Blogger Layout - I love egg



Ini merupakan layout kedua yang aku reka. Layout ini bertemakan karakter telur. Klik laman webnya. Aku suka karakter ini. Lagipun aku suka makan telur. Anda suka makan telur?hehe. Layout ini free untuk anda. Jika anda menggunakan layout ini, tolong jangan buang link blog aku pada footer bahagaian bawah blog ini. Jika ada kesempatan, Link la blog ni di blogroll anda atau follow blog aku ok. Tq.

Untuk demo- Iloveegg Layout

Untuk menggunakan layout ini copy code di di link ini
- Iloveegg layout

P/s: Jika terdapat kecacatan pada blog ini, tolong bagatau aku k. Jika ada komen atau pendapat atau request(dikenakan bayaran.:p) sekalipun, boleh komen di bawah:)

Octopus, kegemaranku!!!

Entry ini tiada kena mengena dengan binatang peliharaan ku. kemarin aku ke "sushi king" ngan kawan-kawanku. Ini dah kali ke-4 aku makan sushi di kk ni. Pertama kali aku dibawa oleh kawanku, aku telah dipermainkan. mereka meletakkan satu sudu wasabi untuk aku. mereka kata sedap, tak pedas. Aku rilekla, tapi bila aku makan wasabi itu, aku betul-betul x boleh tahan. Aku rasa aku telah memakan satu mangkuk lada. semenjak hari itu, aku tidak pernah menyentuh wasabi lagi.haha..

Satu makanan jepun yang menjadi makanan faveret aku ialah octopus.Nama specifiknya ialah 'Chuka Iidiko', tp rasanya seperti nasi ayam. hehe. Sedap walaupun mentah. Makanan lain yang aku rasa sedap ialah takiyaki ball<--rasa macam cucur udang. dan satu lagi udang masak tepung(yang ini aku tak tau namanya). Aku ada ambil gambar makanan jepun ni. Aku memang cadang wat entry sal makanan jepun. haha.


(takiyaki ball)

Ada kebaikan bila makan di sushi king ni, kita dapat mempelajari sedikit kosa kata jepun.haha. Kalau kita masuk pintu restoran ini, pelayannya akan menyambut kita sambil mengucapkan "Irashaimasu" maksudnya selamat datang. Kalau kita keluar dari restoran tu, diorang akan kata "Arigatokozaimas", maksudnya terima kasih. Kadang-kadang diorang cakap "dozo" maksudnya silakan.hehe. Aku tau semua maksudnya ni pun bila gf aku bagitau. Dia dah fasih bahasa jepun ni. Tahun depan dah jalan g jepun.Sedih aku.haha


(Udang Tak Bernama.Hehe)

Oklah, setakat ini saja entry kali ni. Pas ni aku cadang g restoran India, mau belajar bahasa india lak..hihi

Blogger template: Hijau itu Menawan


Setelah aku keboringan berada dirumah, aku pun mendesign template blogger. Sesiapa pun bleh menggunakan template ini. Tetapi anda kena PAHAM. 1st, ini merupakan template pertama yang aku wat. So, kalau ada kecacatan harap maaf, dan cuba maklumkan pada aku. 2nd, anda boleh mengubah apa sahaja design blog ini tapi tidak bleh menggunakannya untuk dipasarkan.

Ok? anda bleh copy template ini di bwah:

Download:Hijau Itu Menawan

Demo: testblogboonto.blogspot.com

Attention!!!
Jika anda telah menggunakan template ini, anda mesti perasan "Awan Hari" di seblah kiri post akan tertera tulisan "undefined". Untuk mengubahnya, pergi ke setting>formatting, kemudian tukar TIMESTAMP FORMAT kepada format yang ke 4.Tema untuk template ini, tentulah untuk kegunaan peribadi.tp,sekiranya anda ada cadangan atau ulasan, please bagi komen.ok.

Akhirnya, aku Merdeka!!!


Maka dengan ini, aku mengumumkan kemerdekaan tanah melayu dari final examku baru-baru ini..haha. Next week aku akan pulang ke kampung halaman. Walaupun aku gembira, terdapat kesedihan didalam diri ini contohnya, connection internetku akan menjadi laju seperti siput sebab di kampungku hanya ada line gprs ja..huhu. Tapi tidak mengapa, semua itu tidak penting, yang penting ialah aku sudah terlalu lama tidak pulang, sudah lama tidak lepak ngan kawan-kawan lama, dan sudah lama juga aku tdak berjumpa ibu-bapaku.hihi.

