Bergelap 1 jam untuk tangani pemanasan global. Kalau maksud panjang:

Earth Hour is an annual international event created by the WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund), held on the last Saturday of March, that asks households and businesses to turn off their non-essential lights and electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change


Maksud tu aku ambil dari Wikipedia. Aku tahu korang semua bijak pandai, hebat cakap Omputih, So, tak yah lah aku translatekan balik semua ayat diatas tu.haha. Dalam masa lebih kurang sebulan dari sekarang(33 hari lagi) iaitu 28 Mac tepat Jam 8 malam. 62 buah negara akan turut serta menjayakan program ini. Kalau di Malaysia, sudah tentu lah Kuala Lumpur akan menjadi penggeraknya.

Aku tahu ko mampu buat! Malaysia boleh! Aku boleh!


Tetapi yang menjadi persoalan, mampukah rakyat Malaysia menyahut cabaran ini? Kalau ko tanya aku, mesti aku kan jawab "InsyaAllah, kalau tiada halangan".hehe. Yalah kan, macam-macam benda boleh jadi dalam sejam tu. Ada implikasi baik dan ada jugak yang tak baik. Yang muncul dalam kepala hotak aku:

Implikasi Baik

1. Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan alam sekitar akan bergembira kerana bumi time tu sejuk jek.haha.Maksud yang lebih tepat ialah untuk mengatasi perubahan iklim sedunia yang makin panas.

2. Makhluk-makhluk yang kerja shift malam bleh rehat atau tido selama sejam. Pak guard U aku ni mesti orang yang paling gembira.huh

3. Jimat bekalan eletrik. Mungkin bil letrik bulanan rumah ko berkurang beberapa ringgit.hehe.

Implikasi tak Baik

1. Ramai orang keluar buat kerja. Macam-macam kerja boleh buat selama sejam tu. Contohnya, Perompak merompak, Pencuri mencuri, Perogol merogol, Pelacur?LipsareSealed

2. Orang nak tengok TV pun tak bleh. Lagi-lagi jam 8 malam tu, orang sibuk nak tengok berita. Kalau Manchester United main time tu, terus aku tak jadi support program ne.

3. Macammana aku nak buka blog time tu? dah la batery laptop aku ni bleh tahan beberapa minit jek.huh

Itulah beberapa point yang sempat aku pikir. Korang ada apa2 nak tambah ? Sarcastic Kalau dilihat keberkesanan program ni dalam jangka masa pendek, tentu la lagi banyak kelemahan dari kebaikan. Tapi, semua ni untuk jangka panjang jugak. Untuk masa depan anak-anak dan cucu-cicit kita. Aku tak mahu bumi jadi macam dalam cerita Wall-E. Eh, apa kena mengena plak program ne dengan film tu. haha.

Aku berblog untuk hidup

Aku mimpi jadi jadi jutawan Internet.Haha


Sejak beberapa hari ni, aku semakin berminat mendalami ilmu-ilmu membuat duit dalam internet. Semua ni terjadi bila aku terbaca entry dari justkhai tentang "siapa John Wu dalam dunia blog" . Aku tak kisah ngan John Wu tu, tapi aku kisah dengan Bob(Orang Malaysia beb) yang menjual blognya, Blogohblog dengan harga lebih kurang 30 ribu. Kemudian, aku dapat tahu lagi baru-baru ini, blogger dari Indonesia, Pak Jacky telah menjual blognya Jackbook.com dengan harga us$70,000(RM241,500).

Kalau ikutkan tools ni : how much is your blog worth? harga blog aku $16,371.66. Tak sangka plak kan? tapi siapa la yang berminat nak beli blog ni?hehe. Blog korang berapa plak nilainya?

.Aku heran tul la, bleh percaya x tool ne.haha


Berbalik kepada topik asal. Tujuan aku menubuhkan blog ini, hanyalah untuk suka-suka dan blog ini pun berkonsepkan blog peribadi. Jadi bolehlah disimpulkan aku hidup untuk berblog. Bila kamu mengambil keputusan untuk hidup untuk berblog, maka kamu tidak akan dapat apa-apa pulangan dari blog kamu selain daripada kepuasan diri sendiri.

Jika kamu berblog untuk hidup pula, maka kamu akan mendapat pulangan samaada dalam bentuk kebendaan atau kewangan. Contoh-contoh blog yang aku rasa berblog untuk hidup seperti blog Irfan Khairi dan SaifulSham. Ada banyak lagi, tapi dua blog tu memang cukup dikenali.

Semakin lama aku berblog, semakin aku kearah "berblog untuk hidup". Haha. Aku pernah terpikir untuk menjadikan blog ni blog perniagaan. tapi sayang plak. Jadi aku rasa aku patut mulakan blog yang baru. Dan domain blog itu nanti perlulah ber dotcom. Ada sesiapa murah hati belanja aku beli domain?haha.. tapi semua ini masih dalam perancangan. InsyaAllah bila aku dah cukup bersedia, barulah aku umumkan blog itu nanti.Smile

P/s: Sekarang ni aku asyik terpikir pasal $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.haha. Sakit mental tul.

Blog ko banyak BUG?

Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.haha


Tiada kaitan dengan kumbang. Bug yang aku maksudkan disini berkaitan dengan website/blog bug. Pernahkah kamu masuk ke blog orang lain dan kamu dapati blog tersebut tidak teratur dan sesetengah gambar tidak muncul? Itu mungkin disebabkan oleh bug.

Menurut Wikipedia, bug dalam blogger boleh dikategorikan dalam software bug yang bermaksud kesalahan atau kecuaian yang terdapat di dalam kod sumber atau rekaan sesuatu atur cara komputer/kod yang menyebabkannya tidak berfungsi seperti sepatutnya. Atau boleh diringkaskan sebagai sebuah masalah di dalam sesebuah atur cara.

Selalunya bug terjadi pada bahagian template blog kita. Mungkin terdapat kesalahan yang kita lakukan ketika mengedit. Bug dalam blog memang menjengkelkan. Untuk mencari bug secara manual memang susah. Nasib baik aku dah jumpa tools yang boleh cek bug dalam blog.

3 TOOLS PENTING UNTUK CEK TEMPLATE BLOG:

1. Browsershot.org- Website ini menyediakan servis yang membolehkan kita melihat screenshots blog pada semua jenis browser seperti firefox, internet explorer, safari dan opera. Apa yang kamu lihat pada screenshot tersebut nanti, itulah paparan sebenar blog kamu. Jadi, kamu dapat lihat perbezaan pada browser yang berbeza.

Lihat paparan blog menggunakan Browser berlainan



Firefox vs Internet Explorer.

Bagi aku Firefox adalalah pilihan yang paling ok buat masa ini. Kamu bleh cek disini sebab musabab kenapa perlu guna Firefox untuk melayari internet. Tapi, jika kamu pengguna tegar Internet Explorer, tak mengapa selagi kamu upgrade kepada versi terbaru iaitu Internet Explorer 8.

2. W3C Markup Validation Service- Membolehkan kita mengenal pasti kesalahan kod di bahagian html/xthml pada template blog.


Cek kod bahagian html (hmm,banyak gila error)



3.The CSS Validator- Membolehkan kita mengenalpasti kesalahan kod di bahagian css pada template blog.

Cek kod pada bahagian css(still banyak lg.haha)



Bagi point No.2/3, kamu kena perhatikan kesalahan yang di'list'kan oleh servis itu, kerana terdapat beberapa kod yang hanya berfungsi pada sesetengah browser. Contohnya kod css "-moz-border-radius" yang hanya berfungsi pada firefox tetapi tidak pada browser lain. Jadi, abaikan saja jika kamu tahu kod tersebut betul.ok

Harap entri ini berguna. Selamat mencuba ... Adios! Amigos!

P/s: Aku jarang buka blog minggu ini, aku ketagih dengan drama Prison Break? korang dah habiskan 4 season? haha

Fakta Karut: Tahukah Kamu?

Entry selingan sementara aku mencari idea untuk tutorial/tips blogger yang baru.hehe. Sesi menambah pengetahuan am! Tahukah kamu?

  • Kentut secara konsisten selama 6 tahun 9 bulan, secara tak langsung, kamu akan menghasilkan gas yang cukup untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam membuat bom atom (Kentut siapa la diorang kaji ni?haha)



Kentut:Jijik tapi nikmat.haha


  • Jangka masa seekor babi mencapai 'puncak nikmat'/'orgasm' boleh mencecah 30 minit lamanya. (Korang rasa, teknik apa babi tu guna?mesti babi ni beli ebook kamasutra.haha)


  • Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali panjang badannya. Kira- kira sama dengan seorang manusia melompat sejauh lapangan padang bolasepak ( Aku masih terbayang-bayang sal babi tuh.hmm)


  • Seekor mentadak jantan tidak dapat melakukan persenyawaan dengan mentadak betina.Si betina harus memulakan 'hubungan seks' dengan memenggal kepala si jantan. (hoho, nasib baik bukan manusia)


  • Seekor lipas mampu bertahan/hidup selama 9 hari tanpa kepala, sebelum mati kerana kelaparan. (Bertambahla fobia kamu dengan lipas.haha)


Kita serupa(^___^)



  • Dari banyak-banyak spesies dalam dunia ni, hanya manusia dan ikan lumba-lumba yang bleh melakukan seks dengan penuh nikmat. ( Yang ni aku kurang paham sket, mungkin maksudnya 'tanpa gangguan'.Bertuah la kita jadi manusia kanSmile. Owh, patutla ikan lumba-lumba senyum setiap masa.haha)


  • Beberapa jenis singa mampu kawin sebanyak 50 kali dalam sehari (Mana lagi cambest, singa atau babi?haha)


Aku pun tak sangka benda-benda macam ni pun manusia sanggup kaji. Mesti saintis-saintis yang mengkaji tu gila seks dengan haiwan.haha. Tapi bagus gak, disamping menambah pengetahuan, kita bleh berhibur. Kamu terhibur?Grin

Dock Menu ( Versi 2 )

Memasang Dock Menu Versi 2


Aku pening tapi gembira sebab dapat menggunakan Dock Menu Versi 2 ini kedalam blogger. Aku pun malas nak terangkan pasal Dock Menu. Korang bleh tengok Demo disini. Aku ambil dari laman web 221omedia.com. Aku tak tau yang mana lagi menarik antara versi ini atau versi 1. Bagi aku versi kali ni lagi simple tapi COOL. Berminat?


Tutorial langkah demi langkah. Kamu boleh download Sumber asal file tutorial ini. Dan kamu juga boleh hostkan file-file tersebut di hosting kamu masing. Kalau kamu malas, abaikan langkah diatas dan teruskan langkah 1.

Langkah 1: Pergi ke Layout>edit html. tak perlu Expand widget.

Cari kod ini:

</head>

(tips: Klik CTRL+F untuk carian mudah)

kemudian Paste Kod dibawah sebelumnya:

<script src='http://www.geocities.com/gen_sperm07/hide_menu.js' type='text/javascript'/>


Langkah 2: Memasukkan Kod CSS

Cari kod :

</b:skin>


Kemudian copy dan paste kod dibawah sebelumnya:



Langkah 3: Memasukkan kod HTML:

Cari kod:



Kemudian Copy dan Paste kod dibawah selepasnya:


<div id='hit_area' onmouseover='toggleDown();'/>
<div id='menu_holder'>
<div id='nav'>
<ul>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>jstween</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>2210media</a></li>
<li><a href='http://www.digg.com'>Digg</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>CSS Mania</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>Kirupa</a></li>
</ul>
</div>
</div>


Langkah 4: Fahami betul-betul.k

Cari kod:

<div id='header-wrapper'>


Gantikan kod diatas dengan kod ini:

<div id='header-wrapper' onmouseover='toggleUp();'>


(langkah 4 bertujuan, bila mouse kamu teralih ke header, dock menu secara automatik akan tersembunyi. bagi yang tiada header. Boleh gantikan ke kod "content-wrapper")

Langkah 5: Save dan Lihat blog kamu.



MENGEDIT DOCK MENU

1. Ubah kedudukan, hanya ubah nilai bahagian "left" saja:

#menu_holder {
height: 58px;
width:660px;
position: absolute;
left:300px;
top: -58px;
display: block; /* fix for doubling margin in IE */
}

2.Mengubah warna tulisan pada code "color"

3. Mengubah LINKANDA dan TAJUKLINK:

<li><a href='LINKANDA'>TAJUKLINK</a></li>



Credit: Webber 2.0 Dock Menu

Jika ada sebarang masalah, tolong komen dibawah.

Ps: Gara-gara Internet Explorer, aku ambil masa yang panjang untuk menetapkan kedudukannya sama seperti browser yang lain. Jadi, kepada pengguna Internet Explorer, korang berhutang dengan aku. Kalau nak bayar klik iklan dibawah.haha

Syntax H.

babababadbksadas testasnda,sd sanbdjkmand




<body>
<div id='hit_area' onmouseover='toggleDown();'/>
<div id='menu_holder'>
<div id='nav'>
<ul>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>jstween</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>2210media</a></li>
<li><a href='http://www.digg.com'>Digg</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>CSS Mania</a></li>
<li><a href='http://boonto.blogspot.com'>Kirupa</a></li>
</ul>
</div>
</div>

Edit Blog: Di mana harus bermula?

Edit Blog: Mulakan dengan BismillahSmile


Sebelum kamu teruskan pembacaan di entri kali ini, sila pasangkan niat yang kamu berminat untuk mengedit layout blog. Jika tidak, aku andaikan kamu lebih suka menggunakan layout percuma blogger yang langsung tiada 'kekreatifan' itu.

Sudahkah kamu membaca entri aku: "Stabilkah blog kamu"? Mungkin entri itu saling berkait dengan entri ni. Jadi, aku harap kamu boleh memahami apa yang aku cuba terangkan ok?. Yang pastinya kita semua inginkan blog yang cantik, bersih dan mesra pengguna. Bagi yang dah lama berblog, tentu tidak menjadi masalah untuk mengedit blog mengikut kemahuan mereka. Tapi, bagi yang masih baru, ia adalah satu masalah besar.

Kamu perlu tahu, walau sehebat mana seorang blogger itu, dia juga pernah menjadi Newbie/Orang baru yang langsung tidak tahu apa-apa. Jadi, tiada alasan bagi kita untuk menjadi seperti mereka. Cuma yang menjadi masalah, mungkin kita sebagai orang baru dalam dunia blog ini, kita tidak tahu dimana harus bermula. Aku akan cuba beri sedikit panduan serta sumber untuk mula mengedit layout kamu.

Untuk mula mengedit layout blog, kamu perlukan beberapa nilai-nilai murni dalam diri kamu. Maksudnya, kamu perlu ada keberanian, tidak mudah bosan, rajin dan yang paling penting kamu sedia membazirkan masa kamu di depan komputer.hehe. Tiada apa yang mudah di dunia ni, semuanya perlukan sedikit pengorbanan. Sanggup?

Seterusnya, kamu perlu tahu serba sedikit kod-kod asas css dan html. Kamu boleh pelajarinya di htmldog dan htmlgoodies. Susah? tak mengapa. Cara lain yang berkesan untuk pelajari kod-kod ini ialah melalui pengalaman atau "try and error". Mulakan dengan mengikut tutorial mudah seperti membuat "read more", "menghilangkan Navbar" dan lain-lain lagi. Cara ini agak lambat untuk mahir, tapi amat berkesan. Disini aku senaraikan blog yang boleh kamu rujuk tutorial blogger.

