#UPDATE: akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjadikan blog ini sebagai blog personal.
Assalamualaikum W.B.T. kepada rakan-rakan, rakan-rakan blogger dan para pengunjung sekalian.
Ini merupakan artikel pembuka bagi blog ini. Setelah mengumpul seberapa banyak ilmu tentang berblog, barulah saya terfikir untuk berkongsi semua. Dengan itu, saya ingin kongsikan pengetahuan tentang blog melalui blog ini.
Pada hari ini, blogger lahir seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan asas sahaja. tidak mengambil kira untuk apa sebenarnya kita berblog? golongan manakah yang harus kita tarik untuk membaca blog kita? dan lain-lain lagi.
Jika kita hendak menjadikan berblog sebagai hobi tak ada salahnya. Tapi dalam masa itu juga kita mesti pandai mencari peluang dalam berblog. Contohnya mencari duit menggunakan blog. Ya, betul. Ramai yang berjaya mendapat pulangan yang menguntungkan menerusi blog. Sehinggakan mereka sanggup berblog sebagai kerjaya utama mereka. Anda tidak mahu menjadi seperti mereka?
Serba sedikit tentang blog ini. Saya akan memuatkan seberapa banyak tutorial berblog secara berkesan. Saya juga akan berusaha menyediakan artikel yang membantu anda memantapkan skill berblog anda.Seperti bagaimana hendak menarik pengunjung dan sebagainya.
Sekian dulu untuk post pertama ini. Salam perkenalan.