Kemarin, sebaik sahaja paper last habis, aku terus ke cinema dengan kawan lamaku. Kami berpakat menonton film madasgar. Aku membuat kesimpulan film ni x dapat lagi menandingi film Kungfu Panda. Tapi ok jugak la, ada banyak jgk bab yang lawak, kadang-kadang aku pun hairan kenapa time aksi x lawak, orang ketawa, bila aku rasa aksi tu lawak, x pula diorang ketawa. Pelik aku rasa.haha. Tapi lagu tema film ni best kan? yang aku paling hapal dalam lagu ni : I Like To Move It Move It,I Like To Move It Move It,I Like To Move It Move It,Ya Like To (MOVE IT!).haha.

Cuti sebulan ni mesti aku bosan, aku x tau mau wat apa. Setakat ni aku rancang mau tukar theme blog ni. Barulah aku ada masa untuk benda2 macam ni. Aku rasa blog ni betul-betul macam blog kanak-kanak belasan tahun, telamapau banyak animation.hihi. Lagipun aku banyak masukkan picture, jd aku x dapat masukkan javascript, sebab nanti loading page blog ni mesti lambat. Kesian ngan connection internet yang lembab.hehe.Setakat ini, aku dah ada idea, tp idea tu masih samar-samar:p. Nantikan perubahan blog ni nanti.ok da adios.

EXAM ini Membunuhku

Aku penat baru balik dari menjawab xm paper statistik eko. Wa, ada 4 soalan semua, tp satu soalan ada 25 markah. Ini killer paper tahap2 gaban.haha.. Ada 4 lagi xm mendatang, tp tinggal dua yang di kategorikan sebagai killer paper. Mampukah aku menghadapinya?? nantikan keputusannya.haha.. Dari itu, bagi mengubati hati yang sakit selepas menjawab paper td, aku persembahkan lagu CintaExam ini membunuhku :

Suatu yang aneh ku rasakan


Apa yang terjadi ada diriku? hari ini aku mengalami pelbagai perasaan. Aku rasa aku demam,aku pening,aku sedih, aku gembira, dan hari ini, ntah berapa kali aku keluar masuk tandas untuk buang air kecil.haha. Aku telah membuat beberapa kesimpulan atas kejadian yang berlaku pada diri ku.

Aku Demam = Mungkin aku demam rindu sebab tido lewat sngt. Aku rasa aku akan selsema.aku da sedia tisu banyak2:p

Aku Pening = Mungkin sebab ada 5 lagi papers yang perlu ku tempuhi. Xhabis belajar lg.

Aku Sedih = Cintaku bakal tertinggal di Malaysia, sebab si dia akan ke Australia Jepun awal tahun depan.hihi.

Aku Gembira = Sebab Manchester United menang 5-0 tadi, dan Arsialsenal kalah 2-0.

Cinta Pandang Pertamaku

Orang selalu berkata cinta pandang pertama selalu menipu. Cinta pandang pertama tidak berkekalan, dan banyak lagi teori yang mereka katakan terhadap cinta pandang pertama. Bagi aku selagi cinta itu membahagiakan, aku tidak peduli, yang penting aku bersama dengan orang yang aku cintai.

Aku adalah seorang blogger amatur, orang di sekelilingku mengenali aku dengan nama Arif, mungkin sebelum-sebelum ini aku mempunyai blog tetapi bukanlah blog peribadi. Sehinggalah dua minggu lalu terdetik didalam diriku untuk memiliki sebuah blog peribadi. Maka tertubuhlah sebuah blog yang bernama boonto.blogspot.com. Aku sering melawat blog-blog terutamanya dari Malaysia untuk mencari kawan dan saling bertukar alamat blog, kerana aku tahu cara sebegini dapat membuatkan ramai pengunjung akan masuk ke blog kita. Begitulah perkara yang akan ku lakukan sekiranya aku melayari internet di bilik asramaku, Universiti Malaysia Sabah.

Di saat aku menulis artikel ini bertarikh 14 November pada waktu petang , aku baru bangun dari tidur dan terus mengadap laptop dan membuka blogku. “ah, tiada komen lagi!” kataku. Memang bosan bila tiada pengunjung datang ke blog kita dan tiada yang memberi komen. Namun aku tahu, aku baru sahaja mula berblog, mustahil ramai yang akan memberi komen. Akupun melihat ruangan sembang, seperti biasa, akan ku klik alamat pengunjung yang ada di dalam ruangan sembang itu. Aku pun masuk ke setiap satu alamat sehinggalah ke alamat http://izzyzatt.blogspot.com. Tajuk blog ini ‘IZZY IN HER LIFE JOURNEY’. Aku dapat meneka mesti pemilik blog ini seorang penuntut universiti sama seperti aku dan memang tekaan ku betul, beliau seorang perempuan yang ingin dikenali sebagai Izzy dan sedang meniti usia remaja pada umur 21 tahun. Aku juga mendapat tahu Izzy akan menjadi cikgu tidak lama lagi. Aku pun melihat artikel-artikel yang ditulis dalam blog itu, tiba-tiba mataku tertumpu pada gambar-gambar yang ada di dalam artikel bertajuk ‘Istana berkuda emas’. Aku tidak tahu kenapa hatiku tidak keruan, aku tidak pernah melalui keadaan seperti ini. Aku terdiam, tubuhku terpaku di kerusi meja belajar di dalam bilikku, aku tidak lagi mendengar apa-apa bunyi-bunyian selain jantungku yang berdegup kencang.Apa yang telah terjadi pada diriku ini?

“Mungkin inikah yang di katakan cinta pandang pertama?” hati kecilku berbisik. Tidak mungkin hal ini terjadi pada diriku, di saat aku sedang menghadapi peperiksaan, aku tidak harus diganggu dengan perkara lain. Tetapi, akhirnya aku mengalah, aku terpaksa mengaku yang aku jatuh cinta pandang pertama dengan insan bergelar Izzy. Buku-buku pengajianku, aku biarkan sahaja dia atas meja, aku sibuk mencari latar belakang Izzy. Aku melihat artikelnya satu persatu, sehinggalah aku membaca artikel bartajuk “ Tagged by Ashikin”, dari artikel ini, banyak yang aku tahu mengenai Izzy, dan yang paling aku teruja bila mendapat tahu Izzy masih belum berpunya. Gembiranya aku bukan kepalang, tetapi aku sedar sekiranya aku meluahkan isi hatiku pada Izzy, belum tentu diterima. Umur kami berbeza dua tahun, dan aku pula hidup di hujung malaysia. Izzy tinggal di semenanjung, tidak mungkin dia sanggup menerima pasangan hidupnya jika mereka tinggal berjauhan. Aku juga sedar cinta jarak jauh banyak risikonya. Namun aku tahu, semua itu bukan penghalang, Rasullulah sendiri berkahwin dengan Khadijah yang perbezaan umur mereka ketika itu ialah 15 tahun.

Daripada permerhatianku terhadap Izzy, mungkin aku dapat simpulkan dia sepadan dengan diriku. Aku paling suka bila melihat gambarnya ketika senyum, dan aku tidak tahu kenapa, hatiku akan terus berdegup pantas bila melihat senyumannya yang manis itu. Selama ini, aku tidak pernah duduk lama bila mengunjungi blog-blog orang lain. Tetapi tidak bagi blog Izzy, aku sanggup melihat artikel-artikel lamanya. Melihat link-link kawan-kawannya, dan aku mendapat tahu kawan Izzy iaitu amey sudah bertukar link dengan blogku, http://kicikchomot.blogspot.com. Mungkin aku boleh bertanyakan Amey tentang Izzy dengan lebih mendalam lagi. Lalu aku terbaca “tagged” lagi, kali ini mungkin membuatku sedikit cemburu, kerana Izzy pernah berpunya, tetapi cemburu itu sekejap saja kerana sekarang ini, Izzy masih sendiri lagi.

Walaubagaimanapun, aku tidak harus melayan perasaan cintaku berseorangan. Aku perlu cuba meluahkan isi hatiku yang terpendam kepada Izzy. Tapi bagaimana caranya? apa yang harus aku lakukan? Pening aku memikirkan caranya.

