Contest di Blog Boonto Ditutup

Pejam-celik-pejam-celik, akhirnya sampai jugak hari penamat bagi pertandingan mencipta entri buntu sempena menyambut hari jadi aku yang akan datang. Sebarang penyertaan selepas 12AM ini, tidak akan diterima. Harap maklum...

Secara puratanya, aku berpuas hati dengan kontes ini. Penyertaan amat menggalakkan dan diluar dari jangkaan aku. Dengan penyertaan bro Menteil disaat-saat akhir, maka entri beliau adalah entri terkahir yang aku terima.

Pengumuman bagi keputusan pemenang entri ini akan dibuat beberapa hari dari sekarang yakni sebelum 20 April. Dengan penyertaan sebanyak 42 entri, amat mustahil aku dapat mencari pemenang dalam jangka masa yang singkat. So, aku harap korang paham situasi aku yang tengah buntu mencari pemenang.hehe.Dan aku akan dibantu oleh beberapa juri untuk menilai entri korang.

Akhir kata, aku amat berterima kasih kepada blogger-blogger yang menyertai kontes ini. Aku amat menghargai penat lelah korang memikirkan cara dan idea menulis entri buntu. Dalam pertandingan pasti ada yang menang dan kalah bukan? sekarang masih belum ada pengalah dan belum ada pemenang, apa yang korang patut buat sekarang ialah berdoa,sembahyang hajat dan tawakkal sahaja...haha.

0 comments: