Sehijau Warna Daun Paya Bakau

Antologi Sehijau warna daun Paya Bakau:p


Permulaan hari yang membosankan bila berada di kampung. Namun, lebih tenang berada di sini daripada kesibukan di kawasan bandar. Cuba korang bayangkan, rumah ku berada jauh di pelusuk kampung yang diikitiraf tertua di Daerah ini, kemudian di belakang rumah adalah hutan paya bakau. Di hadapan pula sebatang anak sungai yang airnya sedang mengalir tenang. Pokoknya, kawasan kampung memang sesuai bagi golongan yang sudah lanjut usia. Aku rasa memang begitulah fikiran bapaku mengambil keputusan untuk tinggal di kampung ini ketika beliau bersara dahulu.hehe

Petang kemarin, aku ke pantai mencari ketenangan yang sudah lama aku tak pernah alami. Tujuan asal untuk mengeluarkan sedikit keringat. Malangnya hanya dua pusingan yang aku mampu lari, akhirnya aku semput. Inilah akibatnya bila tidak pernah bersukan di Universiti. Korang jangan ikut macam aku. Dalam masa dua bulan ni, aku cuba berusaha mengembalikan otot-otot badanku yang sudah lama menghilang, termasuk perutku yang semakin boroi penangan Burger Big Mac Mc Donald. Alhamdullillah, nasiblah di bandar ni takda restoran itu.hehe

Bercakap mengenai lemak di badan, iklan London(pusat kecantikan di Astro) menarik minat kakakku untuk menyertainya.Aku pun rasa dia patut pergi jika mahukan badan yang boleh muat baju saiz S atau M.hoho Tapi masalahnya London tersebut belum lagi sampai di Sabah. Aku rasa ia baru dibuka. Cari di Internet pun hanya alamat sahaja di beri. Laman web pun takda lagi. Macam mana nak maju? marketing pun lembab.haha

Adakah musim buah sudah datang. Pokok-pokok jambu air, mangga, kelapa, nanas, dan betik di belakang rumahku lebat buahnya. Eh, kelapa di'exclude'kan sebab ia berbuah tak kira musim kan.hehe. Aku sedikit kagum dengan bapaku sebab beliau berjaya menanam semua pokok tersebut di atas tanah yang asalnya paya bakau. Kalau ikutkan sains, pokok buah-buahan tak boleh hidup di atas tanah yang terlalu beralkali atau berasid. Betulkan aku kalau fakta ni salah.

Pagar di depan rumahku baru siap dibina. Alamatnya minggu ini aku akan sibuk membantu bapaku mengecat tembok-tembok pagar itu. Ini juga mungkin satu cara untuk mengembalikan staminaku.haha. Cukup setakat ini sahaja update tentang aktiviti cutiku yang panjang. Korang pun tengah bercuti kan? blehlah kongsikan cerita korang plak!

Aktiviti Pertama Cuti Sem II

Hari ini hari Rabu. Permulaan hari yang baik untuk Cuti Semester yang panjang ni. Haha. Aktiviti di Hari Pertama- Lepak ngan kawan-kawan! Hoho. Memandangkan aku penat drive. Post kali ni aku letak gambar je la untuk tatapan korang.

Hoho. Di tepi pantai. Bersantai dengan berbekalkan McD.



Sempat lagi Ambik pic dalam kedai cenderamata. Patut Salahkan Ariez. Dia yang suruh.haha



Time ni tengah pikir nak lepak kat mana. Smua pun control macho.haha!!



Diorang pun sama, semua pandang ke laut, entah apa diorang perati. Mana ada Orang putih berjemur dekat pantai ni.haha



Hoho. Takda yang nak tolong gambarkan. Apa lagi, ambik gambar sdiri ar.



"Akulah Wolverine! Ha... Ha... Ha..." Bard-



"Eh, Ngko Wolwerine Palsu. Aku yang Original!" Ariez.



"Bongok korang dua ni, Aku lah Wolverine sebenar! Muka pun Hensem cam dia.haha" JRY



Hoho. Layan blues. Aku pandang ke laut cuba melihat masa depan:p



Budak ni yang aku tak paham. Bleh² plak tertido pas makan McD tu.Ades! i.haha





Best dapat lepak ngan member². Lama tak keluar dengan diorang. Pasni takda rancangan lagi nak kemana. Esok aku rehat berblog di rumah sepenuh masa. hehe.

P/s: Hensem tak aku? hua3x. Tapi baru aku perasaan badan aku makin sihat...huh

Aku suka memandu sorang²

Ini gambar time aku belum rosakkan apa-apa lagi,masih baru.hehe

Sejak kebelakangan ni, aku sering memandu sorang-sorang. Aku tak ada kereta lagi, kalau bukan guna kereta kakak, aku akan guna kereta abang pula. Aku tak pasti berapa kali dah aku pecahkan 'bumper' kereta proton Iswara Aerobik abang aku tu.haha. Yang aku ingat, pertama kali aku pecahkan, itu lah jugak kali terakhir aku kena marah. Mungkin dia dah malas memarahi aku yang memang tak pandai dengar cakap. Dia pun patut disalahkan jugak. Siapa suruh pasang "bumber" rendah². Pemandu Expert seperti aku pun memang akan menghadapi masalah bila melalui jalan raya berturap di Malaysia ni. Betul tak???

Sepanjang tiga minggu sebelum ni, aku memang akan bawa kereta ke Universiti untuk ambil Peperiksaan Akhir Sem II. Perjalananan dari rumah ke U akan ambil masa lebih kurang 20 minit. Kalau aku laju sikit, 10 minit sampai dah. haha. Tapi, 7 papers yang aku lalui, hanya satu je yang aku bawa laju, sebab memang time tu aku dah lewat. Nasib baik sempat, pemandu expert la katakan.hehe. 6 papers lagi, aku bawa kereta slow². Sebabnya satu tangan akan pegang 'stering', satu lagi baca nota ringkas. Terer tak aku bawa kereta???

Perenggan tadi tu menunjukkan ke'terer'an aku ketika dalam perjalanan ke Universiti. Kalau perjalanan balik pula, aku lebih suka melayan perasaan sorang². Kalau aku rasa paper pada hari tu susah dan membuatkan aku stress, aku pasti akan membawa kereta dengan lajunya sambil menguatkkan 'volume' speaker di tahap yang maksima sambil headbanging. Aku akui cara ni memang cara terbaik untuk hilangkan stress. Apa jenis stress ar tak kira stress pasal exam, cinta, duit, atau apapun. Lepas ni korang boleh cuba! aku memang sarankan. haha

Kalau paper yang aku rasa senang nak score macam mana plak? kalau yang ini aku akan bawa slow-slow sambil dengar lagu yang slow ar jugak. Aku memang suka layan lagu jiwang time ni. Dan kepala aku akan ikut rentak muzik tu. Susah jugak nak terang macammana kepala boleh ikut rentak muzik jiwang ni. haha. Tapi, cara ni aku tak sarankan sangat sebab boleh membahayakan diri. Kalau bawa kereta style camni senang buat korang mengantuk dan berkhayal. Korang tahu kan bahaya mengantuk dan khayal time bawak kereta. So, Ingatlah orang yang tersayang...

Tadi pagi, merupakan paper terakhir aku jawab untuk Sem ini. Stress sebab paper pasal Coding C++ OOP ,memang susah sket nak score. Ditambah lagi dengan masalah² luaran. So, apa lagi, korang rasa style macammana aku buat time balik rumah tu? haha. Semalam pun aku lewat tidur, tadi balik terus "landing" atas katil. Sampai terlajak waktu Zohor. MasyaAllah...

Habis paper last tadi, menandakan aku dah boleh buat bermacam-macam benda yang aku tangguhkan. Maknanya, aku punya banyak masa kosong. Aku masih mencari aktiviti-aktiviti yang cambest. Korang ada cadangan? Aku tak nak la aktiviti tido makan dan main game saja yang mengisi cuti sem ni. Aku perlu sentiasa mengekalkan Otot Sasa tubuh badanku.haha. Walau apapun, mulai sekarang aku akan bertambah aktif berblog. Aku akan mulakan kembali aktiviti berblog "Hopping dan Walking"... Sila sediakan makanan di blog korang, aku nak datang berkunjung ni.haha

Apa? Blog Boonto Blog Peribadi?

Ok tak design blog ni.Tak banyak kelainan


Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya memindahkan post-post mengenai tips-tips/trick,tutorial dan template ke blog baru iaitu Blog Geeks.boonto.net. Dengan Adanya blog tersebut, maka dengan rasminya blog ini tidak lagi akan dirojakkan dengan kisah peribadi, tutorial dan bermacam perkara lagi lah. Sudah lama aku rancang benda ni, tapi baru ada sedikit masa terluang menyempurnakan misi mengubahsuai layout blog geeks tersebut.

Lagipun dengan blog peribadi ini, lebih banyak aku dapat kongsikan perjalanan hidupku. Seperti post sebelum ini, ramai yang memberi komen semangat untuk aku teruskan "penulisan kreatif". Jadi, inilah masa dan disinilah tempatnya untuk aku mula mengasah bakat yang sudah sekian lama terpendam. Nantikan saja cerpen-cerpen kreatif hasil cetusan ideaku.haha

Blog Geeks itu pula lebih kepada "blog resource" dimana aku akan tempatkan kesemua tips,tutorial dan segala macam perkara mengenai Blogger. Jika ada yang ingin mula belajar serba sedikit asas berblog(lebih kepada platform blogger), blog itulah tempatnya.

Korang jangan risau, kedua-dua blog ini tidak akan terabai dan tidak pula akan berat sebelah. Kedua-duanya akan sentiasa diupdate. Esok adalah subjek terakhir yang akan aku lalui. Jadi, selepas ini, aku mempunyai banyak masa terluang untuk melepaskan nafsu berblog di alam maya. Lagipun, blog saja tempat sesuai untuk melepaskan segala benda yang bersarang di dalam kalbu(dah start penulisan kreatif ni).haha. Tapi memang betul, blog peribadi adalah teman yang senantiasa ada tatkala korang memerlukan seseorang. Ibarat Bestfriend la kan.hehe...


Keputusan Pemenang Kontes Buntu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapatkan keputusan bagi pemenang kontes di blog ini. Lebih kurang 4 hari masa diperlukan untuk aku dan para juri memilih entri pemenang. Beberapa kreteria yang digunakan dalam menilai entri peserta adalah seperti berikut

1) Penggunaan tema buntu yang kreatif, menarik dan tersendiri. Merupakan kreteria yang pertama dinilai bagi entri ini.
2) Penggunaan Bahasa Melayu yang baik.
  • Contohnya penggunaan tatabahasa dan ejaan yang betul. Kami memutuskan mengambil kreteria ini kerana kami berpendapat sebagai blogger, bukan menjadi halangan untuk kita memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
  • Kami juga bukanlah ahli bahasa. Maka, kesalahan yang sedikit seperti bahasa pasar dan penggunaan beberapa perkataan Inggeris tidak akan terlalu mempengaruhi penilian entri peserta.

Dan pemenangnya ialah

1) Azfarul-Trilogi Kebuntuan Olahan Batu Biru

Entri dia ni tersangatlah kreatif. Walaupun pada mulanya, aku kurang memahami maksud tersirat entri tersebut, tapi para juri berjaya menerangkan aku serba sedikit maksudnya. Aku pun buat-buat paham la.Lagipun aku tak pernah ambil aliran sastera di sekolah dulu. Apa yang aku paham batu biru itu adalah beliau sendiri. Mungkin juri tertarik pada elemen sastera pada entri tersebut, tapi aku lebih tertarik pada video wish harijadiThumbsUp. Akhirnya, para juri berjaya meyakinkan aku dan sepakat meletakkan entri ni ditempat pertama.

2) Chokilala- Buntu yang cerita!

Terus terang, entri beliau hanyalah dalam kategori biasa-biasa saja. Sudahlah Cik Choki ni tak linkkan semua perkataan buntu tersebut. Maka terpaksalah markah entri beliau dipotong sedikit. Padan muka ko! haha...Tapi tak boleh salahkan jugak sebab entri kontes buntu tu linknya dah "broken". Tapi apa yang membuatkan entri ni berjaya mencuri hati juri ialah lagu yang dicipta oleh dia dan rakan-rakannya. Suara yang mantap dan lirik yang cukup kreatif.Haha.Oleh kerana bukan dia yang nyanyi, maka markah dipotong sekali lagi.haha. Tetapi usaha dia dan rakan-rakannya harus dipuji. Nah! ambik ko RM30, pandai-pandailah ko bahagi.haha.

3) Khairil- Fikiranku Buntu

Entri yang cukup kreatif bagi aku. Satu-satunya jalan cerita yang best. Aku suka entri ini kerana dia berjaya membuatkan jalan cerita selari dengan gambar yang diletakkan. Mungkin dia sengaja meletakkan gambar perempuan Jepun yang cantik-cantik supaya berjaya menggoda aku dan membuatkan entrinya menang. Tapi, aku bukanlah lelaki yang mudah tergoda dengan benda-benda seperti itu. Haha.

Ada juri yang membandingkan entri ini dengan entri peserta lain yang menggunakan jalan cerita yang lebih kurang sama iaitu entri bro biskot. Dua-duanya menarik. tetapi bonus bagi bro Khairil sebab menghantar penyertaan lebih awal.


Hadiah Saguhati

Memandangkan penyertaan yang ramai dari blogger. Aku memutuskan untuk menambah jumlah hadiah saguhati sebanyak 7 orang. Setiap seorang akan mendapat RM10. Mereka-mereka yang tersenarai juga memiliki entri yang mempunyai kekuataan tersendiri.


Bagi yang menang, sila maklumkan bagaimana aku dapat memberikan kamu hadiah-hadiah itu. Kalau nak pindahkan ke bank masing-masing, sila bagi no akaun anda. Boleh jugak kalau nak hadiah 'top-up'.hehe. email- aerieff@yahoo.com

Bagi yang tak menang. Jangan susah hati, lain kali boleh cuba lagi.hehe. Sebenarnya aku buntu mencari pemenang. Kalau ikutkan hati, semua peserta aku nak bagi hadiah saguhati. Tapi, masalahnya bajet kurang.Hehe

Dan akhir sekali, aku memohon maaf sekiranya pertandingan ini ada cacat celanya. Aku pun manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Bagi yang tak puas hati, korang patut salahkan para juri.Smile

P/s: Happy Birthday to me!Grin

Contest di Blog Boonto Ditutup

Pejam-celik-pejam-celik, akhirnya sampai jugak hari penamat bagi pertandingan mencipta entri buntu sempena menyambut hari jadi aku yang akan datang. Sebarang penyertaan selepas 12AM ini, tidak akan diterima. Harap maklum...

Secara puratanya, aku berpuas hati dengan kontes ini. Penyertaan amat menggalakkan dan diluar dari jangkaan aku. Dengan penyertaan bro Menteil disaat-saat akhir, maka entri beliau adalah entri terkahir yang aku terima.

Pengumuman bagi keputusan pemenang entri ini akan dibuat beberapa hari dari sekarang yakni sebelum 20 April. Dengan penyertaan sebanyak 42 entri, amat mustahil aku dapat mencari pemenang dalam jangka masa yang singkat. So, aku harap korang paham situasi aku yang tengah buntu mencari pemenang.hehe.Dan aku akan dibantu oleh beberapa juri untuk menilai entri korang.