Mungkin satu keajaiban telah berlaku, mungkin tuhan juga mengetahui Izzy memang teman yang sepadan buatku, mungkin juga salah satu tulang rusukku ada padamu Izzy. Aku gembira, inilah satu-satunya cara untuk meluahkan isi hatiku; PERTANDINGAN MENJAWAB SOALAN IZZY!!! Ya, inilah satu-satunya jalan yang paling singkat. Aku juga gembira kerana salah satu syarat di dalam pertandingan itu ialah “awak nak kenal saya, sila promote diri”. Ya, aku memang ingin mengenalimu Izzy, malah aku ingin mengenalimu dengan lebih dalam lagi. Dari saat itulah aku mula bertungkus lumus cuba menyiapkan artikel untuk pertandingan itu, bukan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, tetapi memenangi hati insan bernama Izyan Izzaty binti Salikan .

Aku tahu Izzy, mungkin terlalu cepat aku meluahkan segala yang ada dalam hatiku, tetapi aku ingin engkau tahu, aku menyukaimu, segala gerak-gerimu, perwatakanmu, dan yang utama sekali senyumanmu, mungkin aku bukanlah lelaki yang engkau mahu. Tetapi cukup bagiku sekiranya kau tahu ada lelaki yang menyukaimu dengan pandangan pertama. Aku tahu satu pepatah, “Menerima orang yang mencintaimu lebih bahagia daripada menerima orang yang tidak mencintaimu”. Mungkin orang di sekeliling akan mentertawakanku, begitu juga orang yang membaca artikel ini. Tetapi hanya satu yang aku ingin tahu darimu Izzy ,sudikah engkau mengenali isi hatiku?

_________________________________________________________
Info: Sila ke blog penganjur pertandingan: http://izzyzatt.blogspot.com

Subscribe Box yang Comel^^

Sudah dua post yang aku tulis tentang tutorial saja. Bukan bermaksud aku nak jadikan blog ini blog tutorial, tp atas permintaan rakan blogger juga..hehe..Ok, kali ni tentang membuat subcribe box seperti yang saya buat pada sidebar itu. Idea subscribe box ini aku ambil dari dcblog, tetapi langkahnya jauh berbeza.Anda mesti tahu photoshop dan sedikit css saja.

Ok langkah pertama.buat background menggunakan photoshop.ikut keluasan yang anda mahu.Saiz yang aku guna untuk blog ini ialah 227px X 358px.tetapi ia bergantung juga pada luas sidebar anda. lihat gambar dibawah, aku menggunakan Pen tool untuk membuat kotak bujur itu, kemudian aku menambah element seperti cartoon dan tulisan.Setelah selesai Upload Background yang anda buat td ke dalam mana-mana hosting seperti imageshack.


Langkah kedua memasukkan kod kedalam layout. Pergi ke layout>edit html dan jgn lupa expand template. Cari kod ini #sidebar-wrapper, kemudian, letakkan kod di bawah selepas #sidebar-wrapper {.......}(ingat yang merah itu harus di ubah mengikut saiz background yang anda buat ketika dalam photoshop td)

#Subscribe2 {
width: 227px;
height: 358px;
background:url(ALAMATBACKGROUNDYANGSUDAHDIUPLOAD) no-repeat;
padding:0;
margin: auto;
}

#content2 {
text-align:center;
padding-top:168px;
width: 180px;
height: 102px;
font-family: 'Trebuchet MS', Arial, Helvetica, sans-serif;
color: #4F3314;
font-size:11px;
margin: auto;
}

Langkah ketiga cari kod ini <div id='sidebar-wrapper'> , letakkan kod dibawah selepasnya:

<div id='Subscribe2'>

<div id='content2'>

<form action='http://www.feedburner.com/fb/a/emailverify' method='post' onsubmit='window.open(&apos;http://www.feedburner.com/fb/a/emailverifySubmit?feedId=YOURFEEDBURNERID0&apos;, &apos;popupwindow&apos;, &apos;scrollbars=yes,width=550,height=520&apos;);return true' target='popupwindow'>

<div style='margin: 5px 0 5px 0px;'>Or Subscribe by E-mail:</div>

<input name='email' style='width:120px; margin: 0 0 5px 0px;' type='text'/>
<input name='url' type='hidden' value='http://feeds.feedburner.com/~e?ffid=YOURFEEDBURNERID'/>
<input name='title' type='hidden' value='The Blog of The Boonto'/>
<input name='loc' type='hidden' value='en_US'/>