  1. Bloggerbuster(english)
  2. Beutifulbeta(english)
  3. Kolom-Tutorial(indonesia)
  4. O-om(indonesia)
  5. Tips-For-New-Blogger(english)
  6. BlogU(english)
  7. BlogMenjerit?(Melayu)
  8. Atau kamu boleh request tutorial di blog Dilarangmelarang.com(Melayu)


Sebenarnya ada banyak lagi sumber yang boleh dirujuk, tetapi kebanyakan laman tutorial tersebut lebih kepada "blogger hack" yang lebih spesifik. Aku lebih suka katakan ia sebagai "blogger crack" sebab mereka hanya memanupulasikan kod untuk dimasukkan kedalam blogger.

Kenapa blog tutorial melayu kurang? Memang ada tapi rata-rata masih banyak tutorial yang tidak lengkap. Penerangan yang kurang difahami dan ada juga yang hanya meng "copy-paste" tutorial blog omputih. hehe.

Langkah seterusnya ialah mencari ilham. Terus-terang, tidak semua daripada kita dilahirkan punyai bakat kreatif. Kalau ada, ia satu bonus untuk kamu dalam mengedit blog. Tapi, bagi yang tiada, jalan yang mudah ialah mencari ilham. Ilham yang aku maksudkan ialah, dengan melihat blog-blog yang "Kiut-Miut" dan "Canggih-Manggih", seterusnya mengaplikasikan design blog mereka pada blog kamu. Setelah kamu mendapat ilham, mudah untuk kamu mengedit layout sebagaimana bentuk yang kamu inginkan. Salahkah meniru hasil kerja orang lain? jawapannya tidak salah, kita bukan meng'copy+paste" hasil kerja mereka. Kita hanya mendapatkan ilham dari blog mereka. betulkan rakan-rakan?Grin

Aku selalu melayari laman web dibawah untuk mendapatkan ilham:


  1. Smashingmegazine- 50 excellent blog designs
  2. Hongkiat - 100 nice and beautiful blog design
  3. Bloggerbuster- 54 inspiring and original blogger
  4. Bloggerbuster- 50 fabulous blogger designs
  5. Bloggerbuster- Top 50 blogger powered blogs
  6. WebdesignerWall- 80 large background websites
  7. Cssartillery- Showcase of website art
  8. (ada banyak lagi sebenarnya, cari di google k)


Apabila kamu sudah mendapatkan ilham , kamu perlu mencipta graphic yang kamu inginkan. Untuk itu, perisian atau tools tertentu amat diperlukan. Bagi pereka laman web, Photoshop adalah perisian yang wajib. Bagi kita tidak perlulah belajar tools ini sampai tahap yang advance. Hanya perlu tahu yang asas saja.

  1. Belajar asas photoshop kamu boleh pergi ke JomPhotoshop (Melayu)
  2. Belajar tutorial di PSD.Tuts (Digalakkan)
  3. Download perisian ini juga di JomPhotoshop


Jika kamu merasakan belajar Photoshop adalah sukar. Kamu boleh menggunakan perisian lain iaitu Photoscape. info di Dilarangmelarang.com-Membuat banner menggunakan perisian Photoscape.

Memang banyak yang harus dipelajari, tapi percayalah jika kamu berjaya mencipta/mengedit layout sendiri dengan jayanya, kamu akan mendapat kepuasan yang susah nak digambarkan.hehe. Akhir kata, aku harap tips dan panduan ini dapat membantu kamu. Ada banyak lagi tips dan sumber tapi aku rasa sudah cukup panjang aku menulis kali ni.hehe. "Nobody's Perfect" jadi, maaf jika penerangan aku kurang jelas. Kalau kamu nak tambah apa-apa boleh komen di bawah. Adios!

Credit:

1. Marzuki terlarang - Master dalam Mengedit blog
2. LuthTextile- Tuan punya JomPhotoshop
3. Website Omputih dan Indon.hehe