Akhir kata, aku amat berterima kasih kepada blogger-blogger yang menyertai kontes ini. Aku amat menghargai penat lelah korang memikirkan cara dan idea menulis entri buntu. Dalam pertandingan pasti ada yang menang dan kalah bukan? sekarang masih belum ada pengalah dan belum ada pemenang, apa yang korang patut buat sekarang ialah berdoa,sembahyang hajat dan tawakkal sahaja...haha.

Kesilapan yang selalu dibuat apabila mengedit Blog


Aku tahu rata-rata bloggers di Malaysia minat mengedit blog, walaupun ada yang tiada asas, tapi mereka tetap berminat nak cantikkan blog mereka. Al maklum lah, siapa tak mahu rupa bentuk blog yang macho dan menawan. Ibarat rumah banglo dan setinggan, sudah tentu kita lebih selesa berada di rumah banglo bukan?

Tetapi, mengedit blog bukanlah kerja yang mudah. Walaupun ramai yang mempunyai asas dan skill tahap otai programmer sekali pun, tetap akan melakukan kesalahan. Kecil atau besar, itu perkara normal sebab kita kan manusia. Tiada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, entri kali aku nak senaraikan beberapa kesalahan yang selalu kita lakukan semasa mengedit blog(termasuk aku jugak laSmile).

1) Tidak paham struktur template.

Yang ini memang selalu terjadi. Bila tak paham, mulalah ada blog yang ok pada asalnya, menjadi buruk sekelip mata.hehe. Memahami stuktur template bukanlah perkara yang terlampau sukar. Tipsnya senang, mulakan dengan bahagian css kemudian barulah pergi ke bahagian html.

Jangan peningkan kepala, ringkasnya, korang hanya perlu bahagikan bahagian yang besar dan penting terlebih dahulu. Seperti contoh dibawah. Memang itulah struktur asas bagi sesebuah template.

contoh berdasarkan template minima



2. Kecuaian apabila meletak tag html

Selalu terjadi bila kita tak dapat membezakan hubungan diantara css dengan html. contohnya beza:

Tag id dengan tag class: Korang boleh bezakan dengan melihat tanda # dan .(dot). Tanda # dikhususkan untuk tag id yang bermaksud elemen tersebut haruslah unik dan tunggal dalam satu-satu template. Manakala tanda .(dot) dikhususkan untuk tag span yang bermaksud elemen tersebut tak unik dan boleh digunakan beberapa kali dalam satu-satu template.



div dengan span: Tag span dikhususkan untuk satu line elemen. Walaupun tag span di masukkan dalam sesuatu perkataan, ia tidak akan mempengaruhi perkataan seterusnya. Manakala, tag div digunakan dalam satu blok elemens. Tag div akan mengasingkan bahagian yang ada didalamnya. Contoh:





3. Tidak back-up template dan preview.

Inilah kesilapan paling besar dan selalu terjadi bila mengedit template. Backup template penting kerana sekiranya berlaku apa-apa semasa mengedit anda boleh me'restore' semula template asal. Korang jangan risau, semua widget di sidebar tidak akan tergangu sekiranya anda mengupload semula template asal selagi korang tak tukar template baru.

Yang kedua, kebiasaanya kita jarang preview layout blog sebelum save. Kebaikan preview ialah kita boleh melihat keaadaan sebenar blog kita, jadi jika ada kesalahan, kita boleh reset balik template dengan menekan "clear edit".


Cukuplah tiga kesalahan dahulu. Walaupun banyak lagi kesalahan yang lain tetapi diatas adalah kesalahan yang selalu berlaku ketika mengedit blog. Harap korang dapat mempelajari sesuatu dalam entri kali ni. Ok, aku nak sambung study untuk final exam.Confused

P/s: Ada sesiapa lagi berminat nak sertai kontes buntu? Cepat sebelum tarikh tutup, 7 hari lagi niWink