<input style='margin: 3px 0 0 0px;' type='submit' value='Subscribe'/><br/>
</form>

<div style='margin: 5px 9px'>Delivered by <a href='http://www.feedburner.com' target='_blank'>FeedBurner</a></div>

</div>
</div>

Dan anda Sudah selesai membuat kotak subscribe yang comel :p . Jika Ada masalah boleh komen di bawah, Dan ingat, anda hanya perlu ubah pading-top nya sahaja jika hendak ubah kedudukan feedburner widget itu. Saya membuat widget ini dua malam baru dapat, jadi tiada yang mudah, anda hanya perlu mencuba.ok;) pastikan anda priview sebelum save layout anda. happy blogging

Dock Menu Pada Blogger

Tutorial ini untuk blogger sahaja. Ndesign yang mereka dock menu ini. Pada asalnya dock menu ini diletak untuk theme wordpress sahaja. tapi sebenarnya lagi mudah di letak pada blogger. Jika anda peminat Macintoch. Tentu anda teruja dengan tutorial ini.Saya turut letakkan dock menu pada header blog ini. atau boleh lihat demo disini


Ok langkah pertama download pakej css dock menu ini. Kemudian extract file itu. Anda cari file di dalam folder tersebut iaitu yang bernama "jquery.js, interface.js, style.css". Setelah itu, anda upload ke hosting anda masing2, klu nak free host dekat geocities.com. Begitu juga dengan image nya, anda perlu upload dekat mana2 hosting spt imageshack, photobucket.dsb.
Langkah memasang ke dalam blogger:

Pergi ke layout>edithtml, cari kod <head>dan letakkan script ini di bawahnya:


<script src='http://geocities.com/aerieff/jquery.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://geocities.com/aerieff/interface.js' type='text/javascript'/>
<link href='http://geocities.com/aerieff/style.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>


Kemudian, cari kod </body>, letakkan kod ini sebelum kod tersebut.


<script type="text/javascript">
$(document).ready(
function()
{
$('#dock').Fisheye(
{
maxWidth: 50,
items: 'a',
itemsText: 'span',
container: '.dock-container',
itemWidth: 40,
proximity: 90,
halign : 'center'
}
)
}
);
</script>


langkah terakhir, letak kod dibawah selepas kod ini <body>.


<div class="dock" id="dock">

<div class="dock-container">

<a class="dock-item" href="http://www.boonto.blogspot.com"><img src="http://geocities.com/aerieff/music.png" alt="music" /><span>Music</span></a>

<a class="dock-item" href="http://www.boonto.blogspot.com"><img src="http://geocities.com/aerieff/video.png" alt="video" /><span>Video</span></a>

<a class="dock-item" href="http://www.boonto.blogspot.com"><img src="http://geocities.com/aerieff/rss.png" alt="rss" /><span>RSS</span></a>

</div>

</div>

Anda perlu ubah kod diatas iaitu gantikan URL (http://boonto.blogspot.com) dengan Url yang anda mahukan. Anda juga boleh mengubah icon (http://geocities.com/aerieff/rss.png) dengan icon anda sendiri. Untuk menambah elemen baru hanya tambah kod dibawah ni dan ulang langkah mengubah url dan iconnya sahaja:

<a class="dock-item" href="http://www.boonto.blogspot.com"><img src="http://geocities.com/aerieff/rss.png" alt="rss" /><span>RSS</span></a>

__________________________________________
Untuk meletakkan dock menu ini seperti yang saya buat pada blog ini.
anda perlu menambah css code ini=
#dock{
position:absolute;
margin-top:100px; margin-left:130px; }

sebelum kod ini ]]></b:skin>

anda hanya perlu ubah margin-top dan margin-left sahaja mengikut kesesuaian anda.

Jika ada sebarang masalah boleh beri komen dibawah, maafkan jika banyak kesalahan kerana ini tutorial pertama aku. Nobody perfect right?..hehe

UPDATE: Contoh Yang Kreatif Boleh lihat di blog ini:

1. Blog Amey Atau
2. Blog Bunny

10 Perkara Paling Romantik

Saat bersama teman kita yang special, apakah perkara paling romantik yang pernah anda lakukan? disini aku bagi listnya, jadi korang nilai sendiri yang mana satu anda pernah lakukan..okay



1. Bersama-sama melihat Matahari terbenam. X kira la di mana, tepi pantai, tepi parit pun xpa jgk.haha
2. Jalan berdua-duaan ketika hujan<--lagi romantik bila c lelaki menggunakan jaketnya untuk dijadikan payung.
3. Mendendangkan lagu(apa2 jenis lagu, lagu cinta lagi best), biarpun suara kita tidak semerdu buluh perindu.Yang penting dengan sepenuh jiwa.
4. Membawa pasangan anda ke tepi pantai saling berpegangan tangan berjalan di gigi air, Tulis nama anda dan pasangan anda di atas pasir. Boleh di aplikasikan dengan point yang pertama.hehe
5. Di saat anda bergaduh, beli hadiah untuk pasangan anda tanpa memberitahunya, kemudian bila bertemu anda meminta maaf dan memberi hadiah itu kepadanya, confirm pasangan anda akan terharu. Anda lebih bertolak ansur.
6. Sentiasa di sampingnya ketika dia mengalami masalah, dengar masalahnya, nasihatinya dan cuba berlembut dengannya.
7. Pastikan setiap pagi anda mengucapkan selamat pagi , dan begitu juga di waktu malam, walaupun perkara ini mudah, tapi memberi kesan pada pasangan kita, menunjukkan kita mengingatinya setiap masa. Kadang-kadang boleh terbawa ke dalam mimpi kita:)
8. Bawa pasangan anda makan terutamanya makan malam, tidak semestinya di restoran mahal, yang penting anda berdua, pandang matanya ketika anda sedang berbual.
9. Sambungan point ke 8, jika ingin lebih romantik, suapkan pasangan anda dengan sudu mahupun tangan<-- makan sushi lagi romantik kalu gini.hehe.
10. Jika anda selalu berdua kemana sahaja, apa salahnya anda mengambil gambar bersama, tidak kira di mana, depan tandas pun ok gak.hehe. Ini merupakan kenangan anda sampai bila-bila, di saat anda rindu, gambar akan mengubatinya. Takpun, bila kahwin nanti, mesti romantik melihat gambar-gambar anda time bercinta dahulu.

Jika anda rasa ada lagi perkara romantik atau anda ingin kongsi pengalaman anda, apa salahnya. Romantikkah anda?

Semut oh Semut...

Alamak tidakkkkk, adakah aku akan sakit? ataupun aku akan berubah menjadi supersemut?haha.. tak dapat aku bayangkan pabila aku menjadi superhero berlatarbelakang haiwan semut. Apa kelebihan semut ar untuk di jadikan watak hero? :p .. ala, lari topik lak.


Entri kali ni bukan sal superhero semut. Tapi, tadi subuh tetap jam 5.30am aku telah termakan pizza berintikan semut. Aku perasan setelah mengunyah pizza itu dan rasanya semacam saja. lalu aku terus mengunyah jgk..haha.. sehinggalah aku rasa ada benda bergerak-gerak licah di tanganku. bila aku tgk seekor semut, terus aku berlari ke tandas dan memuntahkan seluruh baki pizza yang aku kunyah tadi. Kenapa engkau berminat dengan pizza itu wahai semut??? Time aku lapar gila, time tu jugak ko merosakkan waktu sarapan subuhku..haha..

Tapi tidak mengapa wahai semut, aku telah menyenyangkan diriku dengan memakan maggi cup sambil menonton HBO. Cita DISTURBIA, best jugak cita ni. aku layan sampai pagi( biasanya aku pas sarapan subuh terus tido).hikhik.

Walaubagaimanapun, aku harap xda effect daripada sarapan pizza berintikan semut tadi, jika todak terpaksalah aku menjadi superhero menyelamatkan umat malaysia. Xpun, aku terlantar di wad hospital sakit perut gara-gara si semut.haha.

Takziah Buat Rakanku

Alfatihah buat rakan sekelasku,kawan lama, dan ku kira baik dengan aku. Pemergian Ayahanda beliau mesti memberi tamparan hebat buatnya. Aku harap ko dapat bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Begitulah qada' dan qadar Allah S.W.T. Yang hidup pasti akan kembali pada-Nya.

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Alfatihah buat ayahanda rakanku, Azrin Ahmad.
Innalillahi Wainnalillahi Rojiun.

Manchester United Vs Arsial?


Tepat Jam 8.45 Malam ini, akan berlansungnya satu perlawanan hebat antara dua musuh utama dalam Liga Perdana Enggeris.Ades, macam pemberita plak aku menulis. Haha. Yang penting malam ini, yang pasti MU akan menang.Arsenal aka Arsial pemainnya semua muda-muda xda pengalaman langsung.kih3

MUFC sudah menjadi kelab pujaanku dari kecil lagi, hatta rata-rata abang-abangku peminat setianya. Manakan tidak aku pun terminat apabila setiap minggu, remote tv akan dipegang oleh Kaum Adam yang menyaksikan perlawanan bola sahaja. Sunggu kasihan kaum hawa kerana terpaksa tidur awal di hujung minggu. haha.

Teringat aku saat-saat Akedemi Fantasia mula menghangat di Malaysia ini. Tiap kalinya siaran iklan, bergegaslah kaum hawa merampas remote menukarnya ke saluran Astro Ria. Sungguh lawak kejadian malam minggu itu, yang si isteri pun ada yang cuba buat muka merajuk tetapi malangnya tidak di endahkan oleh si suami. Bagi kaki bola, bolalah yang pertama, Makan bola, tidur bola, main bola. Kih2. tp sebenarnya ramai jugak yang kaki bangku. minat saja lebih. haha.

Yang penting malam ini akan ku saksikan perlawanan hebat itu. Akan ku bersorak jika gol berpihak pada MU. Akan ku BOOOOOO sekuat hatinya jika Arsenal di kalahkan.haha.


#update

Alamak, tekaanku meleset. nampaknya MU di kalahkan,.huhu. Result 2-1. Xpalah, len kali kita belasah arsenal k?.hehe..lagipun MU kurang satu game ma.Adios

Dua Paper dah di Jawab


Assalamualaikum. Dah lama aku tidak berblog. sibuk sungguh dengan tugasan sebelum ni. Alhamdulillah semua da settle. Tp kesibukan ku belum lagi habis tatkala minggu exam final semester bermula. Exam ini yang sepatutnya bermula 3 november, tetapi 2 papers tidak mengikut arahan diawalkan pada 31 dan 1 minggu lalu. Papers yang tidak bertanggungjawab itu ialah paper etika dan akhlak dan UMS Sejati Paramedik... tp syukur la jgk aku jawab pun kira ok saja. tak lebih tak kurang.huhu..

Di saat aku menulis post ini, aku sedang bersiap sedia untuk bertempur pada esok hari untuk menjawab paper titas. 40 soalan akan ku hadapi satu persatu. Tidak apa, akan ku raut tajam-tajam batang pensilku sehigga lebih tajam dari mata pedang. Habislah engkau wahai 40 soalan. Akan ku guris-guris engkau hingga lumat-lumat. Aku takkan mengalah begitu sahaja. Akan ku pastikan engkau menyerah diri.HA Ha Ha.

Di kala aku bosan di meja almari ini, dengan menghadap laptopku ini di samping buku nota titas terbentang luas, sempat juga aku mencuri masa mengemaskini playgrondku ini. Perubahannya sedikit saja tp aku suka dengan ideaku ini. dengan gambar post di sebelah kanan. Lalu haribulan pun berkata " HI ". "KOMEN?" .. apa yang anda harus jawab wahai pengunjung blog ku? Anda harus jawab seperti ini."HI", " KEJAP NNT SAYA KOMEN EK".. lalu aku pun menjawab "Terima kasih kepada yang komen". Aku juga sempat mengubah Favicon pada blog ini, cuba anda tgk simbol diatas lambang B warna hitam. Minta maaf blogger aku curi idea faviconmu memandangkan blogku ini pun namanya BOONTO. alang-alang aku guna lambang blogger itu..hihi.

Setelah aku penat merapu di post kali ini kerana kebosanan. baik aku teruskan pengulangkajian ku di dalam buku nota titas ini. Harap-harap esok aku dapat menjawab 40 soalan itu dengan mudah seperti makan kacang saja.hehe. Kita jumpa lg di post akan datang. Wish me gud of luck k. May Force Be With Me.